Grand Prix Abu Dhabi 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Emiriah Arab Bersatu   Grand Prix Abu Dhabi 2011
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-18 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2011.
Circuit Yas-Island.svg
Tarikh 13 November 2011
Nama rasmi 2011 Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix
Lokasi Pulau Yas, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Litar Litar Yas Marina
5.554 km (3.451 batu)
Jarak 55 pusingan, 305.470 km (189.805 batu)
Cuaca Baik dan kering, Suhu udara 25 °C (77 °F)[1]
Petak pertama
Pemandu Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault
Masa 1:38.481
Pusingan terpantas
Pemandu Australia Mark Webber Red Bull-Renault
Masa 1:42.612 pada pusingan ke-51
Podium
Pertama United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Kedua Sepanyol Fernando Alonso Ferrari
Ketiga United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes

Grand Prix Abu Dhabi 2011 (nama rasmi: Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix) merupakan pusingan kelapan belas dan kedua terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2011. Perlumbaan ini berlangsung pada 13 November 2011 di Litar Yas Marina di Pulau Yas, sebuah pulau buatan manusia di pinggir Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.[2] Ini merupakan Grand Prix Abu Dhabi yang ketiga. Seperti biasa, inilah satu-satunya Grand Prix yang diadakan pada waktu senjakala dalam musim ini, dengan waktu permulaan pada pukul 17:00 waktu tempatan.

Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu McLaren, Lewis Hamilton. Di tempat kedua ialah pemandu Ferrari, Fernando Alonso, sementara Jenson Button mendapat tempat ketiga, juga dari pasukan McLaren.

Sebastian Vettel yang memandu kereta Red Bull-Renault, bermula dari petak pertama, tetapi bersara setelah mengalami tayar pancit pada pusingan pertama. Ini merupakan keputusan di luar mata yang pertama sejak Grand Prix Korea 2010 bagi Vettel. Oleh itu, beliau tidak dapat menyamai rekod 13 kemenangan dalam satu musim yang dicapai oleh Michael Schumacher, namun Vettel mampu menyamai rekod 14 petak pertama yang dicapai oleh Nigel Mansell pada tahun 1992 dalam musim ini. Ini juga merupakan satu-satunya perlumbaan dalam 2011 yang menyaksikan pasukan Red Bull tidak dapat mengisi podium, kerana rakan sepasukan Vettel, Mark Webber hanya mendapat tempat keempat.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Ked No Pemandu Pengeluar Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Petak
1 1 Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1:40.478 1:38.516 1:38.481 1
2 3 United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 1:39.782 1:38.434 1:38.622 2
3 4 United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.227 1:39.097 1:38.631 3
4 2 Australia Mark Webber Red Bull-Renault 1:40.167 1:38.821 1:38.858 4
5 5 Sepanyol Fernando Alonso Ferrari 1:41.380 1:39.058 1:39.058 5
6 6 Brazil Felipe Massa Ferrari 1:41.592 1:39.623 1:39.695 6
7 8 Jerman Nico Rosberg Mercedes 1:41.120 1:39.420 1:39.773 7
8 7 Jerman Michael Schumacher Mercedes 1:42.605 1:40.554 1:40.662 8
9 14 Jerman Adrian Sutil Force India-Mercedes 1:40.595 1:40.205 1:40.768 9
10 15 United Kingdom Paul di Resta Force India-Mercedes 1:41.064 1:40.414 tiada masa 10
11 17 Mexico Sergio Pérez Sauber-Ferrari 1:41.311 1:40.874 11
12 10 Rusia Vitaly Petrov Renault 1:40.955 1:40.919 12
13 18 Switzerland Sébastien Buemi Toro Rosso-Ferrari 1:41.737 1:41.009 13
14 9 Brazil Bruno Senna Renault 1:41.391 1:41.079 14
15 19 Sepanyol Jaime Alguersuari Toro Rosso-Ferrari 1:41.386 1:41.162 15
16 16 Jepun Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 1:41.613 1:41.240 16
17 12 Venezuela Pastor Maldonado Williams-Cosworth 1:42.258 1:41.760 241
18 20 Finland Heikki Kovalainen Lotus-Renault 1:42.979 17
19 21 Itali Jarno Trulli Lotus-Renault 1:43.884 18
20 24 Jerman Timo Glock Virgin-Cosworth 1:44.515 19
21 22 Australia Daniel Ricciardo HRT-Cosworth 1:44.641 20
22 25 Belgium Jérôme d'Ambrosio Virgin-Cosworth 1:44.699 21
23 23 Itali Vitantonio Liuzzi HRT-Cosworth 1:45.159 22
Masa 107%: 1:46.766
24 11 Brazil Rubens Barrichello Williams-Cosworth tiada masa 232
Nota
^1  – Pastor Maldonado dikenakan penalti sepuluh-petak kedudukan kerana menggunakan enjin yang kesembilannya dalam musim ini, sekaligus melampaui had penggunaan lapan enjin.
^2  – Rubens Barrichello gagal mencatat masa pusingan setelah pasukannya mendapati kebocoran minyak ekoran penukaran enjin. Memandangkan beliau mencatatkan masa latihan dalam lingkungan 107% masa pusingan terpantas, beliau diberikan kebenaran untuk memulakan perlumbaan.[3]

Perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ked No Pemandu Pengeluar Pusingan Masa Petak Mata
1 3 United Kingdom Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 55 1:37:11.886 2 25
2 5 Sepanyol Fernando Alonso Ferrari 55 +8.457 5 18
3 4 United Kingdom Jenson Button McLaren-Mercedes 55 +25.871 3 15
4 2 Australia Mark Webber Red Bull-Renault 55 +35.784 4 12
5 6 Brazil Felipe Massa Ferrari 55 +50.578 6 10
6 8 Jerman Nico Rosberg Mercedes 55 +52.317 7 8
7 7 Jerman Michael Schumacher Mercedes 55 +1:15.964 8 6
8 14 Jerman Adrian Sutil Force India-Mercedes 55 +1:17.122 9 4
9 15 United Kingdom Paul di Resta Force India-Mercedes 55 +1:41.087 10 2
10 16 Jepun Kamui Kobayashi Sauber-Ferrari 54 +1 Pusingan 16 1
11 17 Mexico Sergio Pérez Sauber-Ferrari 54 +1 Pusingan 11
12 11 Brazil Rubens Barrichello Williams-Cosworth 54 +1 Pusingan 24
13 10 Rusia Vitaly Petrov Renault 54 +1 Pusingan 12
14 12 Venezuela Pastor Maldonado Williams-Cosworth 54 +1 Pusingan3 23
15 19 Sepanyol Jaime Alguersuari Toro Rosso-Ferrari 54 +1 Pusingan3 15
16 9 Brazil Bruno Senna Renault 54 +1 Pusingan 14
17 20 Finland Heikki Kovalainen Lotus-Renault 54 +1 Pusingan 17
18 21 Itali Jarno Trulli Lotus-Renault 53 +2 Pusingan 18
19 24 Jerman Timo Glock Virgin-Cosworth 53 +2 Pusingan 19
20 23 Itali Vitantonio Liuzzi HRT-Cosworth 53 +2 Pusingan 22
Ret 22 Australia Daniel Ricciardo HRT-Cosworth 47 Pengulang-alik 20
Ret 18 Switzerland Sébastien Buemi Toro Rosso-Ferrari 18 Hidraulik 13
Ret 25 Belgium Jérôme d'Ambrosio Virgin-Cosworth 17 Brek 21
Ret 1 Jerman Sebastian Vettel Red Bull-Renault 1 Tayar pancit 1
Nota
^3  – Pastor Maldonado dan Jaime Alguersuari dikenakan penalti masa kerana mengingkari bendera biru, namun ini tidak menjejaskan kedudukan akhir masing-masing.[4]

Kedudukan selepas perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Kejuaraan Pemandu
Ked Pemandu Mata
1 Jerman Sebastian Vettel 374
2 United Kingdom Jenson Button 255
3 Sepanyol Fernando Alonso 245
4 Australia Mark Webber 233
5 United Kingdom Lewis Hamilton 227
Kedudukan Kejuaraan Pengeluar
Ked Pengeluar Mata
1 Austria Red Bull-Renault 607
2 United Kingdom McLaren-Mercedes 482
3 Itali Ferrari 353
4 Jerman Mercedes 159
5 United Kingdom Renault 72
  • Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "2011 FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX (Perlumbaan)". Formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 13 November 2011. Diperolehi pada 31 Mac 2012. 
  2. "World Motor Sport Council: 03/11/2010". fia.com (Fédération Internationale de l'Automobile). 3 November 2010. Diperolehi pada 27 Oktober 2011. 
  3. Strang, Simon (12 November 2011). "Barrichello mengalami masalah enjin dan mendapat keputusan kelayakan yang paling teruk dalam kerjayanya". Autosport.com (Haymarket Publications). Diperolehi pada 13 November 2011. 
  4. "Maldonado, Alguersuari dikenakan penalti". Yahoo! Eurosport (TF1 Group). 13 November 2011. Diperolehi pada 14 November 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Perlumbaan sebelum:
Grand Prix India 2011
Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA
Musim 2011
Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Brazil 2011
Perlumbaan sebelum:
Grand Prix Abu Dhabi 2010
Grand Prix Abu Dhabi Perlumbaan seterusnya:
Grand Prix Abu Dhabi 2012