Azad Jasmin
Azad Jasmin | |
---|---|
![]() Azad Jasmin pada 2015. | |
Kelahiran | Azad Jasmin John Louis bin Jeffri 11 Februari 1976 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi |
Tahun aktif | 2004-kini |
Ketinggian | 6 ft 1.5 in (1.87 m) |
Pasangan | Eira Syazira (berkahwin 2011) |
Anak | 3 |
Ibu bapa | Jeffri Abdullah (bapa) Rosidah Kadir (ibu) |
Azad Jasmin John Louis Jeffri (lahir 11 Februari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga lebih dikenali sebagai Azad Jazmin ataupun Azad Jasmin secara tidak formal.
Isi kandungan
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan. Anak-anak beliau ialah Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose,[1] melalui perkongsian di Instagram, Azad dan Eira meluahkan rasa syukur mereka atas kurniaan ini.[1]
Pada 1 Januari 2018, Azad dan isteri, Eira menyambut kedatangan cahaya mata ketiga yang bernama Areisya Suri Rose.[2][3]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Kerjaya lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.
Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah (Raja Lawak) dalam filem seram komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini menjadi kejayaan komersial. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tasnim. Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai Mikail. Ia merupakan filem terakhir Azad bersama Metrowealth sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri akibat perselisihan faham dengan penerbit David Teo.
Selain itu, beliau ialah salah seorang pelakon utama drama kepolisan Metro Skuad yang disiarkan di TV2, selama 1 musim.[4] Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Azad memegang watak Haikal dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan bersama Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani dan Neelofa.
Azad dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Nana Tanjung 2 | Izad | Filem pertama |
2009 | Sifu & Tongga | Azad | |
2010 | Ngangkung | Tasnim | |
2011 | Kongsi | Mikail | |
2012 | Jalan Kembali: Bohsia 2 | Pelakon undangan | |
SAM: Saya Amat Mencintaimu | Haikal | ||
Apa Celop Toqq | Black | ||
2013 | Gangster Celop | Mat Cirit | |
Kolumpo | Rahul | ||
Paku | Khalil | ||
2014 | Sejoli: Misi Cantas Cinta | Tompy | |
Suatu Malam Kubur Berasap 2 | |||
Mamak Cupcake | Ali Deen | ||
2015 | Girlfriend Kontrak | Harith | |
2016 | Showdown The Movie | Kadir | |
2017 | J Revolusi | Skodeng | |
2018 | 7ujuh | Konstabel Rasyid | |
2019 | Mawas | Pos-produksi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Laila Majnun | |||
2010 | Cinta Balqis | Ray | ||
2010 | Anak Mami Mek Ani | Raouf | ||
2010 | Anak Mamak Menantu Mami | Jabbar | ||
2010 | Gerak Khas episod: "Ops Tanjung" | Maidin Othman | TV2 | Pelakon undangan |
2010 | Roda-Roda Kuala Lumpur episod: "Kaki Baran" | TV2 | Pelakon undangan | |
2011 | Www.CikguShida.com | |||
2011 | Ustaz Amirul | Bapa Ayam | TV3 | |
2012 | Apa Celop! | Mako | TV3 | |
2012 | Metro Skuad (Musim 1) | ASP Azad | TV2 | |
2017 | Isteri-Isteri Ayah | TV3 |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Kopi Susu Kopi O | |||
2017 | Kad Raya Dalam Kolong | |||
Ooops! Terlajak Nikah | Astro Citra |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012-13 | Mimpi Ke Bintang | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 |
2012-15 | Edisi Khas | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 |
2018 | Pa&Ma | Dirinya sendiri/pengacara | Astro Prima |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Meen Tahrin (3 Januari 2017). Eira Syazira dan Azad Jasmin timang anak kedua Media Hiburan. Diperoleh pada 25 Januari 2017.
- ^ Dennis Chua (4 Januari 2018). Eira Syazira and Azad Jazmin welcomed their third child New Straits Times. Dicapai pada 4 Januari 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2018). Eira Syazira sambut puteri ketiga Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2018.
- ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah Unit Elit Polis dalam Metro Skuad Senasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2012.
- ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai 3 Mei 2018.