Bir di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai jenis bir yang dijual di Bali, Indonesia ; Carlsberg, Bali Hai, Bintang dan Anker Beer .

Bir di Indonesia telah bermula pada tahun 1929, apabila syarikat bir Heineken telah menubuhkan kilang pembuatan bir pertamanya di Surabaya, Jawa Timur, semasa pemerintahan kolonial Belanda di Indonesia. Ini adalah salah satu perusahaan bir terawal yang bertapak di Asia Tenggara.[1] Pada Julai 1931, Archipel Brouweriji Compagnie (Archipelago Brewery Co.) telah ditubuhkan di Batavia (kini dikenali sebagai Jakarta), oleh pembuat bir Jerman iaitu, Beck's, membina kilang bir di Singapura dan Batavia.[2] Menjelang tahun 1960-an, rakyat Indonesia membangunkan jenama bir tempatan mereka sendiri, termasuk Bintang Beer (dinasionalisasikan dari Heineken) dan Anker Beer.[3]

Larangan[sunting | sunting sumber]

Sebagai negara majoriti beragama Islam, industri alkohol menghadapi tentangan berterusan dari parti Islam dan kumpulan pendesak di negara Indonesia. Hukum pemakanan Islam menetapkan bahawa pengambilan alkohol adalah larangan. Oleh kerana pelbagai peraturan, penjualan alkohol semakin berkurangan di Indonesia pada tahun 2014-2015.[4]

Bahagian pasaran[sunting | sunting sumber]

Kini, PT Multi Bintang Indonesia Tbk ialah kilang bir domestik yang terbesar di Indonesia,[5] dengan Bir Bintang-nya menerajui pasaran sebagai jualan bir yang terbesar di Indonesia. Multi Bintang Indonesia menerajui pasaran bir Indonesia dengan jumlah bahagian volum melebihi 61% pada tahun 2012.[6]

Multi Bintang ialah anak syarikat kepada Heineken Asia Pasifik. Pada tahun 2011, Bintang Beer telah memenangi Pingat Emas bagi Kategori Bir Lager dan dianugerahkan Champion Beer 2011 pada pertandingan bir bertaraf dunia, Anugerah Antarabangsa Industri Pembuatan Bir (BIIA 2011) di London. Pada tahun 2014, Bintang Radler telah diperkenalkan yang merupakan bir berperisa pertama yang dihasilkan dalam negara di Indonesia.[4][7][8][9]

Pengeluar bir utama yang lain adalah Delta Djakarta yang terkenal dengan Bir Anker-nya,[10] dan PT Bali Hai Brewery Indonesia yang terkenal dengan Bali Hai-nya.[11] Indonesia juga mengeluarkan jenama lain di bawah lesen termasuk Bir San Miguel dan bir Asahi .

Senarai pengilang bir[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The history of Heineken" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 May 2011. Dicapai pada 2011-05-12.
  2. ^ "Two Breweries for Singapore". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 2 January 1932. m/s. 22.
  3. ^ Giras Pasopati, CNN Indonesia. "Dilarang di Minimarket, Saham Bir Bintang dan Anker Meriang". Cnnindonesia.com. Dicapai pada 2015-11-05.
  4. ^ a b "Beer in Indonesia". Euromonitor.com. Dicapai pada 2015-11-05."Beer in Indonesia". Euromonitor.com. Retrieved 5 November 2015.
  5. ^ "Issue of the day: Bill terrifies alcohol industry". The Jakarta Post. 3 September 2015. Dicapai pada 2015-11-05.
  6. ^ Alex De Angelis (12 September 2013). "Indonesian beer market led by Bir Bintang". Yahoo! Finance Companiesandmarkets.com.
  7. ^ "Welcome to the International Brewing Awards, incorporating The International Cider Awards". Brewing Awards. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30. Dicapai pada 2015-11-05.
  8. ^ Category: Branding & Retail. "Pack Web Asia – APB completes acquisition of Indonesia's Bintang Beer". Dev2.packwebasia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2015. Dicapai pada 2015-11-05.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ "8 of the Best Beers in Southeast Asia". Goseasia.about.com. Dicapai pada 2015-11-05.
  10. ^ Delta Djakarta Tbk PT. "DLTA:Indonesia Stock Quote – Delta Djakarta Tbk PT – Bloomberg Markets". Bloomberg.com. Dicapai pada 2015-11-05.
  11. ^ "Company: About us". Bali Hai Brewery. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2015.