Parti Bersama Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Bersama Malaysia
Malaysian United Party
SingkatanParti MU
PresidenTan Gin Theam
Setiausaha agungKee Lean Ee
PengasasTan Gin Theam
Disahkan2 Disember 2016
Ibu pejabatGeorgetown, Pulau Pinang
IdeologiDemokrasi liberal, Demokrasi sosial, Kuasa ketiga, Ketempatan
WarnaMerah, Putih

Parti Bersama Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian United Party, singkatan: Parti MU) ialah sebuah parti politik kecil di Malaysia[1] yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 dan bergiat hanya di Pulau Pinang.

Penubuhan parti ini digagaskan pada 2015 oleh sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang termasuk beberapa bekas pemimpin MCA dan Gerakan. Perhatian khusus parti ini adalah untuk bertindak sebagai kuasa ketiga dalam politik Malaysia dan mengambil peranan semak dan imbang kepada parti pemerintah dan pembangkang.[2]

Keanggotaan awal parti ini terdiri daripada anggota pertubuhan masyarakat dari kaum Cina yang diketuai oleh usahawan, Tan Gin Theam, dan dibantu oleh dua bekas ahli politik Barisan Nasional, David Yim dan Lim Boo Chang.[3]

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, Parti MU menghantar sekumpulan calon hanya di Pulau Pinang.

Penyertaan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parti ini bertanding di 20 kerusi negeri dan lima kerusi parlimen, semuanya di Pulau Pinang[4], dalam pilihan raya umum 2018 tetapi gagal dalam percubaan awal mereka ini dengan kesemua calon kehilangan deposit.[5]

Keputusan pilihan raya persekutuan[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya Jumlah kerusi menang kerusi ditandingi Jumlah undi Peratusan undi Hasil pilihan raya Pemimpin pilihan raya
2018
0 / 222
6 2,102 0.02% 0 kerusi; Tiada wakil di Parlimen Tan Gin Theam

Keputusan pilihan raya negeri[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya Negeri Jumlah kerusi menang Kerusi ditandingi Jumlah undi Peratusan undi Hasil pilihan raya Pemimpin pilihan raya
Penang 2018
0 / 40
20 2,366 0.3% 0 kerusi; Tiada wakil di DUN Tan Gin Theam

Sejarah penyertaan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenis Negeri Kawasan Nama Calon Catatan
2018 Pilihan raya umum  Pulau Pinang P43 Bagan Koay Xing Boon Hilang deposit
P48 Bukit Bendera Tan Gim Theam Hilang deposit
P50 Jelutong Tan Sim Bee Hilang deposit
P51 Bukit Gelugor Lai Xue Ching Hilang deposit
P52 Bayan Baru David Yim Boon Leong Hilang deposit
2018 Pilihan raya negeri  Pulau Pinang N7 Sungai Puyu Neoh Bok Keng Hilang deposit
N8 Bagan Jermal Hari Devydrai Hilang deposit
N9 Bagan Dalam Teoh Uat Lye Hilang deposit
N14 Machang Bubok Lim Jhun Hou Hilang deposit
N19 Jawi Koay Xing Boon Hilang deposit
N22 Tanjung Bungah Lee Zheng Yong Hilang deposit
N23 Air Putih Tan Gim Theam Hilang deposit
N24 Kebun Bunga Wu Kai Min Hilang deposit
N25 Pulau Tikus Wee Kean Wai Hilang deposit
N26 Padang Kota Goh Saik Wei Hilang deposit
N27 Pengkalan Kota Koay Teng Lye Hilang deposit
N28 Komtar Ong Chun Jiet Hilang deposit
N29 Datuk Keramat Lim Boo Chang Hilang deposit
N30 Sungai Pinang Tan Sim Bee Hilang deposit
N31 Batu Lancang Kee Lean Ee Hilang deposit
N32 Seri Delima Terrence Tan Yang Yung Hilang deposit
N33 Air Itam Kang Teik Woi Hilang deposit
N34 Paya Terubong Kuan Aun Wan Hilang deposit
N35 Batu Uban Teoh Kok Siang Hilang deposit
N36 Pantai Jerejak David Yim Boon Leong Hilang deposit

Kepimpinan parti[sunting | sunting sumber]

Senarai setakat 2018[6][7]:

  • Presiden
    • Tan Gin Theam
  • Timbalan Presiden
    • Dennis Koay Xing Boon
  • Naib Presiden:
    • David Yim Boon Leong
    • Lim Boo Chang
    • Soon Chee Beng
    • Lily Teoh
  • Setiausaha Agung
    • Kee Lean Ee
  • Bendahari Agung
    • Noor Shukri Hashim

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Parti Bersama Malaysia
  2. ^ Tan, Christopher (2017-07-31). "New party to stand united with all Malaysians". The Star. Malaysia. Dicapai pada 2018-06-05.
  3. ^ McIntyre, Ian; Lee, Edmund (2018-04-06). "MUP vows to bring back 'politics of service' to people". The Sun. Malaysia. Dicapai pada 2018-06-05.
  4. ^ "GE14: MUP throws hat in the ring in Penang" (PDF). BERNAMA. 22 April 2018. Dicapai pada 15 Mac 2022 – melalui Perdana.
  5. ^ "77 candidates in Penang lose their deposit". The Star. Malaysia. 2018-03-11. Dicapai pada 2018-06-05.
  6. ^ "New Party To Stand United With All Malaysians". Malaysia Today. Julai 31, 2017. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  7. ^ Shazwan Mustafa Kamal (19 Sep 2017). "Ahead of GE14, new party hopes 'local' touch will resonate with Penang voters". Malay Mail. Dicapai pada 15 Mac 2022.