Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Tarikh24 Februari 2021 (2021-02-24)kini
Juga dikenali sebagai
PICK
PenyebabPandemik COVID-19 di Malaysia
Dianjurkan olehKerajaan Malaysia
HadirinRakyat dan pemastautin Malaysia secara keseluruhan
Laman sesawangwww.vaksincovid.gov.my
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
 
Portal Malaysia

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia merupakan program pemvaksinan terbesar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia di negara ini sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) serta menamatkan pandemik penyakit pernafasan ini di Malaysia apabila berjaya mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini.[1] YB Haji Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi program imunisasi ini setelah pelantikannya dipersetujui oleh Jemaah Menteri.[2] Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut ditubuhkan bagi memastikan pemerolehan bekalan vaksin COVID-19 untuk negara dapat dijalankan dengan teratur. Program imunisasi ini dilaksanakan secara berfasa mulai 24 Februari 2021 hingga Februari 2022 dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer–BioNTech ketika disiarkan melalui siaran langsung seluruh negara.[3]

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan April 2021 dengan jumlah responden sebanyak 15 ribu orang menyatakan bahawa 88 peratus responden bersetuju menerima vaksin, manakala 10 peratus menolaknya dan 2 peratus lagi masih menunggu akan keberkesanannya.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kajian dan pemerolehan bekalan vaksin[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan Mac 2020, Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals (MVP) Sdn. Bhd. dilaporkan meminta kerjasama dan sokongan dari kerajaan persekutuan, dengan pengarah eksekutifnya mendakwa bahawa pihaknya menghadapi banyak pertemuan tertangguh dalam usaha bertemu Menteri Kesihatan untuk meminta sampel daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia.[5] IMR akan mula menguji vaksin tempatan yang ada dengan kerjasama MVP dan Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika Universiti Malaya (TIDREC UM) pada 25 Mac. Ujian vaksin tempatan akan dilakukan di makmal TIDREC UM, yang merupakan salah satu prasarana-prasarana dengan biokeselamatan modular tahap 3 (BSL3) di Malaysia yang sebelumnya digunakan untuk mengkaji agen sangat patogenik seperti koronavirus MERS dan virus Nipah dengan vaksin akan mula-mula diuji pada virus bronkitis berjangkit (IBV), sejenis koronavirus burung, memandangkan penyelidikan sebelumnya menunjukkan bahawa IBV pada haiwan unggas mempunyai persamaan genetik yang tinggi dengan koronavirus manusia.[6][7]

Pada 18 November, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menandatangani perjanjian dengan Menteri Sains dan Teknologi China, Wang Zhigang agar Malaysia diberi akses keutamaan terhadap vaksin COVID-19 yang dibangunkan di China.[8] Pada 19 Disember, Menteri Kesihatan, Adham Baba mengesahkan bahawa kerajaan Malaysia akan membuat perjanjian dengan pihak syarikat farmaseutikal Britain, AstraZeneca untuk membeli vaksin COVID-19 mereka pada 21 Disember. Ini ialah perjanjian ketiga yang telah dimeterai oleh kerajaan Malaysia dengan para pembekal vaksin termasuk COVAX dan Pfizer untuk memenuhi keperluan vaksin negara.[9]

Pada 22 Disember, pihak kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan pihak AstraZeneca untuk mendapatkan tambahan 6.4 juta dos vaksin COVID-19, kira-kira 10% bekalan vaksin di negara ini. Ketika itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Malaysia telah memperoleh anggaran 40% bekalan vaksin yang diperlukan melalui perjanjian bersama dengan COVAX, Pfizer, dan AstraZeneca.[10]

2021: Penerimaan dan pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Februari 2021, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa pesawat MASKargo akan mengangkut vaksin Pfizer-BioNTech pertama ke Malaysia pada 21 Februari.[11] Dengan itu, kumpulan vaksin COVID-19 pertama Malaysia daripada jenis Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada hari tersebut dari kilang Pfizer di Puurs, Belgium melalui kapal terbang kargo MH 604 yang berlepas dari Lapangan Terbang Leipzig-Halle, Jerman.[12] Kumpulan pertama vaksin COVID-19 CoronaVac pula tiba pada 27 Februari 2021.[13]

PICK dimulakan secara rasmi pada 24 Februari 2021, dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi penerima vaksin pertama dalam acara perasmian PICK di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya bersama-sama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kesihatan awam terpilih.[14]

