Spaniel air Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spaniel air Amerika
Chien d'eau americain champion 1.JPG
Spaniel air Amerika
Nama lainAnjing air Amerika
Spaniel perang Amerika
Spaniel air perang Amerika
Nama ringkasAWS
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 25–40 lb (11–18 kg)
Betina 25–40 lb (11–18 kg)
Tinggi Jantan 15–18 in (38–46 cm)
Betina 15–18 in (38–46 cm)
Bulu Berbulu dua lapis, lapis luar keriting
Warna Warna perang
Saiz perinduk 5 ekor anak anjing
Jangka hayat 10–12 tahun
CatatanAnjing negeri Wisconsin
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spaniel air Amerika ([American water spaniel, AWS] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), anjing air Amerika, spaniel perang Amerika (bahasa Inggeris: American brown spaniel), atau anjing spaniel air perang Amerika (bahasa Inggeris: American brown water spaniel) ialah satu baka spaniel yang merupakan salah satu sedikit baka berasal dari Amerika Syarikat. Dikembangkan di negeri Wisconsin pada abad ke-19 daripada sebilangan baka lain, termasuk spaniel air Ireland dan Inggeris. Baka ini diselamatkan oleh Dr. Fred J. Pfeifer, yang menubuhkan kelab dan piawaian baka, dan yang kerjanya membawa kepada pengiktirafan untuk baka ini oleh United Kennel Club, dan kemudian, American Kennel Club. Sementara ia merupakan anjing negeri Wisconsin, ia kekal merupakan baka jarang.

Ia merupakan anjing bersaiz sederhana, dan mempunyai bulu dua lapis, yang terdapat dalam keragaman warna berkaitan dengan perang. Anjing pemburu yang serba guna boleh menyesuaikan diri terhadap kehidupan pangsapuri kerana kerja oleh pembiak baka untuk mengembangkan baka dengan perangai sesuai. Spaniel air Amerika mungkin telah terlibat dalam pengembangan spaniel Boykin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tertentu
Umum
  • Smith, Steve (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs. Minocqua, Wis.: Willow Creek Press. ISBN 978-1-57223-501-4.
  • Spiotta-DiMare, Loren (1999). The Sporting Spaniel Handbook. Hauppauge, N.Y.: Barron's. ISBN 978-0-7641-0884-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]