Disney Channel Skandinavia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Untuk Disney Channel di negara lain, lihat Disney Channel (antarabangsa). Untuk Disney Channel Amerika, lihat Disney Channel.

Disney Channel Skandinavia (Malaysia, Norway & Finland)
Disney Channel Skandinavien (Denmark & Sweden)
Tarikh pelancaran 28 Februari 2003
Pemilik The Walt Disney Company
Jumlah penonton 1.1% (Sweden 2008, [1])
Negara Bendera United Kingdom United Kingdom
Bahasa Inggeris
Denmark Denmark
Finland Finland
Norway Norway
Sweden Sweden
Cakupan siaran Denmark Denmark
 Estonia
 Finland
 Iceland
Bendera Latvia Latvia
Lithuania Lithuania
800px-Flag of Norway.svg.png Norway
 Sweden
Saluran kembar Disney XD Skandinavia
Disney Junior Skandinavia
Laman web Disney Channel Denmark Danmark
Disney Channel Finland Suomen
Disney Channel Norway Norske
Disney Channel Sweden Sverige
Ketersediaan
Terestrial
Boxer Saluran 31 (Sweden)
PlusTV Saluran 52 (Finland)
TV Viihde Saluran 52 (Finland)
RiksTV Saluran 14 (Norway)
Boxer Saluran 25 (Denmark)
Televarpið (Kepulauan Faroe)
Satelit
Canal Digital Sweden, Denmark, Norway & Finland: Saluran 25
Viasat Saluran 12
Kabel
Com Hem Saluran 154 (Sweden)
YouSee (Denmark)
Welho Saluran 234 (Finland)

Disney Channel Skandinavia ialah suatu edisi Disney Channel milik The Walt Disney Company disiarkan ke Negara-negara Nordic dan Negara-negara Baltik. Ia bebas iklan dan dibayar oleh yuran langganan. Disney Channel Skandinavia disiarkan dalam satu suapan video dan audio bahasa Inggeris serta audio bahasa Denmark di Denmark, Finland di Finland, Norway di Norway dan Sweden di Sweden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Disney Channel ini dilancarkan pada 28 Februari 2003, dan tersedia secara eksklusif melalui platform satelit Viasat (Sirius 4). Kemudian pada tahun itu, ia menjadi tersedia dalam rangkaian kabel digital, seperti Com Hem Sweden.

Pada 2003, saluran ini memohon lesen untuk siarkan di rangkaian Swedish Digital Terrestrial Television. Mereka antara saluran yang disarankan oleh Swedish Radio dan TV Authority, dan kerajaannya memberikan Disney Channel suatu lesen siaran pada 29 Januari 2004. Siaran darat dimulakan pada 15 Februari melalui platform Boxer TV Access. Kemudian selepas itu, saluran ini menyambut ulang tahun pertamanya dengan menjatuhkan penyulitan untuk suatu Sabtu dan Ahad.

Pada 1 Ogos 2005, saluran ini tersedia kepada pelanggan platform satelit Canal Digital (Thor 2). Secara serentak, saluran saudaranya dipanggil Toon Disney dilancarkan. Saluran saudara ketiga, Playhouse Disney, dilancarkan pada 1 Oktober 2006.

Pada musim luruh 2009, saluran ini mula siarkan penghasilan asli pertamanya. Antaranya merupakan sitcom dipanggil Når klokkerne ringer dihasilkan oleh syarikat penghasilan Denmark Nobody dan pertandingan muzik My Camp Rock dihasilkan oleh Titan Television.[2]

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Saluran ini menyasarkan terutamanya kanak-kanak dan keluarganya, menyiarkan siri televisyen Disney sepanjang hari. Filem Disney juga merupakan bahagian penting dalam campurannya.

Kebanyakan kandungan bukan-aksi-langsung dialih suara ke dalam bahasa Sweden, Norway, Denmark dan Finland dengan audio berlainan disiarkan, tetapi di Tele2Vision anda boleh menukar audionya kepada (Bahasa Inggeris) jika tidak mahukan versi dialih suara. Tambahan, sari kata dibawa untuk rancangan aksi langsung seperti Home Improvement, Dinosaurs, Phil of the Future, Sam and Friends dan Lizzie McGuire, yang tidak dialih suara. Di Sweden, hanya Wizards of Waverly Place, JONAS dan beberapa episod The Suite Life of Zack & Cody dialih suara. Di Norway, saluran ini dikritik untuk pengalihan suaranya.

Rancangan Animasi[sunting | sunting sumber]

Pada sekitar pelancarannya, saluran ini pada asalnya hanya menyiarkan rancangan animasi. Kebanyakannya bukan Disney Channel Original Series (Seperti dipanggil di AS). Live-action pertama disiarkan pada 2005 merupakan Smart Guy.

Tapak Sesawang[sunting | sunting sumber]

Tapak sesawang Disney Channel Skandinavia mempunyai permainan seperti di Amerika. Pada 2006, Disney Channel Skandinavia hentikan permainan Halloween di tapak sesawang mereka kerana berkongsi dengan Afrika Selatan, kerana mereka tak menyambut Halloween di sana. Pada 2007, Disney Channel di Skandinavia menambah video di tapak sesawang mereka, hanya Skandinavia sahaja boleh menontonnya kerana tidak tersedia di negara lain. DC Skandinavia membawa semula episod dan filem bertemakan Halloween pada Oktober 2011.

Ketersediaan[sunting | sunting sumber]

Disney Channel ini tersedia dalam satelit daripada Canal Digital/Thor 5 dan Viasat/Astra 4A.

Di Sweden, ia tersedia melalui rangkaian DTT melalui Multiplex 3 pada Februari 2004. Ia juga tersedia di Kepulauan Faroe.

Ia dilancarkan di Finland melalui Canal Digital pada April 2006. Saluran ini tersedia pada siang hari antara 7 a.m. dengan 5 p.m.[3] Kini, saluran ini disiarkan sehingga 6 p.m., dengan Urheilu+kanava menyiarkan pada waktu malam. Saluran ini tidak tersedia di Turku. Canal Digital pindahkan siaran daratan Disney Channel ke PlusTV pada Oktober 2008.[4]

Pada September 2007, pakej televisyen darat digital dilancarkan di Norway dengan Disney Channel disiarkan melalui RiksTV.

Pada 1 November 2009, saluran ini dilancarkan melalui rangkaian darat di Denmark melalui Boxer TV A/S.[5]

Beberapa syarikat kabel, seperti Com Hem, Tele2vision dan YouSee, juga menawarkan saluran ini.

Di Estonia, anda boleh menonton Disney Channel Skandinavia melalui Elion Digitv, yang terletak dalam pek tema kanak-kanak.

Di Iceland, Disney Channel boleh ditonton di sistem microwave -Digitalísland- oleh vodafone dan (stod2/bylgjan) di saluran 60 .[6] ,[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]