Anjing penuding Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Perancis, jenis Gascogne
Anjing penuding Perancis, jenis Gascogne jantan
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 58–69 cm (23–27 in)
Betina 56–68 cm (22–27 in)
Bulu tebal dan cukup berjumbai, lebih halus di kepala dan di telinga
Warna perang berangan, sama ada padu atau bercampur dengan putih, dengan bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang atau tanpa bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing penuding Perancis, jenis Pyrénées
Anjing penuding Perancis, jenis Pyrénées jantan
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 47–58 cm (19–23 in)
Betina 47–56 cm (19–22 in)
Bulu halus dan pendek
Warna perang berangan, sama ada padu atau bercampur dengan putih, dengan bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang atau tanpa bintik atau titik kemerah-merahan atau sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding Perancis[a] ialah anjing pemburu daripada jenis sangat lama bagi gundog yang digunakan penudingan lokasi unggas buruan untuk pemburu. Terdapat dua baka anjing penuding Perancis, kedua-duanya dari selatan Perancis,[1][2][3][4] iaitu anjing penuding Perancis, jenis Gascogne[b] dan anjing penuding Perancis, jenis Pyrénées.[c] Ia merupakan anjing pemburu popular di Perancis, tetapi jarang terlihat di tempat lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selama berabad-abad, anjing ini dibawa ke negara lain dan disilangkan dengan baka lain. Apabila pencarian dilakukan pada penghujung abad kesembilan belas untuk mencari anjing asli, dua jenis rantauan berasingan ditemukan.[5]

Kelab baka pertama dibentuk pada tahun 1850 dan piawaian untuk kedua-dua baka ditulis pada tahun 1880.[perlu rujukan] Ia diiktiraf oleh Société Centrale Canine di Perancis dan di seluruh dunia oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1][2][3][4] SCC melarang pembiakbakaan dalaman atau pembiakbakaan segaris dan tidak akan mendaftarkan mana-mana anjing dengan leluhur bersama dalam tiga generasi pertama pedigrinya.[6] Daripada kelab-kelab anjing utama di dunia berbahasa Inggeris, hanya Canadian Kennel Club di Kanada dan United Kennel Club di Amerika Syarikat yang mengiktirafnya. Canadian Kennel Club mengiktiraf satu baka, Braque Français (Gascogne) ("anjing penuding Perancis (Gascogne)") dalam Kumpulan Anjing Sukan[7] dan United Kennel Club pula mengiktiraf kedua-dua baka, dalam Kumpulan Gundog-nya, dengan nama Braque Français De Grande Taille ("anjing penuding bersaiz besar Perancis") dan Braque Français, De Petite Taille ("anjing penuding bersaiz kecil Perancis") - saiz lebih kecil memaksudkan jenis Pyrénées adalah lebih kecil daripada jenis Gascogne, dan tidak bermakna ia merupakan anjing kecil.[8][9]

Kegunaan perburuan[sunting | sunting sumber]

Baka anjing penuding Perancis bukan sahaja anjing penuding, tetapi juga anjing pemburu serba guna yang mampu mengutip, menggarah, dan juga menjejaki buruan di semua jenis rupa bumi.[10] Jenis Pyrénées ialah anjing cepat yang dapat bergerak dengan pantas tanpa memecut, manakala jenis Gascogne ialah anjing yang bergerak dengan lebih perlahan.[6]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua baka anjing penuding Perancis adalah bersaiz sederhana hingga besar, dengan tungkai panjang dan telinga labuh panjang. Lapis bulunya pendek dan berwarna perang berangan atau putih berbintik-bintik dengan warna perang, kerap dengan satu atau lebih tompok perang besar. Kepalanya biasanya berwarna perang. Jenis Gascogne adalah kira-kira 10 sentimeter (3.9 in) lebih tinggi pada paras kelasa berbanding dengan jenis Pyrénées.[perlu rujukan]

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

  • Anjing penuding Perancis, jenis Pyrénées, berdiri setinggi kira-kira 47–58 sentimeter (19–23 in) pada paras kelasa dan betina pula lebih kecil sedikit, lalu memberikan kesan "anjing penuding berbulu pendek Jerman yang dikecilkan kepada saiz spaniel Bretagne".[6] Anjing penuding Perancis, jenis Gascogne yang lebih besar pula adalah setinggi 58–69 sentimeter (23–27 in) (betina lebih kecil)
  • Lapis bulu jenis Gascogne adalah tebal, manakala lapis bulu jenis Pyrénées adalah lebih pendek dan lebih halus[3][4] Lapis bulu jenis Pyrénées biasanya lebih berbelak perang belang pada tubuh.
  • Kepala jenis Pyrénées adalah lebih lebar sedikit dan telinganya tidak begitu panjang. Pada jenis Gascogne, jika telinga ditarik ke arah hadapan, telinganya mencapai hujung hidung. Jenis Gascogne mempunyai bibir sedikit menjulur yang menjadikan muncungnya kelihatan segi empat sama; muncung jenis Pyrénées kelihatan lebih sempit.[5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ڤرنچيس; Perancis: braque français; bahasa Inggeris: French pointing dog
  2. ^ Jawi: جنيس ݢسکوڽا; Perancis: type Gascogne; bahasa Inggeris: Gascogne type
  3. ^ Jawi: جنيس ڤيريني; Perancis: type Pyrénées; bahasa Inggeris: Pyrenean type

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Standard FCI N°133 BRAQUE FRANÇAIS, TYPE « GASCOGNE »" [Piawaian FCI No. 133 Anjing Penuding Perancis, Jenis Gascogne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 22 September 2023. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 133 BRAQUE FRANÇAIS, TYPE « GASCOGNE » (French Pointing Dog Gascogne Type)" [Piawaian FCI No. 133 Anjing Penuding Perancis, Jenis Gascogne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 22 September 2023. Dicapai pada 23 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c "Standard FCI N° 134 BRAQUE FRANÇAIS, TYPE PYRENEES" [Piawaian FCI No. 134 Anjing Penuding Perancis, Jenis Pyrénées] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 22 September 2023. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  4. ^ a b c "FCI-Standard N° 134 BRAQUE FRANÇAIS, TYPE PYRÉNÉES (French Pointing Dog Pyrenean Type)" [Piawaian FCI No. 134 Anjing Penuding Perancis, Jenis Pyrénées] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 22 September 2023. Dicapai pada 23 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ a b Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 146–147. ISBN 0-87605-624-9.
  6. ^ a b c Braque Français, The French Pointer In North America (Inggeris), oleh Chad Mason, Gun Dog Magazine, Ogos 2004 dalam talian Diarkibkan 7 Mei 2008 di Wayback Machine
  7. ^ "Braque Français (Gascogne)". Canadian Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2024.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Braque Français, de Grande Taille". United kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  9. ^ "Braque Français, de Petite Taille". United kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada 4 Mac 2024.
  10. ^ Club du Braque français, breed club in France (Perancis) Diarkibkan 2 Mei 2009 di Wayback Machine

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley, ISBN 9781465408440.
  • Juliette Cunliffe (2002). The Encyclopedia of Dog Breeds (Inggeris). Bath, United Kingdom: Paragon.