Parti Demokratik Progresif Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Demokratik Progresif Sarawak
Sarawak Progressive Democratic Party
SPDP
Ketua Dato' Sri William Mawan Ikom
Diasaskan 9 November 2002
Ibu pejabat

Lot 4319-4320, Blok 27, KNLD, Jalan Stapok, Sungai Maong, 93250 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-311180

Fax: 082-311190
Penggabungan nasional Barisan Nasional
Tapak web
Laman Facebook SPDP
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) ditubuhkan pada 9 November 2002 merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana disebabkan oleh perbalahan pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah melahirkan parti yang dipimpim oleh Presiden SPDP iaitu Dato' Sri William Mawan Ikom atas nasihat ketua menteri Sarawak.

Pada 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom[1], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.[2]

Datuk Sri William Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), yang merupakan satu parti serpihan baru Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002, 4 hari kemudian selepas SNAP dibatalkan pendaftarannya[3][4] dan terus menyertai Barisan Nasional.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]