Jalan Negeri Kedah K751

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K751
Jalan Charuk Sik 'A'
Jalan IADP Charuk Sik A
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang3.26 km[1] (2.03 mi)
Simpang utama
Hujung baratK15 K15 di Kampung Charok Sik
Persimpangan utama
Hujung timurK15 K15 di Kampung Charok Kelian
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K751 (dikenali sebagai Jalan Charuk Sik 'A' dan Jalan IADP Charuk Sik A) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Baling, dalam negeri Kedah, Malaysia.[1][2] Pewartaan jalan negeri ini terletak di bahagian tengah Daerah Baling dalam zon Mukim Pulai. Penghujung barat K751 terletak di simpang K15 di Kampung Charok Sik manakala penghujung timurnya terletak di simpang jalan yang sama di Kampung Charok Kelian, dengan panjang jajarannya mencecah 3.26 kilometer (2.0 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

K751 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Charok Sik, di simpang tiga Jalan Negeri K15 (Jalan Batu 42–Parit Panjang). K751 bertindak sebagai jalan pintasan kepada K15 dan bakal menelusuri kaki bukit Bukit Siring. Jalan raya ini menuju ke utara lalu melengkung ke selatan dengan melalui kawasan perkampungan. Lalu, K751 akan merentasi sebatang anak sungai Sungai Charok Kelian yang berpunca di Bukit Buloh. Selepas melintasi Sungai Charok Kelian, K751 akan memasuki kawasan perkampungan Kampung Charok Kelian dan membuat pertemuan dengan K750 (Jalan Charok Kelian 'B'). Jajaran K751 diteruskan menuju ke arah barat daya untuk membuat pertemuan antara K15 sebagai penamatnya, secara simpang tiga bertentangan dengan Masjid As-Syakirin di kawasan perkampungan yang sama.[1][4]

Secara keseluruhan, jajaran Jalan Negeri K751 yang telah diwarta terletak dalam kawasan luar bandar di bahagian tengah Daerah Baling.[3][4] K751 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Baling, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[4] Nama jalan raya bagi K751 yang diwarta dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan IADP Charuk Sik A.[1][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Charok Sik0.00K15 K15Kampung Parit Panjang, SikPenamat barat
Kampung Charok Kelian2.34K750 K750Kampung Charok Kelian Ulu
3.26K15 K15Kampung Sirako, BalingPenamat timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 3) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]