Baset perang Bretagne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baset perang Bretagne
Baset perang Bretagne
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi 32–38 cm (13–15 in)
Bulu sangat kasar, agak pendek
Warna perang kekuning-kuningan
Jangka hayat 11–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baset perang Bretagne (pérang)[a] ialah satu baka anjing pemburu bertungkai pendek jenis anjing pemburu bau, yang pada asalnya dari Bretagne, sebuah bekas duci di Perancis.

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Baset perang Bretagne ialah anjing pemburu agak kecil, dengan tubuh seperti anjing pemburu baset, tetapi lebih ringan di sepanjang badan dan bertungkai lebih panjang. Lapis bulu dawainya sangat kasar kepada sentuhan, padat, dan merah gandum atau perang kekuning-kuningan, kadang-kadang dengan tanda-tanda putih pada dada.[1][2] Ia berukuran setinggi 32–38 cm (13–15 in) dan seberat 36–40 lb (16–18 kg) tetapi oleh sebab amalan berkontroversi terdahulu, iaitu pendaftaran perinduk-perinduk bercampur deripada grifon perang dan baset perang, kadang-kadang perinduk baset menghasilkan anjing dengan tungkai panjang. Ia mempunyai bulu kasar dan padat yang mungkin perlu dilurutkan. Walaupun lapis bulunya menangkis kotoran tanah dan tidak mudah kusut, ia masih perlu disikat dan diberus seminggu sekali.[3] Bulunya pada telinga adalah lebih pendek, lebih halus, dan lebih gelap daripada yang pada lapis bulu.[1][2] Telinganya mencapai hujung hidung dan tidak pula terheret di tanah dan patut dilisu. Ia patut mempunyai mata dan hidung gelap dan sebaiknya tidak ada bengkok pada tungkai hadapan. Piawaian Perancis menyatakan bahawa anjing ini merupakan baka baset dengan belakang terpendek. Maka, penampilannya pada amnya tidak begitu memanjang seperti baset British.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Mortaliti[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan saiz sampel kecil yang terdiri daripada 15 ekor anjing yang telah mati, baset perang Bretagne dalam tinjauan The Kennel Club 2004 memiliki kelanjutan usia median selama 10.4 tahun (maksimum 13.9 tahun).[4] Punca paling lazim bagi kematian merupakan kemalangan lalu lintas jalan raya, kanser, kegagalan jantung, dan kegagalan ginjal.[4] Bilangan tinggi kemalangan lalu lintas jalan raya mungkin dapat dikatakan berpunca dripada minat anjing ini pada bau. Baset perang dapat dilatih dengan sangat baik dalam persekitaran terkawal, tetapi latihan cepat dilupakan sebaik jejak arnab segar ditemukan.[5]

Morbiditi[sunting | sunting sumber]

Dalam kalangan 84 ekor anjing hidup dalam tinjauan UKC 2004, isu kesihatan paling umum yang diperhatikan oleh para pemilik merupakan masalah pembiakan, masalah pendengaran (otitis media dan otitis luaran), dan masalah penglihatan (ulser kornea dan katarak).[4] Sebuah kajian data insurans Sweden mendapati bahawa lima punca teratas bagi lawatan ke klinik haiwan untuk baka ini merupakan pertembungan dengan kereta atau kenderaan lain, urolitiasis, hipertrofi/hiperplasia/sista prostat, gigitan oleh ular atau serangga, dan penelanan objek tidak wajar.[6]

Sebuah kajian tahun 2005 mendapati pekali pembiakbakaan dalam agak rendah, iaitu pada 3.9%, angka kedua paling rendah antara sembilan baka Perancis dalam kajian itu.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dikembangkan di Perancis sebagai anjing pemburu daripada anjing pemburu perang besar Bretange, baka yang kini pupus. Terdapat khabar angin bahawa baset perang Breatgne juga hampir kepada kepupusan setelah Perang Dunia Kedua, dan baka ini dihasilkan semula dengan menggunakan sisa-sisa contoh baka ini dan menyilangkan baka ini dengan dachshund berbulu dawai piawai. Walau bagaimanapun, kelab Perancis menafikan hal ini, dan menyatakan bahawa bilangan baset perang tidak pernah begitu rendah. Pada tahun 2002, terdapat 1060 pendaftaran baharu bagi baset perang di Perancis.[8]

Baka ini di United Kingdom terutamanya terlihat sebagai anjing pertunjukan dan anjing peliharaan keluarga yang akhirnya meninggalkan daftar baka jarang The Kennel Club pada tahun 2007. Di United Kingdom, kurang daripada 140 ekor anjing didaftarkan pada setiap tahun.[6] Ia juga terdapat di bahagian lain Eropah dalam kegunaan untuk menjejak bau dan juga sebagai anjing peliharaan keluarga.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: باسيت ڤيرڠ بريتاڽ; Perancis: basset fauve de Bretagne; bahasa Inggeris: fawn Brittany basset

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Standard FCI N° 36 BASSET FAUVE DE BRETAGNE" [Piawaian FCI No. 36 Baset Perang Bretagne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 5 Mei 2003. Dicapai pada 13 April 2024.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 36 BASSET FAUVE DE BRETAGNE" [Piawaian FCI No. 36 Baset Perang Bretagne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. 5 Mei 2003. Dicapai pada 13 April 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Basset Fauve de Bretagne Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2023‎. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. ^ a b c http://www.thekennelclub.org.uk/item/570 Diarkibkan 13 Ogos 2013 di Wayback Machine Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association Scientific Committee (Inggeris). 2004. Purebred Dog Health Survey. Dicapai pada 20 Disember 2023‎.
  5. ^ "Interesting Facts About Basset Hounds" (dalam bahasa Inggeris). 30 September 2019. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  6. ^ a b "Breed Health and Conservation Plan: Basset Fauve de Bretagne" (PDF). The Kennel Club: Dog Health (dalam bahasa Inggeris). Julai 2020.
  7. ^ Leroy, G.; Rognon, X.; Varlet, A.; Joffrin, C.; Verrier, E. (11 Januari 2006). "Genetic variability in French dog breeds assessed by pedigree data". Journal of Animal Breeding and Genetics (dalam bahasa Inggeris). 123 (1): 1–9. doi:10.1111/j.1439-0388.2006.00565.x. ISSN 0931-2668.
  8. ^ Roberts, Evan L. (23 Oktober 2012). Basset Fauve De Bretagne (dalam bahasa Inggeris). Fox Chapel Publishing. ISBN 978-1-62187-061-6.