Abdul Aziz bin Sattar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Aziz Sattar

Datuk Aziz Bin Sattar
Latar belakang
Nama lahir Abdul Aziz bin Sattar
Juga dikenali sebagai Aziz Sattar
Kelahiran 8 Ogos 1925 (88 tahun)
Berasal dari Pakalongan, Surabaya,  Indonesia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 1950-an - 2010-an
Kegiatan berkait Isteri Datin Hashimah Delan
Kelahiran Abdul Aziz bin Sattar
8 Ogos 1925 (88 tahun)
Tahun aktif 1950-an–kini
Pasangan Datin Hashimah Delan

Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (lahir 8 Ogos 1925), merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P Ramlee.

Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit.

Bilangan Anak :7 orang

  1. Ruzaiman
  2. Ruzaidah
  3. Ruzainah
  4. Zainuddin
  5. Dahlia
  6. Dalina
  7. Sandakiah
Persandingan Datuk Aziz Sattar dan Datin Hashimah Delan

Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.

Filem lakonan[sunting | sunting sumber]

  1. Putus Harapan (1953)
  2. Mangsa (1953)
  3. Hati Iblis (1953)
  4. Jasa (1954)
  5. Arjuna (1954)
  6. Kipas Hikmat (1955)
  7. Ribut (1956)
  8. Putera Bertopeng (1957)
  9. Bujang Lapok (1957)
  10. Hantu Jerangkong (1957)
  11. Hantu Kubur (1958)
  12. Filem Anak Pontianak [1958]
  13. Nujum Pak Belalang (1959)
  14. Raja Laksamana Bentan (1959)
  15. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  16. Sumpah Wanita (1960)
  17. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  18. Seniman Bujang Lapok (1961)
  19. Siti Muslihat (1962)
  20. Labu Labi (1962)
  21. Nasib Labu Labi (1963)
  22. Pilih Menantu (1963)
  23. Siapa Besar (1964)
  24. Mambang Moden (1964)
  25. Takdir (1965)
  26. Pusaka Pontianak (1965)
  27. Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
  28. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  29. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  30. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  31. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  32. Darah Satria (1983)
  33. Bujang Lapok Kembali Daa... (1985)
  34. Tarik Tarik (1993)
  35. Abang '92 (1993)
  36. Layar Lara (1997)
  37. Jibon (1998)
  38. Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
  39. Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
  40. Cicak-Man (2006)
  41. Anak Halal (2007)
  42. Setem (2009)
  43. Momok The Movie (2009)
  44. Kecoh Betul (2010)

Filem arahan[sunting | sunting sumber]

  1. Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
  2. Si Badol (1979 Sabah Film Production)
  3. Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
  4. Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
  5. Da Di Du (1981 Indra Film Production)
  6. Setinggan (1982)
  7. Darah Satria (1983)
  8. Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
  9. Bujang Lapok Kembali Daa.. (1985)
  10. Perawan Malam (1986)
  11. Tak Kisahlah Beb (1988)
  12. O.K. (1989)
  13. Adik (1990)
  14. Simfoni Duniaku (1994)
  15. Gelora Cinta

Sitkom:

  1. Kelas Malam (2000)

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. Manjalara (2007)

Siri Animasi[sunting | sunting sumber]

  1. Upin & Ipin dalam episod Kenangan Mengusik Jiwa (2012)

Pencapaian dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Anugerah/Penghormatan

  • 1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2. (Filem: Penyamun Tarbus)
  • 1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
  • 1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia ke-11.
  • 2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang Popular 2000.
  • 2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin[1]

Profesional/ahli persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Bendahari, Persatuan SENIMAN.
  • 1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
  • 1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem Malaysia ke-13.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

    • 2013 Anugerah artis lelaki sepanjang hayat(Anugerah Bintang Popular Malaysia )
    Datuk Aziz Sattar Sinemamalaysia.com.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]