Anjing pengutip Teluk Chesapeake

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pengutip Teluk Chesapeake
Anjing pengutip Teluk Chesapeake di gelanggang pertunjukan.
Nama ringkasChessie, CBR, Chesapeake
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 65–80 lb (29–36 kg)
Betina 55–70 lb (25–32 kg)
Tinggi Jantan 23–26 in (58–66 cm)
Betina 21–24 in (53–61 cm)
Bulu Satu ciri pentakrif baka ini ialah tekstur bulu dua lapis
Warna Mana-mana warna perang, rusiga, atau rumput mati dengan bintik putih terhad
Jangka hayat 10 hingga 13 tahun
CatatanAnjing negeri Maryland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip Teluk Chesapeake (bahasa Inggeris: Chesapeake Bay retriever dog) ialah satu baka anjing tergolong dalam kumpulan baka Pengutip, Gundog, dan Sukan.[1][2][3] Baka ini dikembangkan di kawasan Teluk Chesapeake di Amerika Syarikat pada abad ke-19. Dahulu digunakan oleh pemburu pasaran kawasan untuk mengutip unggas air, ia terutamanya merupakan haiwan peliharaan keluarga dan teman pemburuan. Ia kerap dikenali kerana kesukaannya akan air dan keupayaannya untuk memburu. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana hingga besar berpenampilan serupa dengan anjing pengutip Labrador. Anjing pengutip Teluk Chesapeake mempunyai bulu beralun-alun, bukan seperti bulu licin anjing Labrador. Ia diperihalkan mempunyai perangai riang dan gembira, kesanggupan untuk bekerja, kewaspadaan, kecerdasan, dan kesukaan akan air sebagai sesetengah daripada cirinya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FCI Breeds nomenclature". 2009. Dicapai pada 18 April 2010.
  2. ^ American Kennel Club, Inc. (2006). The Complete Dog Book. New York: Ballantine Books. m/s. 14. ISBN 0-345-47626-3.
  3. ^ "Gundog Group, The Kennel Club (UK)". 3 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-01. Dicapai pada 19 Januari 2009.
  4. ^ American Kennel Club, Inc. (2006). The Complete Dog Book. New York: Ballantine Books. m/s. 36. ISBN 0-345-47626-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]