Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Tarikh30 Mac 2008
LokasiArena of Stars, Genting Highlands
NegaraMalaysia
PengacaraFauziah Ahmad Daud
Raja Azura
GanjaranKereta Peugeot 407 (2.0)
Set barang kemas, tajaan Habib Jewels Sdn. Bhd.
Anugerah pertama1987
Anugerah terbanyakMawi (2)
Fara Fauzana (2)
Laman web rasmiabp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan2 jam ½
Bil. penonton4.5 juta
  • ← ke-20
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21
  • ke-22 →

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac 2008. Majlis ini dikendalikan oleh Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura sebagai pengacara. Secara keseluruhannya, terdapat 16 anugerah dipertandingkan. Kategori "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" menjadi ganti kepada tiga anugerah khas yang diberikan kepada tokoh seni veteran sebelum ini, iaitu "Anugerah Biduan Veteran", "Anugerah Seniwati Veteran" dan "Anugerah Khas Bintang Popular".

Mawi terus menyerlah apabila merangkul gelaran "Bintang Paling Popular" untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2005. Beliau hanya meraih 119,268 undian keseluruhan, kurang jumlahnya berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 351,570 undi (2005) dan 261,555 undi (2006). Walau bagaimanapun, beliau berjaya membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) bernilai RM 185,000 tajaan Nasim Sdn. Bhd. serta set barang kemas eksklusif daripada Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 150,000 selain trofi.[1]

Majlis ini juga turut melakar sejarah tersendiri dengan mencatat 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung selama dua jam setengah di TV3, iaitu mewakili 63.5 % daripada keseluruhan penonton, sekali gus mengatasi jumlah penonton tahun lalu seramai 4.41 juta orang.[2]

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurulhisham Abdul Latiff; Serimah Mohd Sallehuddin; Farihad Shalla Mahmud (7 April 2008). "Aura Mawi masih kukuh". Berita Harian. Dicapai 28 Disember 2009. 
  2. ^ "4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007". Berita Harian. 11 April 2008. Dicapai 28 Disember 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]