Springerspaniel Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Springerspaniel Inggeris
Nama lainSpringer spaniel Inggeris
Springerspaniel
Springer spaniel
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Springerspaniel Inggeris atau springer spaniel Inggeris[a] ialah satu baka gundog dalam keluarga spaniel yang secara tradisional digunakan untuk penggarahan dan pengutipan buruan. Ia diturunkan daripada spaniel Norfolk atau spaniel Shropshire dari pertengahan abad ke-19; baka ini telah mencapah kepada susur galur pertunjukan dan susur galur pekerja. Ia sangat berkait rapat dengan springerspaniel Wales dan sangat dekat dengan kokerspaniel Inggeris; kurang daripada seabad lalu, springerspaniel dan kokerspaniel lahir dalam perinduk sama. "Kokerspaniel" atau "cocker spaniel" digunakan untuk memburu woodcock sementara rakan seperinduk lebih besar digunakan untuk menggarah, atau "men-spring", unggas buruan lain. Pada tahun 1902, The Kennel Club mengiktiraf springerspaniel Inggeris sebagai baka tersendiri.[1] Ia digunakan sebagai anjing penghidu pada skala besar. Istilah "springer" diperoleh daripada peranan perburuan dahulu, yang melibatkan anjing yang menggarah "men-spring" burung ke udara.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Seekor betina hati dan putih

Springerspaniel Inggeris ialah anjing padat bersaiz sederhana. Lapis bulunya sederhana panjang dengan jumbai pada tungkai dan ekor. Ia merupakan anjing berperkadaran baik dan seimbang dengan ekspresi lemah lembut. Baka ini mungkin mewakili pencapahan terbesar antara susur galur pekerja dengan susur galur pertunjukan bagi mana-mana baka anjing. Anjing baka padang dan anjing baka pertunjukan kelihatan seperti baka berlainan tetapi didaftarkan bersama-sama. Takungan gen hampir terasing sepenuhnya dan telah terasing sekurang-kurangnya selama 70 tahun.[2] Anjing baka padang tidak kompetitif dalam pertunjukan anjing moden, manakala anjing pertunjukan pula tidak mempunyai kepantasan atau stamina untuk berjaya dalam ujian padang.[3]

Springerspaniel Inggeris baka padang cenderung untuk mempunyai lapis bulu lebih pendek dan lebih kasar berbanding dengan anjing baka pertunjukan. Telinganya kurang tergantung. Anjing baka padang berbulu dawai dan mempunyai rupa lebih jalang daripada yang dibiakbakakan untuk penunjukan. Ekor anjing baka padang mungkin dipotong sehingga sepanjang beberapa inci berbanding dengan anjing pertunjukan. Anjing baka padang dipilih kerana deria bau, keupayaan perburuan, dan gerak balas terhadap pelatihan berbanding dengan penampilan.[3]

Anjing pertunjukan mempunyai bulu lebih panjang dan telinga lebih tergantung, gelambir, dan flews tergantung. Ekornya terpotong sehingga menjadi ekor kontot di negara-negara yang mengizinkan pemotongan ekor. Ia pada umumnya lebih bertulang tebal dan lebih berat daripada springerspaniel baka padang.[3]

Springerspaniel adalah serupa dengan kokerspaniel Inggeris dan pada pandangan pertama, satu-satunya perbezaan besar ialah saiz lebih kecil kokerspaniel Inggeris. Walau bagaimanapun, springerspaniel Inggeris juga cenderung untuk mempunyai telinga lebih pendek dan terletak lebih tinggi daripada kokerspaniel Inggeris. Springerspaniel juga cenderung untuk mempunyai muncung lebih panjang; matanya tidak begitu menyerlah dan lapis bulunya kurang banyak.[4] Perbezaan utama antara springerspaniel Wales dengan springerspaniel Inggeris ialah bahawa springerspaniel Wales mempunyai warna lebih terbatas dan cenderung untuk bersaiz lebih kecil sedikit.

Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Anjing baka padang cenderung untuk mempunyai lapis bulu lebih pendek dan lebih kasar daripada anjing baka pertunjukan yang berbulu lebih panjang. Lapis bulunya biasanya hanya gugur pada musim panas dan musim bunga tetapi kadang-kadang gugur pada musim luruh.[2] Lapis bulunya terdapat dengan warna hitam atau hati (perang gelap) dengan tanda-tanda putih atau putih meluas dengan tanda-tanda hitam atau hati; Triwarna: hitam dan putih atau hati dan putih dengan tanda-tanda sawo matang, biasanya terdapat pada kening, pipi, bahagian dalam telinga, dan di bawah ekor. Mana-mana bahagian putih pada lapis bulunya mungkin berbintik-bintik.[perlu rujukan]

Saiz[sunting | sunting sumber]

Jantan daripada susur galur anjing pertunjukan biasanya hampir-hampir setinggi 19–21 inci (48–53 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat 40–60 lb (18–27 kg). Menurut piawaian baka United Kingdom, springerspaniel Inggeris patut berukuran setinggi 20 inci (51 cm) pada paras kelasa. Betina pula patut berukuran setinggi 18 hingga 20 inci (46 hingga 51 cm) dan biasanya seberat 35–55 lb (16–25 kg). Jenis pekerja dapat menjadi lebih ringan dan bertulang lebih halus.[5]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Springerspaniel Inggeris menduduki tempat ke-13 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren.[perlu rujukan]

Ia merupakan baka senang bergaul yang suka ditemani oleh kanak-kanak dan menghadap kehadiran haiwan peliharaan lain dengan baik.[6] Walau bagaimanapun, baka pemburu ini mungkin tidak sesuai dengan kucing. Jika dibiarkan bersendirian terlalu lama, ia dapat bersikap pemusnah dan nakal melalui kebosanan.[7]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 mendapati jangka hayat sebanyak 11.92 tahun untuk baka ini yang lebih daripada purata 11.23 tahun.[8] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]

Keadaan kulit yang terhadapnya baka ini cenderung termasuk: sindrom mutilasi akral, intertrigo, dermatitis bentuk psoriasis likenoid, dermatitis Malassezia, otitis luaran, dan seborea primer.[10]

Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta kes yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapat bahawa springerspaniel Inggeris cenderung terhadap displasia pinggul anjing, dengan 4.39% daripada populasi anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[11] Tunjauan anggota kelab baka United Kingdom mendapati kanser sebagai punca paling umum bagi kematian pada 26.7% daripada kematian.[12]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Doktor Inggeris John Caius memerihalkan spaniel dalam buku beliau Treatise of Englishe Dogs yang diterbitkan pada tahun 1576. Buku beliau ialah karya pertama yang memerihalkan pelbagai baka British mengikut fungsi.[13] Menjelang tahun 1801, Sydenham Edwards menjelaskan dalam Cynographia Britannica bahawa spaniel darat harus dipisahkan kepada dua jenis, springing, hawking spaniel, atau starter; dan cocking atau cocker spaniel.[13]

Pada ketika ini, kedua-dua kokerspaniel dan springerspaniel lahir dalam perinduk sama. Tujuan baka ini adalah untuk berfungsi sebagai anjing pemburu. Cocker lebih kecil digunakan untuk memburu woodcock, manakala rakan seperinduk lebih besar, iaitu springerspaniel, "men-spring"—atau menggarah—burung buruan ke udara supaya falkon atau helang sawah terlatih membawanya kepada pengendali.[14]

Banyak baka spaniel dikembangkan pada abad ke-19 dan kerap dinamai sempena kaunti yang menjadi tempat perkembangannya, atau sempena pemiliknya, yang biasanya tergolong sebagai bangsawan. Dua strain spaniel darat lebih besar adalah banyak dan dikatakan tergolong dalam "jenis springer sebenar". Anjing ini merupakan spaniel Norfolk dan spaniel Shropshire, dan menjelang tahun 1850-an, anjing ini ditunjukkan atas nama baka spaniel Norfolk.[15]

Pada Januari 1899, Spaniel Club of England dan Sporting Spaniel Society mengadakan ujian mereka bersama-sama buat kali pertama. Tiga tahun kemudian, pada tahun 1902, gabungan piawaian fizikal daripada Spaniel Club of England dan piawaian kebolehan daripada Sporting Spaniel Society membawa kepada pengiktirafan rasmi baka springerspaniel Inggeris oleh The Kennel Club Inggeris. American Kennel Club menyusul pada tahun 1910.[15] Pada tahun 1914, Juara Padang Inggeris pertama dinobatkan, iaitu FTC Rivington Sam, yang ibunya merupakan seekor kokerspaniel berdaftar, iaitu Rivington Riband. Sam dianggap sebagai salah seekor bapa pengasas untuk susur galur padang moden.[15]

Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Springerpaniel Inggeris pertama sekali ialah anjing penggarah burung buruan. Terdapat beberapa kemahiran yang perlu dilatihkan oleh pembiak baka kepada anjing untuk melaksanakan pekerjaannya.[16]