Pada 17 Mac 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis yang sama iaitu jenis Pfizer-BioNTech selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Februari sebelumnya.[15]

Pada 27 April, Adham Baba mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan vaksin AstraZeneca setelah pihak berkuasa kesihatan meluluskan penggunaannya setelah kajian mendalam terhadap penilaian dan data klinikal.[16] Keesokan harinya, pihak berkuasa kesihatan Malaysia keluarkan vaksin AstraZeneca daripada senarai vaksin utama dipakai negara akibat kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan vaksin itu berikutan laporan pembekuan darah dari negara-negara luar. Dengan itu, 268,600 dos awal akan dialihkan ke Selangor dan Kuala Lumpur.[17] Menjelang awal Mei, lebih sejuta orang penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.[18]

Pada 23 Mei, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa pihak kerajaan akan membeli sejumlah 8.2 juta dos vaksin Sinovac pada akhir bulan Jun dengan 3.8 juta daripadanya diperoleh melalui proses pengisian di Malaysia oleh Pharmaniaga Life Science Sdn Bhd.[19] Pada 27 Mei, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa vaksin AstraZenaca akan diletakkan di bawah PICK, dan oleh itu, tidak lagi diberikan melalui permohonan atas talian.[20] Ghows Azzam, penasihat Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah membeli 12.8 juta dos tambahan Pfizer, bermula dengan sejumlah 2,223,000 dos yang bakal tiba pada bulan Jun dengan kadar penghantaran 444,600 dos seminggu.[21] Pada 1 Jun, satu lagi syarikat farmaseutikal negara, Duopharma memeterai perjanjian dengan pihak Rusia berkenaan pemerolehan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V daripada negara itu.[22]

Pada 13 Jun, Datuk Seri Dr Adham Baba memberitahu bahawa Malaysia sedang mengembangkan dua vaksin tempatan; vaksin pertama adalah vaksin asid ribonukleik atau pengutus, dan vaksin kedua adalah vaksin virus dinyahaktif.[23] Pada 14 Jun, Khairy Jamaluddin mengumumkan fasa keempat bagi PICK. Fasa ini dikhususkan kepada para pekerja "industri kritikal", seperti industri makanan, pembuatan, peruncitan, pembinaan, pertanian, dan perhotelan. Fasa ini akan dilakukan dengan pusat pemberian vaksin khusus yang dikoordinasikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan fasa ini bermula pada 16 Jun.[24] Para pekerja akan menerima vaksin secara percuma, dan pihak majikan akan membayar pembelian vaksin tersebut ke tempat kerja mereka. Oleh kerana lonjakan kes COVID-19 di Labuan, pihak kerajaan juga akan memberikan 30,000 vaksin kepada pihak Labuan.[25]

Sementara itu, pada 15 Jun, Noor Hisham Abdullah mengumumkan kelulusan bersyarat penggunaan vaksin dos tunggal daripada CanSino dan Johnson & Johnson bagi kegunaan umum. Di samping itu, vaksin Pfizer juga diluluskan untuk digunakan pada orang yang berumur 12 tahun ke atas (berbanding orang berumur 18 tahun ke atas sebelum ini).[26] Tidak lama kemudian, Khairy Jamaluddin mengumumkan rancangan pemvaksinan para pelajar Tingkatan Lima dan Enam pada sekurang-kurangnya bulan Julai sebagai persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan-peperiksaan awam.[27]

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pendaftaran dan pengesahan[sunting | sunting sumber]

Beberapa laluan pendaftaran pemvaksinan COVID-19 telah ditubuhkan kepada orang ramai. Kaedah paling umum ialah pendaftaran melalui aplikasi maklumat COVID-19 rasmi negara, MySejahtera, di samping pembukaan pendaftaran melalui laman rasmi program imunisasi. Bagi pendaftaran secara manual, laluan-laluan pendaftaran termasuk melalui talian pusat, kehadiran ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta, serta program-program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.[28] Sebagai pengesahan, rakyat yang selesai memperoleh vaksin secara lengkap akan diberikan sijil serta pasport pengesahan untuk memudahkan proses-proses tertentu seperti urusan imigresen.[29][30]

Fasa pengagihan[sunting | sunting sumber]

PICK dibahagikan kepada tiga fasa yang melibatkan kumpulan penerima vaksin yang berlainan, iaitu:

