Izi Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Izi Yahya
Kelahiran
Rafizi Yahya

1965
Meninggal dunia25 Jun 2007 (berumur 41–42)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1984–2007
PasanganSuraya Abdullah
Anak1
Ibu bapa
  • Yahya Mat Samah (bapa)

Izi Yahya (1965 – 25 Jun 2007) merupakan seorang pelakon dan dramatis yang cukup terkenal dengan lakonannya sebagai penjahat dengan watak negatif dan antagonis.

Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana beliau merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.

Beliau telah meninggal dunia pada hari 25 Jun 2007 di Hospital Johor Bahru pada jam 10.30 pagi akibat sakit jantung. [1]

Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, beliau telah menggegarkan industri perfileman termasuk melakonkan watak tentera Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umie Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002. Beliau turut berlakon dalam banyak drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.

Meninggal dunia pada 25 Jun 2007 setelah jatuh semasa penggambaran, doktor mengesahkan beliau meninggal akibat sakit jantung.

Jenazah Izi telah dibawa balik ke rumah keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di perkuburan Islam Ulu Klang.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1985 Ali Setan Jeff Filem pertama
1986 Balik Kampung Johari
Ali Setan 2 Jeff
1993 Pemburu Bayang Helmy
1995 Pesona Cinta
Johnny Bikin Filem Robert Tidak ditayangkan
2002 Embun Leftenan Akaishi
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Asrul Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
Rahsia Sebuah Pengorbanan
2004 Sephia TV3
Kalau Kasih Masih Ada

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Neon Inspektor Polis VCD
Puteri Histeria
2004 Orang Gaji 2
2007 Suara Saleha TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]