Pergi ke kandungan

Yusof Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yusof Wahab
Kelahiran
Yusof Bin Sheikh Abdul Wahab

(1961-10-22) 22 Oktober 1961 (umur 64)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif1980–kini
AnugerahPelakon Pembantu Lelaki Terbaik (1989)
Pelakon Pembantu Lelaki Popular ABPBH (1989)

Yusof bin Sheikh Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Yusof Wahab (lahir 22 Oktober 1961) ialah pelakon Melayu era 80-90'an.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan Pada 22 Oktober 1961 di Melaka. Ibu beliau berbangsa Iban berasal dari Saribas, Sarawak.

Sewaktu zaman kegemilangannya, Yusof Wahab banyak melakonkan watak seorang yang mahir bersilat. Malah dia juga seorang pesilat professional. Beberapa peminat filem tempatan juga melabelkan Yusof Wahab seorang pelakon antagonis. Yusof Wahab seorang pelakon yang berkaliber serta berkarisma. Walaupun dia tidak mendapat tempat di pentas surat khabar, akan tetapi bakatnya adalah amat hebat sekali. Bijak melontarkan dialog serta punya bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang baik dalam lakonan beliau.

Disamping Erma Fatima di dalam filem Syahadat tahun 1992

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]


Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989 untuk filem Anak Sarawak serta pelakon Pembantu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 1989. Beliau pernah menjadi pelakon paling muda memenangi anugerah pelakon pembantu di FFM selama 20 tahun sebelum dipatahkan rekod itu oleh Shafie Naswip yang berusia 17 tahun ketika menang untuk filem Talentime pada 2009.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Yusof Wahab telah mendirikan rumah tangga dengan pengarang majalah hiburan URTV iaitu Muzlina Abu Bakar. Beliau kini bergelar seorang pengarah drama dan ada juga terlibat dengan watak sampingan di dalam drama beliau. Antaranya drama bersiri Mahabbah Delaila dan juga drama komedi Bomoh Temberang.

Sewaktu mengarah drama.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1984 Matinya Seorang Patriot Salman Filem pertama
1987 Puteri Jay@Jalal
1988 Anak Sarawak Sanat
1989 Sumpahan Mahsuri
1990 Adik Azman
1992 Syahadat Ahmad Solihin
TBA Takluk 2: Op Daulat Penampilan khas, Dalam produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Mahabbah Delaila Haji Salleh TV3

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1989 Lembah Maut TV3
1990 Jejak Maut
1991 Gelanggang Maut
2012 Bomoh Temberang Astro Prima

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]