Fasa-fasa pengagihan vaksin dalam PICK[31]
Fasa Kumpulan penerima Tempoh pengagihan Jumlah anggaran

penerima sasaran

Fasa I Pegawai perubatan, pertahanan dan perkhidmatan penting 24 Februari - April 2021 500 ribu orang
Fasa II Warga emas dan golongan berpenyakit 19 April - Ogos 2021 9.7 juta orang
Fasa III Orang awam lain berumur 18 tahun ke atas Jun 2021[32] - Februari 2022 13.7 juta orang
Fasa IV Para pekerja sektor ekonomi kritikal Mulai Jun 2021 Tidak diketahui

Senarai golongan berpenyakit yang diutamakan bagi fasa kedua PICK adalah seperti yang berikut:[33]

Jenis vaksin[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis vaksin yang digunakan oleh kerajaan Malaysia dalam program imunisasi ini ialah seperti di bawah:

Vaksin-vaksin COVID-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan[34][35]
No Vaksin Pengeluar Dos Pengesahan Penggunaan
1 Vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTech Pfizer, BioNTech 2 Green check.svg Ya Green check.svg Ya
2 Vaksin COVID-19 Oxford–AstraZeneca Universiti Oxford, AstraZeneca 2 Green check.svg Ya Green check.svg Ya
3 CoronaVac Sinovac Biotech 2 Green check.svg Ya Green check.svg Ya
4 Ad5-nCoV CanSino Biologics 1 Green check.svg Ya Dark Red x.svg Belum
5 Vaksin COVID-19 Johnson & Johnson Janssen Vaccines (anak syarikat Johnson & Johnson) 1 Green check.svg Ya Dark Red x.svg Belum
6 Gam-COVID-Vac (Sputnik V) Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya 2 Menunggu Dark Red x.svg Belum

Selain itu, beberapa vaksin baharu juga diuji di Malaysia seperti di bawah:

Vaksin-vaksin COVID-19 yang diuji di Malaysia
Vaksin Jenis Tahap ujian Ruj.
Fasa I Fasa II Fasa III
Anhui Zhifei Subunit protein Green check.svg Siap Green check.svg Siap Green check.svg Siap [36]
Akademi Sains Perubatan China Dinyahaktif Green check.svg Siap Green check.svg Siap Sedang berjalan
Shenzhen Kangtai Dinyahaktif Green check.svg Siap Green check.svg Siap Sedang berjalan [37]

Pusat pemvaksinan[sunting | sunting sumber]

Sempena PICK, pusat-pusat kesihatan di seluruh negara dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).[38] Pelbagai langkah juga dilakukan pihak kerajaan dalam membanyakkan serta merancakkan lagi sistem PPV di seluruh Malaysia. Selain pusat kesihatan kerajaan, pusat-pusat kesihatan swasta turut terlibat sebagai PPV;[39] setaakat akhir Mei, lebih 2,500 klinik swasta serta 116 hospital swasta telah berdaftar dengan pihak kerajaan sebagai bakal PPV.[40] Selain itu, kemudahan-kemudahan awam seperti stadium, dewan orang ramai dan pusat konvensyen juga diubah suai menjadi PPV buat sementara waktu.[41] Berkenaan hal ini, pihak kerajaan juga menubuhkan beberapa PPV bersaiz besar (lazimnya dirujuk sebagai "PPV mega") sebagai langkah meningkatkan lagi kadar pemvaksinan.[42]

Bilangan PPV setakat 22 Mei 2021[43]
Negeri PPV hospital PPV sementara Klinik Jumlah
Perlis 1 1 0 2
Penang 6 5 0 11
Kedah 9 12 0 21
Perak 14 13 0 27
Kelantan 9 23 0 32
Terengganu 6 8 0 14
Pahang 16 16 21 53
Negeri Sembilan 8 8 31 47
Melaka 3 7 0 10
Johor 12 14 0 26
Sabah 23 6 0 29
Sarawak 21 50 0 71
Selangor 12 10 6 28
Kuala Lumpur 1 4 0 5
Putrajaya 2 1 0 3
Labuan 1 2 0 3
Jumlah 382

Cabaran, isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pelanggaran giliran[sunting | sunting sumber]

