Pergi ke kandungan

Anjing air Cantabria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing air Cantabria
Nama lain
Negara asalSepanyol
Trait
Berat Jantan 15–17 kg (33–37 lb)[1]
Betina 12–14 kg (26–31 lb)[1]
Tinggi Jantan 42–45 cm (17–18 in)[1]
Betina 40–43 cm (16–17 in)[1]
Bulu lapis bulu luar keriting, lapis bulu bawah tebal; kalis air
Warna putih
Catatandiiktiraf dalam perundangan Sepanyol[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing air Cantabria[a] ialah satu baka anjing air dari Sepanyol. Ia berasal dari kawasan pinggir laut Cantabria, di Sepanyol utara. Di sana, ia digunakan sebagai pembantu untuk pelbagai tugas. Ia diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Sepanyol pada tahun 2012.[2] Ia tidak diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España, iaitu kelab kenel kebangsaan Sepanyol, tetapi tersenarai sesama baka-baka Sepanyol dalam proses pemulihan.[3]

Anjing ini sentiasa putih dan pada umumnya lebih kecil dan lebih ringan daripada contoh anjing air Sepanyol.[4]

Pada awal abad kedua puluh di pelabuhan Santander, di Cantabria

Anjing air Cantabria ialah baka tradisional dari kawasan pinggir laut Cantabria, di Sepanyol utara. Di sana, ia digunakan oleh nelayan untuk pelbagai tugas.[4] Ia mungkin mengongsi sesetengah asal usul bersama dengan barbet.[5]

Ia diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Sepanyol pada tahun 2012,[2] selepas permintaan untuk pengiktirafan daripada Pemerintah Cantabria disambut dengan baik oleh Comité de Razas ("Jawatankuasa Baka-baka") dalam Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut, sebagaimana kementerian pertanian Sepanyol dikenali pada masa itu.[4]

Bancian pada tahun 2009 mendapati sejumlah 1,216 ekor anjing ini.[5]

Populasi anjing air Cantabria menunjukkan pembezaan morfologi dan genetik jelas yang membolehkan diskriminasi daripada populasi anjing lain dalam kelompok sama dengan taburan geografi dekat. Sebuah kajian genetik menempatkannya hampir dengan anjing air Sepanyol seperti barbet atau pudel.[5] Haiwan ini adalah lebih ringan dan lebih pendek berbanding dengan anjing air Sepanyol, yang dalamnya ia dimasukkan sebelum ini. Oleh itu, 75% jantan dan 38% betina dikecualikan daripada piawaian baka untuk ketinggian pada paras kelasa, sementara dengan menggunakan kriteria berat, 91% jantan dan 80% betina dikecualikan.[5]

Kerja baka ini berkaitan secara tradisional dengan kerja nelayan: pengumpulan ikan yang terjatuh ke dalam air, pemantauan kapal semasa tertambat di pelabuhan, pembawaan tali di antara kapal dengan limbungan, atau perkhidmatan sebagai penyelamat nyawa.[1]

  1. Jawi: انجيڠ اءير کنتابريا; Sepanyol: perro de agua cantábrico, perro de agua del Cantábrico; bahasa Inggeris: Cantabrian water dog
  1. 1 2 3 4 5 "Estándar" [Piawaian] (dalam bahasa Sepanyol). Santander, Sepanyol: perroaguacantabrico.es. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2025. Dicapai pada 6 September 2025.
  2. 1 2 3 Cañete, Miguel Arias (15 Februari 2012). "2254: Orden AAA/251/2012, de 9 de febrero, por la que se modifican el Anexo I del Real Decreto 2129/2008, de 26 de diciembre, por el que se establece el Programa nacional de conservación, mejora y fomento de las razas ganaderas, el Anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura y el Anexo III del Real Decreto 841/2011, de 17 de junio, por el que se establecen las condiciones básicas de recogida, almacenamiento, distribución y comercialización de material genético de las especies bovina, ovina, caprina y porcina y de los équidos" [2254: Perintah AAA/251/2012, pada 9 Februari, yang meminda Lampiran I Dekri Diraja 2129/2008, pada 26 Disember, yang mengasaskan Program Kebangsaan bagi Pemuliharaan, Penambahbaikan, dan Perkembangan Baka-baka Ternakan, Lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen, dan Lampiran III Dekri Diraja 841/2011, pada 17 Jun, yang mengasaskan keadaan asas bagi pengumpulan, penyimpanan, pengedaran, dan pemasaran bagi bahan genetik bagi spesies-spesies lembu, biri-biri, kambing, dan babi, serta ekuid.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (39): 13452–13455.
  3. "Razas Españolas" [Baka Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2025. Dicapai pada 13 September 2025.
  4. 1 2 3 Pérez, José Luis (1 Mei 2011). "Larga vida al perro de agua del Cantábrico" [Semoga panjang umur anjing air Cantabria] (dalam bahasa Sepanyol). Santander, Sepanyol: El Diario Montañés. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2011. Dicapai pada 3 September 2013.
  5. 1 2 3 4 Méndez Delgado, Rosario Susy; Dunner Boxberger, Helene Susana; García Paloma, J. A.; de Argüello Díaz, Santos; Crespo García, M. J.; Chomón Gallo, Nahúm; Calderón, L. A.; Sañudo Obeso, Begoña; Cañón Ferreras, Francisco Javier (September 2011). "Caracterización del Perro de Agua del Cantábrico = Characterization of the Cantabric Water Dog" [Pencirian Anjing Air Cantabria]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). Universiti Córdoba. 60 (231): 405–408. doi:10.4321/S0004-05922011000300022. ISSN 1885-4494. S2CID 84414748.