Belanjawan Malaysia 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Belanjawan Malaysia 2021 (2021)
Rang Undang-undang 2020
Coat of arms of Malaysia.svg
Teguh Kita, Menang Bersama
Dibentang6 November 2020
ParlimenKe-14
Menteri KewanganTengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
BendahariKementerian Kewangan
Jumlah perbelanjaan RM322.5 bilion[1]
Laman webTeks Belanjawan 2021
‹ 2020
2022 ›

Belanjawan Malaysia 2021 (lazimnya sekadar Belanjawan 2021) ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun 2021 bagi kerajaan Malaysia. Ia telah dibentangkan pada 6 November 2020, hari Jumaat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat. Dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM322.5 bilion, belanjawan ini bakal menjadi belanjawan negara terbesar dalam sejarah.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Belanjawan ini merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus selepas mengambil alih kerajaan persekutuan rentetan kemelut politik yang berlaku di Malaysia pada Februari dan Mac 2020. Belanjawan ini juga dibentangkan dalam suasana seluruh dunia sedang mengalami pandemik COVID-19, manakala Malaysia sedang mengalami gelombang ketiga[2] pandemik tersebut.

Belanjawan ini dijangka menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.[3][4]

Fokus[sunting | sunting sumber]

Belanjawan Malaysia 2021 yang bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama akan merentasi tiga matlamat utama iaitu

  • Kesejahteraan Rakyat
    • Strategi 1 : Pandemik COVID-19 dan Kesihatan Awam
    • Strategi 2 : Memelihara Kebajikan Golongan Rentan
    • Strategi 3 : Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan
    • Strategi 4 : Mengutama Agenda Keterangkuman
    • Strategi 5 : Menjamin Kesejahteraan Hidup Rakyat

  • Kelangsungan Perniagaan
    • Strategi 1 : Memacu Pelaburan
    • Strategi 2 : Memperkukuh Sektor-sektor Tumpuan
    • Strategi 3 : Mengutama Automasi dan Pendigitalan
    • Strategi 4 : Memudah Akses Pembiayaan

  • Ketahanan Ekonomi
    • Strategi 1 : Belanjawan Pengembangan
    • Strategi 2 : Agenda Pembangunan di bawah RMK-12
    • Strategi 3 : Memperkasa Peranan GLC dan Masyarakat Sivil
    • Strategi 4 : Menjamin Kelestarian Sumber
    • Strategi 5 : Perkhidmatan Awam

Reaksi dan penerimaan[sunting | sunting sumber]

Reaksi pascapembentangan[sunting | sunting sumber]

Pihak kerajaan dan para penyokong menyatakan belanjawan sebagai "pendekatan berani" yang dapat membantu segenap lapisan masyarakat, dan membantu dalam pemulihan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.[5][6] Sesetengah golongan rakyat berpendapat bahawa belanjawa ini berjaya membantu golongan kelas berpendapatan sederhana (M40) melalui beberapa insentif yang diperuntukkan kerajaan.[7]

Pelbagai pihak mengkritik belanjawan tersebut kerana disifatkan sebagai tidak berpusatkan rakyat. Pihak persatuan pelajar melihat belanjawan tersebut telah mengabaikan golongan mahasiswa.[8] Pihak dalam bidang pelancongan dan penerbangan menyatakan kerisauan tentang intipati belanjawan yang dilihat tidak berpihak kepada nasib sektor pelancongan negara yang sudah menerima padah akibat pandemik COVID-19 kerana dikatakan tidak memberi jaminan menyeluruh kepada pekerja-pekerja untuk mengelakkan pemberhentian kerja, ketiadaan insentif untuk menggalakkan pelancongan domestik dan jaminan yang dilihat tidak menyeluruh secara keseluruhan.[9][10]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Peruntukan kepada JASA[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas pembentangan belanjawan pada 6 November, belanjawan ini mendapat kutukan dan persoalan oleh golongan pembangkang dan orang ramai kerana memperlihatkan cubaan penghidupan semula sebuah badan kontroversi, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikenali sebagai alat propaganda kerajaan terdahulu Barisan Nasional untuk menyenapkan dan menafikan tuduhan pihak pembangkang ketika 2010-an seperti penafian skandal 1MDB dan propaganda pro-GST berkontroversi pada masa itu. Berdasarkan lampiran yang dibentangkan, JASA bakal menerima dua buah peruntukan, yakni peruntukan pertama sebanyak RM4 juta di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru, dengan jumlah sebanyak RM85.5 juta.[11]

Pihak kerajaan sebagai tindak balas mengumumkan bahawa JASA akan dijenamakan semula menjadi Jabatan Komunikasi Komuniti, J-KOM dengan pengurangan peruntukan daripada jumlah asal, dan menegaskan bahawa J-KOM tidak akan disalah guna sebagai alat propaganda prokerajaan serta tidak akan melakukan lantikan politik bagi jawatan-jawatan tertinggi J-KOM.[12][13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Muhammad Ayman Ghaffa (7 November 2020). "Belanjawan besar bukti kerajaan prihatin kepada rakyat". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-08. Dicapai pada 7 November 2020.
  2. ^ "Malaysia masuk gelombang ketiga pandemik COVID-19". BHarian. New Straits Times Press (M) Bhd. 9 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-20. Dicapai pada 1 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Belanjawan 2021: Ketepikan perbezaan politik, utamakan rakyat - PM". Sinar Harian. Kumpulan Karangkraf. 31 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-31. Dicapai pada 31 Oktober 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Empat tema utama Belanjawan 2021". Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. 8 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-27. Dicapai pada 31 Oktober 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Belanjawan 2021: Semua rakyat dapat manfaat". Berita Harian. 7 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-07. Dicapai pada 8 November 2020.
  6. ^ Mohd Yusof Saari (6 November 2020). "Sokong Belanjawan 2021 atas dasar 'perpaduan ekonomi'". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-06. Dicapai pada 8 November 2020.
  7. ^ Amri, Sri Ayu Kartika (7 November 2020). "Belanjawan 2021: Ada juga buah tangan untuk M40". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-07. Dicapai pada 8 November 2020. Cite has empty unknown parameter: |2= (bantuan)
  8. ^ "AMK Sabah ajak tolak 'belanjawan cincai', Pemuda PAS anggap 'menyeluruh'". Malaysiakini. 7 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-07. Dicapai pada 8 November 2020.
  9. ^ "Belanjawan 2021 takkan selamatkan industri pelancongan, kata pemain industri". Malaysiakini. 7 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-08. Dicapai pada 8 November 2020.
  10. ^ "Nufam: Belanjawan 2021 boleh 'lumpuhkan' industri penerbangan". Malaysiakini. 7 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-07. Dicapai pada 8 November 2020.
  11. ^ Abdullah, Madiha. "Belanjawan 2021: "Kenapa JASA dapat RM81 juta?" - Syed Saddiq". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-06. Dicapai pada 7 November 2020.
  12. ^ "Saifuddin beri jaminan peruntukan RM85.5j Jasa dikurangkan". Malaysiakini. 25 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25. Dicapai pada 26 November 2020.
  13. ^ "Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom". Malaysiakini. 2 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25. Dicapai pada 26 November 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
2020
Belanjawan Kerajaan Malaysia
Dibentangkan pada 6 November 2020
Diikuti oleh:
2022