Sultan Omar 'Ali Saifuddien III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Omar Ali Saifuddien III
 Brunei
Pemerintahan 4 Jun 1950 – 4 Oktober 1967
Pendahulu Sultan Ahmad Tajuddin
Pengganti Sultan Hassanal Bolkiah
Pasangan Dayang Siti Amin binti Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Diraja Awang Haji Hashim
Pengiran Anak Damit (1941–1979 kematian)
Pengiran Bini Hajah Salhah (1976-1986)
Nama penuh
Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II
Ayahanda Sultan Muhammad Jamalul Alam II
Bonda Raja Isteri Fatimah
Keputeraan 23 September 1914
Bandar Brunei, Brunei Darussalam
Kemangkatan 7 September 1986
Bandar Seri Begawan, Brunei
Agama Islam

Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien III merupakan Sultan Brunei ke-28,dan memerintah dari 1950 hingga 1967.

Baginda terdidik dalam pelajaran agama, 40 kali khatam Al-Quran.Pada 1932 hingga 1936, baginda menuntut di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Pada 1947,baginda diarak menjadi 'Pengiran Bendahara'.Pada tahun 1950,baginda naik takhta.Pada tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama.

Kemudian, pada 1951,baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei 'Allah Peliharakan Sultan' diakui secara rasmi. Pada 1953,baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan, mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada 1958 dan dinamakan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.

Selepas itu, pada tahun 1954,baginda mendatangkan dua orang pakar Pengajian Islam ke Brunei. Pada 1955, baginda membuat Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun Pertama.

Pada tahun 1957, Radio Brunei memulakan penyiarannya. Pada 1959, baginda menandatangani Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei, Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekan minyak di luar pantai.

Pada 1961, penubuhan Askar Melayu Brunei berlaku dan cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia. Pada 1962, baginda menunaikan Fardhu Haji kali kedua. Pada 1962, pemberontakan berlaku di Brunei. Pada 1967, Brunei mengeluarkan matawangnya sendiri. Baginda lebih 33 kali berangkat ke luar negeri antara tahun 1951 hingga 1967.

Setelah 17 tahun memerintah, akhirnya pada 4 Oktober 1967, secara sukarela turun takhta dari Takhta Kerajaan, dan digantikan oleh putera sulung baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Baginda yang amat disayangi rakyat kini dikenali sebagai Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Sultan Omar 'Ali Saifuddien begitu masyhur dalam bidang kesusasteraan. Antara karya-karya terunggul baginda ialah Syair Perlembagaan Negeri, Syair Nasihat, Syair Asli Rajang Hari dan Rampaian Laila Syair. Minat baginda terhadap sastera amatlah mendalam. Motif dan corak rekaan baginda telah diadun bukan sahaja dalam rekabentuk kain-kainan, malah juga dalam senibina bangunan. Sehingga kini, baginda terkenal dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Tatkala Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984, Kebawah Duli (Yang Maha Mulia) Maulana Paduka Seri Begawan Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien menduduki jawatan Menteri Pertahanan sehinggalah baginda mangkat pada 7 September 1986.Jenazah Baginda kemudiannya dimakamkan di Makam Diraja di Bandar Seri Begawan,bersebelahan dengan pusara isterinya Almarhumah Raja Isteri Pengiran Anak Fatimah,Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II,Nenda beliau Almarhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dan juga adinda sulung beliau,Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin,yang merupakan Sultan yang terdahulu sebelum beliau.

Didahului oleh
Ahmad Tajuddin
Sultan Brunei
1950–1967
Diikuti oleh:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah