Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional (MPPTN) ditubuhkan di Putrajaya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi program pembangunan keusahawanan di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan menyumbang idea dan buah fikiran.

MKPTN ditubuhkan pada 15 Mac 2011 bertujuan membantu KPM meningkatkan usaha memantapkan pelaksanaan inisiatif di bawah Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dan Pelan Strategik Keusahawanan IPT.Peranannya sebagai penggerak kepada perubahan jangka panjang budaya keusahawanan di IPT dan menjadi jambatan penghubung antara IPT dengan kerajaan, usahawan, industri dan alumni.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Tokoh-tokoh ini akan memberi input bagi membangunkan dasar berkaitan pembangunan keusahawanan di samping membantu MKPTN mencapai objektifnya.Majlis itu merupakan platform terbaik untuk kita terus menyediakan ekosistem terbaik bagi pelajar IPT mengorak langkah menjadi seorang graduan berminda keusahawanan dan seterusnya menjadi usahawan.

Kerjasama dan penglibatan industri dengan IPT untuk melaksanakan program berstruktur berteraskan keusahawanan bagi memperkasakan program sangkutan IPT.

15 tokoh[sunting | sunting sumber]

Seramai 15 tokoh korporat dan pegawai kanan kerajaan dilantik untuk tempoh tiga tahun. Watikah pelantikan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat pertama majlis itu di Putrajaya pada 8 Julai 2014. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

  1. Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang
  2. Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Hafsah Hashim
  3. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Datuk Norhalim Yunus
  4. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd., Dzulkifli Fadzilah
  5. Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad
  6. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nik Ali Mat Yunus.
  7. Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus
  8. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin
  9. Pengasas Nelson Francais (M) Sdn. Bhd., Datuk Nelson Kwok Teng Toong
  10. Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., Burhanuddin Md Radzi
  11. Pengarah Urusan al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd., Ali Hassan Mohd Hassan.
  12. pengarah Urusan DC&A Group Sdn. Bhd., Datuk David Chua
  13. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Seri Husni Salleh
  14. Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Norsharizal Mashahrin
  15. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, Cheryl Yeoh.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "15 ahli baharu MKPTN dilantik". Utusan Malaysia. 8 Julai 2014.