Baset grifon besar Vendée

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baset grifon besar Vendée
Baset grifon besar Vendée
Nama ringkasGBGV
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 40–44 cm (16–17 in)
Betina 39–43 cm (15–17 in)
Bulu Keras, tidak terlalu panjang dan rata, tidak seperti sutera atau wul
Warna Putih dengan sebarang gabungan tanda lemon, jingga, sabel, kelabu gelap, atau hitam; triwarna; hitam dan sawo matang
Saiz perinduk purata 7–12 ekor
Jangka hayat melebihi 10 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baset grifon besar Vendée[a] ialah satu baka anjing dari Perancis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baset grifon besar Vendée diterbitkan daripada grifon besar. Pilihan-pilihan pertama dibuat pada penghujung abad ke-19 oleh Comte d'Elva yang mencari subjek-subjek dengan "tungkai lurus". Walau bagaimanapun, Paul Dézamy menjadi orang yang terutamanya bertanggungjawab atas penetapan jenis. Beliau memahami bahawa untuk menangkap kelinci, anjing dengan saiz tertentu diperlukan. Beliau menetapkan saiz pada sekitar 43 cm (17 in). Anjing ini, yang kini digunakan terutamanya apabila berburu dengan senjata, mampu memburu semua buruan mamalia, daripada arnab hingga babi hutan. Sepasukan baset besar memenangi edisi kelima Piala Eropah untuk kelinci.[1][2] Baka ini merupakan salah satu antara baka jenis baset yang diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[3]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Baset grifon kecil Vendée

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Baset grifon besar Vendée ialah baka anjing pemburu bertungkai pendek dan berbelakang panjang daripada jenis hound yang berasal dari wilayah Vendée di Perancis. Ia masih digunakan kini untuk memburu babi hutan, rusa, dan untuk menjejak arnab dan kelinci tetapi lebih kerap dipelihara sebagai haiwan peliharaan rumah.

Perangai[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan anjing kawanan. Maka, para pemilik sama ada patut meluangkan banyak masa bersamanya atau menyediakan anjing kedua atau kucing untuknya. Ia mempunyai keperibadian gembira dan yakin, yang kadang-kadang boleh terlihat seperti keingkaran. Dengan pelatihan kepatuhan dan kesabaran, ia dapat menjadi sahabat baik.

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Purata kelanjutan usia bagi 76 ekor baset grifon Vendée (kedua-dua kecil dan besar) yang telah mati dalam tinjauan UK Kennel Club 2004 ialah 12.1 tahun (maksimum 17.3 tahun).[4] Punca kematian paling utama merupakan kanser (33%), usia lanjut (24%), dan masalah jantung (7%).

Berbanding dengan kelanjutan usia baka-baka lain dengan saiz serupa, baset grifon Vendée mempunyai jangka hayat tipikal atau lebih tinggi sedikit berbanding dengan purata.[5]

Dalam kalangan 289 ekor baset grifon Vendée hidup (kedua-dua kecil dan besar) dalam tinjauan UKC 2004, isu kesihatan paling umum yang diperhatikan oleh para pemilik merupakan masalah pembiakan, masalah dermatologi (dermatitis dan tungau), dan masalah telinga (otitis luaran, lelilin telinga berlebihan, dan tungau telinga).[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: باسيت ݢريفون بسر ۏندي; Perancis: grand basset griffon vendéen; GBGV

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Standard FCI N°33 GRAND BASSET GRIFFON VENDEEN" [Piawaian FCI No. 33 Baset Grifon Besar Vendée] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 14 Februari 2001. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ "FCI-Standard N° 33 GRAND BASSET GRIFFON VENDEEN" [Piawaian FCI No. 33 Baset Grifon Besar Vendée] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh John Miller dan Raymond Triquet. 14 Februari 2001. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Fogle, Bruce (2002). Dogalog (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley. m/s. 48. ISBN 978-0-7894-8394-2.
  4. ^ a b "Purebred Dog Health Survey". KC/BSAVA Scientific Committee (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 5 Julai 2007.
  5. ^ "Weight and longevity page". K. M. Cassidy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Julai 2007.