Barisan Alternatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Barisan Alternatif (BA) merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di Malaysia demi mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN). BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ianya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM)

BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Oleh itu logo Barisan Alternatif tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, menurut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.[1] Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan.[2]

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Barisan Alternatif pernah ditubuhkan secara komitmen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 setelah Anwar Ibrahim disingkirkan dari kerajaan kerana kes liwat 1 pada 20 September 1998. Seterusnya pada 24 Oktober, empat parti pembangkang terbesar -- Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) -- mengumumkan perikatan pilihan raya dan mengeluarkan manifesto bersama.[3]

Ketika itu ahli-ahli BA bersetuju untuk cuma satu satu parti bertanding bagi setiap kerusi. Hasilnya banyak kerusi yang dimenangi oleh pembangkang seperti Terengganu dirampas oleh PAS dan peningkatan kerusi Parlimen. Kerusi Parlimen DAP turut bertambah namun dua pemimpinnya, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kawasan mereka.

Perpecahan[sunting | sunting sumber]

Sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama.

Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.

Pilihan Raya Umum 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung. DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah kawasan, selain daripada bersaing dengan BN. Akhirnya, Abdullah Ahmad Badawi yang baru menjadi Perdana Menteri Malaysia dan terkenal dengan Islam Hadhari berjaya merampas semula Terengganu dan BN mencapai kemenangan besar di tempat lain. PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKN hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi. Ini masih kurang daripada DAP yang memenangi 12 kerusi.

Penggabungan PKN dengan PRM[sunting | sunting sumber]

Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Oleh itu BA cuma mempunyai 2 buah parti komponen sahaja. Namun sesetengah ahli PRM enggan menyertai PKR, oleh itu apabila pendaftaran mereka hampir ditamatkan, mereka lekas menghantar laporan mesyuarat mereka, supaya mereka dapat mengekalkan daftar mereka. Mereka tidak menyertai semula ke dalam BA.

Kebangkitan semula[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 2008, BA bersama dengan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Hasilnya, mereka berjaya menawan negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, di samping mengekalkan Kelantan di tangan PAS.

Di negeri Kedah, BA bersama dengan seorang calon bebas membentuk kerajaan. Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Calon bebas itu pula dijemput menyertai PKR, dan beliau menerima jemputan itu.

Di Pulau Pinang pula, DAP dapat menubuhkan kerajaan kerana mendapat majoriti mudah hasil kerjasama dengan PKR. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dilantik sebagai Ketua Menteri.

Sementara di negeri Perak dan Selangor pula, gabungan DAP, PAS dan PKR berjaya membentuk kerajaan, dengan Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR) menjadi Menteri Besar.

Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pakatan Rakyat

Kedua-dua buah parti komponen Barisan Alternatif, iaitu PAS dan PKR, bersama dengan DAP, menubuhkan Pakatan Rakyat yang menggantikan Barisan Alternatif ini. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]