  • Kutip kepada tangan: Majoriti pemburu dan semua hakim ujian perburuan atau ujian padang menghendaki agar anjing mengirimkan burung kepada tangan, yang bermakna bahawa anjing memegang burung sehingga diberitahu untuk memberikannya kepada pemburu secara terus.
  • Mulut lembut: Springer diajar untuk menyampaikan buruan dengan mulut lembut, yang bermakna bahawa ia tidak menusuk buruan dengan giginya. Buruan patut sentiasa elok untuk meja. Jika springer merosakkan burung, ia mungkin bermulut keras. Ini ialah kecacatan serius, tetapi dapat ada kesukaran untuk menentukan sama ada ini mungkin perkara genetik atau disebabkan oleh kaedah pelatihan lemah. Pembiak baka pada umumnya mengelak daripada menggunakan mana-mana springer bermulut keras.
  • Quarter: Peranan utama spaniel penggarah kerap sebagai anjing penggarah burung buruan. Anjing mesti bekerja dalam pola siku-sika di hadapan pemburu yang mencari burung buruan. Anjing diajar untuk kekal berada dalam jarak tembakan untuk mengelakkan diri daripada menggarah burung di luar jarak tembakan. Pola ini ialah salah satu kriteria primer yang digunakan untuk menghakimi anjing dalam ujian padang.
  • Penghiduan: Kehadiran kebolehan untuk menghidu buruan adalah sangat penting untuk pemburu. Springer patut mempunyai hidung bagus dalam keadaan basah dan kering. Anjing dengan hidung bagus belajar menggunakan angin semasa pencarian buruan, sentiasa menyesuaikan coraknya menurut nuansa angin.
  • Penggarahan: Springer patut melakukan penggarahan positif. Ia tidak patut teragak-agak atau menuding apabila menghadap buruan. Sesetengah anjing ujian padang kerap menaikkan diri ke udara semasa penggarahan. Ini menarik untuk ditonton tetapi tidak perlu untuk menang. Kebanyakan pemburu lebih suka jika anjing mereka tidak menggarah dengan gaya itu, kerana ini dapat menimbulkan risiko kepada anjing.
  • Hup: Ini ialah perintah tradisional untuk duduk dan diam. Apabila di-hup, anjing dapat diberi arahan yang dipanggilkan oleh pengendali. Keupayaan untuk menge-hup anjing yang secara aktif mengerjakan burung berlari membolehkan pengendali dan mana-mana penembak untuk bersaing tanpa perlu berlari.
  • Mengikuti isyarat tangan: Pemburuan burung tanah tinggi melibatkan pengejaran buruan liar di habitat aslinya. Gundog mesti menyiasat kemungkinan persembunyian untuk burung buruan tanah tinggi. Anjing mesti responsif terhadap isyarat tangan supaya pemburu dapat mengarahkan anjing ke kawasan yang diperhatikan.
  • Mantap: Apabila memburu burung tanah tinggi, anjing penggarah patut mantap terhadap sayap dan tembakan, yang bermakna bahawa ia duduk apabila burung naik atau senapang melepaskan tembakan. Ia melakukan ini untuk menandakan kejatuhan dan untuk mengelakkan diri daripada menggarah burung lain semasa mengejar burung terlepas.
  • Pengutipan buta: Springer pekerja yang terlatih secukupunya dan berpengalaman dapat diharaphkan untuk menggunakan semua atribut yang tersebut di atas untuk dikendalikan dengan tangan, wisel, dan perintah ke kedudukan yang dapat menjadi lokasi untuk pengambilan dan pengutipan burung buruan hilang tidak bertanda dengan tangan.

Anjing pengesan[sunting | sunting sumber]

Springerspaniel digunakan sebagai anjing penghidu. Anjing pencarian terkenal termasuk Buster, seekor penerima Pingat Dickin, anjing pencarian senjata dan bahan letupan Kor Veterinar Tentera Darat Diraja British yang berkhidmat dengan Rejimen Duke Wellington di Iraq, kerana mencari persenjataan dan bahan letupan tersembunyi milik kumpulan ekstremis.[17] Satu lagi contoh ialah Jake, yang juga dikenali sebagai Hubble Keck, penerima Pingat Emas People's Dispensary for Sick Animals dan Pingat Blue Cross Animal Hospital, anjing pencarian bahan letupan Polis Metropolitan London. Ia ditempatkan di Tavistock Square, Russell Square, and King's Cross ikutan pengeboman London pada 7 Julai 2005.[18]

Springerspaniel tidak terbatas kepada pengesanan bahan letupan. Kegunaan lain yang pelbagai untuk springerspaniel dapat termasuk pengesanan sarang lebah dengung,[19] pendatang tanpa izin,[20] darah,[21] dan pepijat super C. difficile.[22] Springerspaniel digunakan untuk pengesanan dadah di Amerika Syarikat,[23] di United Kingdom,[24] di Sweden,[25] di Finland,[26] di Isle of Man,[27] di Ireland,[28] di Kanada (CBSA),[29] dan di Qatar.[30]

