Nur Farhan binti Azizan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Farhan AF4
Latar belakang
Nama lahir Nur Farhan binti Azizan
Kelahiran 21 Ogos 1984 (30 tahun)
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi

Nur Farhan bt Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan (lahir 21 Ogos 1984) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Farhan merupakan anak sulung kepada Azizan Mohd. Khir dan Maliza Abd. Wahab. Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik. Sebelum diterima memasuki Akademi Fantasia, beliau membantu keluarganya dalam pengurusan model dan menjadi pembantu pelatih gym.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selain dibesarkan di Kuala Lumpur, Farhan turut pernah dibesarkan di Taman Pelangi, Johor Bahru. Beliau pernah merantau hinggakan mempunyai keluarga angkat di Australia. Ayahnya berasal dari Kancut, Kedah manakala ibunya berasal dari Batu Pahat, Johor.

Farhan pernah tinggal dan bersekolah di Johor, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Singapura. Beliau fasih berbahasa Mandarin disebabkan beliau pernah bersekolah di Sekolah Perempuan Peng Hua, Pulau Pinang selama empat tahun.

Beliau mempunyai kemahiran refleksologi dan mengait benang. Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli sukan menembak untuk negeri Pahang peringkat junior dalam tahun 1997 dan 1998. Beliau juga pernah menjadi pengajar kecergasan di pusat "Clark & Hatch" di Pulau Pinang pada tahun 2002.

Pendedahan bakat[sunting | sunting sumber]

Farhan yang tidak pernah mendapat latihan secara formal itu mula menyertai pertandingan nyanyian ketika berusia 12 tahun di Kuantan, Pahang dan ketika itu berusia 12 tahun. Beliau ketika itu mendapat tempat kedua dengan lagu bertajuk "Killing Me Softly" dan dikhabarkan ketika itu beliau tertelan gula-gula getah. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pesta Lagu Melayu Asli pada tahun 1999 dan pernah mewakili negeri Pahang. Walau bagaimanapun, beliau telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Beliau mula membuat persembahan di hotel sejak tingkatan lima dan hampir mendapat kontrak untuk menyanyi di sebuah hotel sebelum memasuki Akademi Fantasia. Sewaktu menyanyi di Hotel Sheraton, beliau pernah menambat hati seorang penerbit album yang pernah menerbitkan album kumpulan TLC dan mendapat tawaran membuat album Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat. Tawaran itu ditolak memandangkan Farhan masih muda.

Beliau juga merupakan "regular singer" bagi Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail. Beliau juga pernah menyertai Bintang RTM dan Malaysian Idol untuk musim pertama dan kedua. Walau bagaimanapun, pencapaian paling tinggi ialah "40 teratas" bagi Malaysian Idol kedua.

Beliau meminati penyanyi Shirley Bassey, Chaka Khan dan Sheila Majid. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Zain Ahmad, Zaiton, Saadiah, Siti Tanjung Perak, Umi Kalthom. Kebolehan beliau adalah membawakan muzik muzik klasik dengan husky vocalnya dan beliau meminati muzik bigband.

Maklumat lain[sunting | sunting sumber]

Makanan Kegemaran : Asam pedas
Minuman Kegemaran : Teh O ais limau
Filem Kegemaran : Pendekar Bujang Lapok
Lagu Kegemaran : New York, New York
Hobi : Menyanyi dan bersukan
Zodiak : Leo
Tinggi : 163 cm
Berat : 55 kg
Bangsa : Melayu

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Farhan diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelud bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju ke peringkat akhir untuk musim kali ini bersama Faizal, Haziq, dan Velvet serta Lotter yang diserap masuk pada minggu ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau memenangi tempat ketiga dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Di dalam akademi, Farhan dianggap sebagai kakak oleh pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar yang muda seperti Salima, Zila, Haziq dan Amirul. Ini disebabkan beliau adalah pelajar perempuan yang paling tua dan sebagai seorang anak sulung, perkara tersebut tidak menjadi asing lagi. Walaupun beliau mempunyai vokal yang mantap dan disegani, beliau sering dikatakan bermasalah dari segi penyampaian emosi. Ramai yang berpendapat beliau enggan menunjukkan semua emosinya kerana bimbang orang akan dapat membaca rahsianya.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang didendangkan oleh Farhan sewaktu berada di Akademi Fantasia, serta dinyanyikan beliau ketika konsert prelud dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelud : Route 66 - nyanyian asal oleh Natalie Cole
  • Konsert Pertama : Hujan Di Tengah Hari - nyanyian asal oleh P.Ramlee
  • Konsert Kedua : Sayang Disayang - nyanyian asal oleh Kartina Dahari
  • Konsert Ketiga : Still Got The Blues - nyanyian asal oleh Gary Moore
  • Konsert Keempat : Tak Ingin Lagi - nyanyian asal oleh Misha Omar
  • Konsert Kelima : Biarlah Rahsia - nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza
  • Konsert Keenam : Kopi Dangdut - nyanyian asal oleh Fahmi Shahab
  • Konsert Ketujuh : Meniti Titian Usang - nyanyian asal oleh Kumpulan Search
  • Konsert Kelapan : Emosi - nyanyian asal oleh Sheila Majid
  • Konsert Akhir : Spain - nyanyian asal oleh Al-Jerraeu
  • Konsert Akhir : Aku Sahaja yang Tahu - ciptaan oleh Ajai dan lirik oleh Ajai/Fauziah Nawi
  • Konsert Reunion : Mas Que Nada - nyanyian asal oleh Sergio Mendez

