Anjing pemburu buruan kecil Inggeris-Perancis (Bahasa Perancis: anglo-français de petite vénerie) atau anjing pemburu Inggeris-Perancis bersaiz sederhana (Bahasa Inggeris: medium-sized Anglo-French hound) ialah satu bakaanjing bersaiz sederhana digunakan dalam pemburuan sebagai anjing pemburu bau, biasanya dalam kawanan. Ia merupakan salah satu baka anjing pemburu Inggeris-Perancis yang dicipta dengan menyilangkan anjing pemburu bau Perancis dengan anjing pemburu rubah Inggeris. Nama petite vénerie tidak bererti bahawa baka ini adalah petite atau kecil, tetapi sebenarnya digunakan untuk memburu buruan kecil.