Springerspaniel juga digunakan sebagai anjing pencarian dan penyelamatan oleh pasukan penyelamatan gunung dan Penyelamat Tanah Pamah yang dalamnya kesediaan anjing ini untuk mengerjakan dan meliputi rupa bumi kasar menjadikannya pilihan sangat baik.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Springerspaniel Inggeris terkenal[sunting | sunting sumber]

Anjing yang dianugerahi Pingat Dickin kerana keberanian ketara atau bakti kepada tugas semasa berkhidmat dalam konflik ketenteraan:

Anjing yang dianugerahi Pingat Emas PDSA untuk keberanian haiwan:

  • Ghillie

Anjing yang dianugerahi Darjah Kebesaran PDSA

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: سڤريڠرسڤانيئل ايڠݢريس; سڤريڠر سڤانيئل ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English springer spaniel

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "English Springer Spaniel Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ a b "Know The Difference Between A Show Bred & Field Bred English Springer Spaniel". English Springer Spaniel Information and Field Trial Page (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2007. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  3. ^ a b c "English Springer Spaniel". SpringerSpaniel.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  4. ^ Gormish, Denise. "A comparison of English Cocker Spaniels, American Cocker Spaniels and English Springer Spaniels" (dalam bahasa Inggeris). English Cocker Spaniel Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  5. ^ "English Springer Spaniel Standard". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  6. ^ "English Springer Spaniel Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  7. ^ "English Springer Spaniel Breed". 5StarDog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  8. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O’Neill, Dan G. (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 12 (1). doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan).
  9. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 14 (1). doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan).
  10. ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P. (19 September 2016). Small Animal Dermatology (dalam bahasa Inggeris). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 978-0-323-37651-8.
  11. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). American Veterinary Medical Association. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 0003-1488.
  12. ^ Adams, V. J.; Evans, K. M.; Sampson, J.; Wood, J. L. N. (1 Oktober 2010). "Methods and mortality results of a health survey of purebred dogs in the UK". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (10): 512–524. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00974.x.
  13. ^ a b Mymudes, Mindy (3 Mac 2002). "An English Springer History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  14. ^ "AKC MEET THE BREEDS: English Springer Spaniel". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  15. ^ a b c "The History of the Springer Spaniel" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2009. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  16. ^ "English Springer Spaniel – Key Field Skills" (dalam bahasa Inggeris). Petwave.com. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  17. ^ "PDSA Dickin Medal: 'the animals' VC'" (dalam bahasa Inggeris). People's Dispensary for Sick Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2008. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  18. ^ "Police dog Jake is awarded" (dalam bahasa Inggeris). Met.Police.UK. 10 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2012. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  19. ^ "Toby the bumblebee sniffer dog" (dalam bahasa Inggeris). Bumblebee Conservation Trust. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  20. ^ "Agency sniffer dog finds illegal immigrants attempting to smuggle themselves into the UK" (dalam bahasa Inggeris). Agensi Sempadan United Kingdom. 2 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2014. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  21. ^ McVeigh, Karen (30 Disember 2005). "On scent of success: sniffer dog Keela earns more than her Chief Constable". The Times (dalam bahasa Inggeris). United Kingdom. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  22. ^ "Meet The English Springer Spaniel Who's Sniffing Out A Superbug" (dalam bahasa Inggeris).
  23. ^ "The streets of Fresno are a little safer when Buster is on the job". The Fresno Bee (dalam bahasa Inggeris).
  24. ^ "About our dogs" (dalam bahasa Inggeris). Polis North Yorkshire. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  25. ^ "Drug detector dogs" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Kastam Sweden. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  26. ^ "Drug detector dogs of Finnish Customs" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kastam Tulli. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 10 April 2011. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  27. ^ "Dogs and Handlers" (dalam bahasa Inggeris). Isle of Man: Jabatan Hal Ehwal Dalaman. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2010. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  28. ^ "Sniffer dogs: hot on the trail with the pet detectives". Irishtimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  29. ^ Christine (13 Ogos 2014). "Minister Toews Welcomes Graduation of CBSA's First Tobacco Detector Dog Teams" (dalam bahasa Inggeris).
  30. ^ Senger, Dustin (13 April 2009). "Qatar Military Dog Show Enhances Bilateral Relations" (dalam bahasa Inggeris). dvidshub.net. Dicapai pada 9 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]