Anjing pemburu Artois

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu Artois
Anjing pemburu Artois
Nama lainPicard
Briquet
Negara asalPerancis
Trait
Berat 28–30 kg (62–66 lb)
Tinggi 53–58 cm (21–23 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Artois atau anjing pemburu Artois[a] ialah satu baka anjing jarang dan keturunan anjing pemburu darah. Sebagai anjing pemburu bau setinggi 22–23 inci (56–58 cm) pada paras kelasa dan seberat 55–65 paun (25–29 kg), ia merupakan anjing dengan binaan baik dengan gaya jalan anggun dan perlahan. Ia mempunyai kepala besar dan kuat, belakang panjang sederhana, dan ekor tajam yang cenderung panjang dan berbentuk sabit. Telinganya berada pada paras mata; ia mempunyai mata besar menonjol dan bibir agak tebal.[1]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing ini mempunyai binaan baik, berotot, dan tidak terlalu panjang, memaparkan wajah kekuatan dan tenaga.

Kepala[sunting | sunting sumber]

Anak anjing pemburu Artois, berumur tiga bulan
  • Kawasan tengkorak: Tengkoraknya patut panjang, lebar, agak pendek, bulat, dan rata pada bahagian atasnya tetapi dengan protuberans oksipital yang hanya sedikit jelas. Stopnya patut menonjol.
  • Kawasan muka: Hidungya patut hitam, kuat, dengan lubang hidung terbuka lebar. Muncungnya patut lurus dan, terlihat dari sudut pandangan profil, memanjang secara sederhana. Mengenai bibirnya, bibir atasnya patut menutup sebahagian besar bibir bawah dan ini agak penting untuk memberikan rupa bentuk segi empat ke hujung muncung, (seperti yang terlihat dari sudut pandangan profil). Rahangnya atau gigingya patut mempunyai gigitan gunting, gigi kacip atas yang menutupi gigi kacip bawah dalam sentuhan sempit dan betul-betul sekedudukan dengan rahangnya. Matanya, berkaitan dengan lebar dadi, tidak patut terlalu rapat antara satu sama lain dan patut juga bulat, separas dengan permukaan kepala, dengan rupa melankolik dan lembut; warna matanya perang gelap. Membran mukus bagi kelopak mata bawah mesti tidak terlihat. Kulit mukanya patut separas dengan mata, sedikit tebal, lebar, bulat di hujung, hampir rata dan agak panjang, mencapai permulaan hidung. Lehernya sederhana panjang dan kuat; gelambirnya sangat sedikit.[2]

Tubuh[sunting | sunting sumber]

Belakangnya lebar dan cukup tersokong. Loinya agak melengkung. Pinggulnya mencondong sedikit ke arah krupnya yang cukup berotot/ Dadanya lebar dan panjang, agak ke bawah supaya garis sternumnya tiba di paras siku. Rusuknya patut cukup melengkung. Perutnya mengapit tubuhnya sepenuhnya.[3][4]

Ekor[sunting | sunting sumber]

Ekornya kuat dan agak panjang; patut ada sedikit bulu agak jarang lebih panjang dan lebih kasar ke arah hujung. Ekornya patut terangkat dengan gaya sabit dan tidak labuh ke hadapan.[3][4]

Anggota[sunting | sunting sumber]

Sukuan hadapan[sunting | sunting sumber]

Pandangan menyeluruh menandakan bahawa anggota-anggotanya kuat dan menegak. Bahunya miring dan berotot. Sikunya berkedudukan elok dengan paksi badan. Tungkai hadapanya patut sedikit miring.

Sukuan belakang[sunting | sunting sumber]

Pandangan menyeluruh menandakan bahawa (seperti yang terlihat dari belakang), titik punggung, pertengahan tungkai, keting, metatarsus, dan kaki berada di garis tegak sama. Paha atasnya sedikit ke bawah dan cukup berotot. Sendi-sendi ketingnya kuat dan bersudut sederhana dan metatarsusnya pendek dan kuat.

Kaki[sunting | sunting sumber]

Kakinya agak memanjang, kuat tetapi cukup kuat; tapaknya hitam, teguh, dan padat.

Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Kulitnya agak tebal. Buluya pendek, tebal, dan agak rata. Pola bulunya triwarna perang kekuning-kuningan (serupa dengan bulu kelinci atau bejar), dengan mantel atau dalam tompok-tompok besar. Kepalanya biasanya perang kekuning-kuningan, kadang-kadang dengan hitam yang beserta. Warna-warna utamanya merupakan sawo matang dan hitam dan mana-mana gabungan dengan putih.[3][4]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Artois ialah anjing bertenaga yang berani dan setia. Walaupun ia memiliki ketahanan yang tinggi, ia tenang dan cukup seimbang. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana yang menonjolkan ciri-ciri terbaik bagi anjing pemburu bau. Ia mempunyai deria bau kuat dan ia pantas dan berdikari. Anjing ini dibiakbakakan untuk memburu arnab dan ia cemerlang dalam tugas ini. Anjing ini perlu dilatih oleh pemilik yang tekal. Ia mesra dan sayang kepada yang menjaganya. Seperti semua anjing pemburu bau, ia paling gembira apabila menjejak bau yang bagus.

Perburuan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Artois, pada zaman sekarang digunakan khususnya dalam perburuan dengan senjata, dan dengan berkuda. Ia mengejar buruan sehingga lebih dekat, lalu memanfaatkan kesilapan buruan dengan bijak; kelajuannya hanya purata tetapi tekal.

  • Di kawasan desa umum: Oleh sebab deria baunya yang tajam, ia mampu mengatasi banyak taktik mangsanya.
  • Di kawasan hutan jarang: Dengan kualiti warisan pemburu, di kawasan pokok tinggi yang jarang dan cukup tertabur, ia mampu memburu rusa dengan cekap, dan ke arah yang diingini oleh pemiliknya.
  • Di gumpung: Kegalakannya dan keberaniannya bermaksud bahawa ia mampu menghadap malah babi hutan paling degil.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Le Couteulx de Canteleu, dalam Manuel de Vénerie Française (1890), (Manual Perburuan Perancis - 1890), melaporkan bahawa baka Artois pada zaman beliau disilangkan dan sukar dikenal pasti sebagai baka tulen tetapi, walaupun begitu, ia kekal sebagai salah satu baka terbaik untuk pemburuan kelinci. Perancis Utara, yang bersempadan dengan Selat Inggeris, terdiri daripada kawasan-kawasan bersejarah bagi anjing pemburu Artois. Anjing-anjing pemburu dari rantau ini berasal daripada sesetengah jenis terawal.

Semasa abad ke-19, anjing pemburu Artois semakin kerap disilangkan dengan baka-baka British.[5] Menuju penghujung abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, M. Levoir di Picardie telah mencuba pengasasan semula jenis lama anjing pemburu Artois tanpa benar-benar berjaya. Semasa tempoh itu dan sehingga awal Perang Dunia Pertama, seorang lagi pembiak baka Picardie, Mr. Mallard, menjadi orang yang mendominasi penternakan baka ini. Walau bagaimanapun, jika beliau menghasilkan anjing-anjing sangat cantik, sebagaimana yang disaksikan dengan anugerah-anugerahnya yang banyak dalam pertunjukan anjing, anjing-anjing beliau tidak selalu tergolong dalam jenis yang mengakuri perihal yang diberikan oleh para penulis sezaman. Atas semua usaha mereka, sejauh mana pun Perang Dunia Kedua sangat kuat menjejaskan baka ini dan selepas peperangan itu, anjing pemburu Artois dipercayai belum pupus.

Menjelang pertengahan abad ke-20, baka ini hampir lenyap. Sungguhpun begitu, pada tahun 1970-an, beberapa orang peminat,[1] khususnya Mr. Audrechy (dari Buigny-lès-Gamaches di Somme), membuat keputusan untuk mengasaskan baka ini semula daripada sisa spesimen yang sedikit yang dikesan selepas pencarian panjang. Atas jasa mereka, anjing pemburu Artois zaman moden hampir menyerupai yang asli.

Anjing pemburu Artois diiktiraf oleh FCI dan oleh United Kennel Club.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ارتوا; انجيڠ ارتوا; Perancis: chien d'Artois; bahasa Inggeris: Artois hound

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Arthus-Bertrand, Yann (1993). Dogs (dalam bahasa Inggeris). Cassel & Co. m/s. 384. ISBN 0-304-35630-1.
  2. ^ "Chien d'Artois". United Kennel Club. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  3. ^ a b c "Standard FCI N° 28 CHIEN D'ARTOIS" [Piawaian FCI No. 28 Anjing Pemburu Artois] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 24 Julai 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023.
  4. ^ a b c "FCI-Standard N° 28 CHIEN D'ARTOIS (Artois Hound)" [Piawaian FCI No. 28 Anjing Pemburu Artois] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 25 November 1996. Dicapai pada 19 Disember 2023. line feed character in |title= at position 19 (bantuan)CS1 maint: others (link)
  5. ^ Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1989). The Atlas of Dog Breeds of the World (dalam bahasa Inggeris). m/s. 278–279. ISBN 978-0-86622-899-2.

Sumber lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]