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Farhan merupakan pelajar Akademi Fantasia pertama yang membuat persembahan di atas pentas tanpa memakai kasut iaitu ketika menyanyikan lagu Emosi pada minggu kelapan.
  • Pakaian yang digayakan beliau sepanjang konsert mingguan sentiasa bertemakan warna tanah iaitu kuning, merah, perang dan hitam.
  • Farhan adalah pelajar yang paling banyak menyanyikan lagu Inggeris pada musim keempat.
  • 5 daripada 10 lagu yang dinyanyikan beliau sepanjang konsert mingguan AF adalah lagu asal yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki.
  • Suara Farhan digunakan untuk lagu tema Sehati Berdansa iaitu program realiti tahun 2007 yang diterbitkan oleh Astro Ria.
  • Menyanyikan lagu tema drama bersiri Cinta & Keadilan (Rashid & Co) siaran Astro Ria berjudul Kau Cinta.
  • Menyanyikan lagu dari album runut bunyi filem Malaikat Maut iaitu Pintu-Pintu Nyata ciptaan Zul Mahat.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ketika bermula Akademi Fantasia lagi, Farhan telah dilemparkan pelbagai tuduhan yang sama ada berniat untuk menjatuhkan beliau mahupun sekadar lepas angin. Penampilannya dalam "Tirai Akademi Fantasia" yang agak selekeh membuatkan Farhan kurang mendapat perhatian pada mulanya hinggakan beliau berada di tempat terbawah di antara 20 calon pelajar AF kali ini.

Ketika dalam Akademi pula, tanpa diketahui beliau, desas-desus mula menular yang mengatakan Farhan adalah janda beranak satu. Hal ini semakin hangat apabila Farhan mula terkenal dengan sifat perahsianya. Walau bagaimanapun, fitnah tersebut disangkal sama sekali oleh keluarganya hinggakan sanggup menawarkan wang bagi sesiapa yang boleh membuktikan kebenaran fitnah tersebut.

Kutukan terhadap Farhan semakin bertambah apabila Farhan berjaya menggugat kebanyakan pelajar yang lain. Terdapat teori mengatakan tohmahan yang dilemparkan kepadanya turut menggugat Farhan untuk menempa nama sebagai juara wanita pertama dalam sejarah Akademi Fantasia.

Kelab Sahabat Farhan[sunting | sunting sumber]

Kelab Sahabat Farhan atau Farhan Friends’ Club (FFrC) yang dilancarkan baru-baru ini bukan sekadar menjual nama Farhan semata-mata sebaliknya memberi pelbagai faedah kepada peminat yang menyertainya. Farhan Friend’s Club sudah pun merancang pelbagai aktiviti menarik untuk ahli yang mendaftar secara rasmi. FFrC dilancarkan secara besar-besaran pada 19 Ogos 2006 di Taman Tasik Titiwangsa.

Dengan yuran sebanyak RM68, setiap ahli berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti yang membabitkan Farhan serta membolehkan ahli menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan kelab terbabit antaranya menikmati diskaun istimewa untuk pelbagai aktiviti seperti percutian, penginapan hotel dan makan di restoran yang terpilih di seluruh Malaysia. Ia juga menyediakan khidmat polisi insuran kemalangan diri serta kos perubatan sehingga RM2,000 untuk setiap ahlinya.

Setiap ahli akan diberikan sebuah kad khas yang akan membolehkan mereka menikmati segala kemudahan yang disediakan. Kad tersebut menggunakan ciri teknologi contact-less terkini yang mengandungi segala data keahlian dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

Anugerah & pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Era 2007[sunting | sunting sumber]

  • Vokal Wanita Pilihan - Top 5

Anugerah Planet Muzik 2007[sunting | sunting sumber]

  • Artis Wanita Baru Terbaik - Top 5

Anugerah Industri Muzik 2007[sunting | sunting sumber]

  • Artis Baru Terbaik - Top 5
  • Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album - Top 5 (Best of Farhan)

Akademi Fantasia 2006[sunting | sunting sumber]

  • Tempat ketiga

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]