Kongres Penyatuan Masyarakat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kongres Penyatuan Masyarakat
Community Coalition Congress
CCC
Ketua Ong Boon
Diasaskan 1988
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Kongres Penyatuan Masyarakat (CCC) atau Community Coalition Congress ditubuhkan dan didaftarkan sebagai parti politik pada 1988 untuk mengantikan sayap Majlis Perundingan Cina atau Chinese Concultative Council (CCC) yang ditubuhkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada pilihan raya umum 1986 [1] bagi memberi ruang kepada limpahan sokongan masyarakat Cina yang majoritinya bukan Islam, tetapi menghadapi kesulitan hasil dari tentangan dalaman parti berlandaskan Islam itu dan keengganan untuk membenarkan penyokong CCC untuk diterima mendaftar secara rasminya sebagai ahli parti dan untuk bertanding di atas tiket PAS di dalam pilihan raya.[2] [3] [4]

Walaupun CCC telah didaftarkan sebagai parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), ianya tidak pernah bertanding di dalam mana-mana pilihan raya sehingga kini.[5] CCC terus menjadi satu parti pasif dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) untuk menghadapi pilihan raya 2009 yang akhirnya dinaiktarafkan menjadi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap baru parti PAS pada 23 Mei 2010, selaras dengan matlamat penubuhan sayap baru berkenaan bagi meluaskan pengaruhnya di kalangan penyokong bukan Islam, dewan itu boleh mengemukakan nama calon bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya umum.[6]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ibrahim Abu Bakar (July 2009), PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia, Issue 43 Journal of Human Science, ULUM (Kuala Lumpur, Malaysia: Department of Theology and Philosophy-Faculty of Islamic Studies-National University of Malaysia), diperoleh pada 2010-04-18 
  2. Ahmad Fauzi Abdul Hamid (14 February 2008), The Islamic Opposition in Malaysia : New Trajectories and Directions?, S Rajaratnam School of International Studies (Singapore), diperoleh pada 2010-04-18 
  3. Joshua Ho (2003), The Advent of a New Way of War : Theory and Practice of Effects Based Operation, diperoleh pada 2010-04-18 
  4. Multiracial Opposition Party To Be Established, Replace CCC, Berita Harian (Kuala Lumpur, Malaysia), 12 January 1987, diperoleh pada 2010-04-18 
  5. 29 Political Parties Register With Election Commission, January 26, 2004, by Harlina Samson, KUALA LUMPUR, Bernama
  6. PAS Tubuh Sayap Baru, Bukan Islam Boleh Tanding Pilihan Raya, ARIFFUDDIN ISHAK, 17 Mei 2010, mStar Online