Satu kontroversi utama dalam program imunisasi ini ialah dakwaan sesetengah pihak kenamaan yang sengaja melanggar giliran pemerolehan vaksin untuk divaksin secepat mungkin, atau dalam istilah lazim, "memotong barisan" untuk memperoleh vaksin tanpa menghiraukan pihak barisan hadapan yang sepatutnya didahulukan. Satu kes utama ialah dakwaan ahli Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) yang memotong barisan giliran pemvaksinan lalu menyebabkan sesetengah pegawai perubatan dipinggirkan daripada divaksin terlebih dahulu; dakwaan ini disahkan sebagai berita palsu oleh pihak kerajaan negeri tersebut.[44][45] Selain itu, pihak selebriti media sosial juga didakwa diberi ruang awal untuk divaksin secara tidak adil.[46] Meskipun begitu, pihak kerajaan berusaha dalam menangani isu ini sama ada dengan denda sebanyak RM50,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali dan dikenakan kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan tindakan sedemikian.[47][48]

Pengaruh antivaksin[sunting | sunting sumber]

Pegangan dan penyebaran fahaman antivaksin oleh sesetengah pihak menjadi isu utama dalam program imunisasi ini, dan mereka kerap menggunakan platform atas talian untuk menyebarkan fahaman sebegitu. Lazimnya, penyebaran fahaman antivaksin ini dibuat untuk memberi ruang kepada sesetengah pihak untuk mempromosikan produk-produk alternatif yang didakwa dapat memberi perlindungan kepada seseorang daripada COVID-19.[49] Oleh itu, pihak berkuasa bercadang menetapkan tindakan terhadap penyebar fahaman antivaksin berdasarkan undang-undang hasutan dan maklumat palsu atas talian.[50][51] Satu lagi isu yang berkaitan ialah masalah media yang memaparkan berita-berita sensasi dengan konotasi antivaksin seperti dalam kes artikel Harian Metro yang seolah-olah mengaitkan seorang jururawat yang meninggal dunia akibat sakit jantung dengan vaksin COVID-19 yang diterimanya seminggu sebelum kematiannya lalu dijadikan sebagai 'bukti' oleh golongan antivaksin bagi mengukuhkan hujah-hujah mereka.[52]

Kadar pemvaksinan pada awal PICK[sunting | sunting sumber]

Pada awal PICK, kadar pemvaksinan rakyat negara yang rendah menjadi kebimbangan dan mendapat kritikan oleh beberapa pihak. Kiraan pada awal PICK menjangkakan bahawa sasaran pemvaksinan 80% penetap negara hanya boleh dicapai dalam tempoh kira-kira 5 tahun. Sungguhpun begitu, pelbagai faktor luaran menyumbang kepada kadar perlahan ini. Pengurus PICK Khairy Jamaluddin menyatakan faktor-faktor seperti penghantaran vaksin yang lewat serta isu pembolotan vaksin oleh negara-negara maju sebagai punca kadar pemvaksinan perlahan, dan menjagka bahawa jumlah vaksin diperoleh akan mula seiring dengan permintaan mulai bulan Jun.[53][54] Di samping itu, segelintir pihak pula merujuk kepada kelewatan pengesahan dan proses meluluskan vaksin oleh pihak kerajaan sebagai punca pemerolehan vaksin yang lewat lalu membawa kepada kadar pemvaksinan yang rendah.[54]

Walau bagaimanapun, kadar pemvaksinan dijangka meningkat ke tahap yang memberangsangkan susulan rancangan oleh pihak kerajaan untuk menyertakan golongan pengamal perubatan swasta dalam usaha pemvaksinan.[55] Menjelang akhir Mei, kadar pemvaksinan mula meningkat dengan ketara susulan peningkatan bilangan PPV dibuka serta penghantaran vaksin ke Malaysia yang semakin kerap dan melimpah. Pada 1 Jun, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihanya merancang untuk meningkatkan lagi sasaran kadar pemvaksinan daripada 150 ribu ke 200 ribu dos per hari menjelang Julai.[40]

Pengurusan penerima vaksin[sunting | sunting sumber]

Satu cabaran utama dalam PICK ialah menguruskan penerima vaksin untuk memastikan proses PICK berjalan lancar. Satu masalah utama ialah kegagalan sebilangan penerima vaksin untuk menghadiri janji temu pada waktu yang ditetapkan. Dengan itu, pihak kerajaan bercadang untuk mengenakan hukuman terhadap mereka yang tetap enggan menghadiri janji temu sungguhpun pujukan telah diberi.[56] Selain itu, pengurusan kelompok penerima di PPV juga menjadi cabaran, dengan masalah-masalah termasuk penerima tiba pada waktu yang salah serta PPV menjadi sesak dengan jumlah hadirin yang ramai.

Masalah teknikal dan lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pada awal bulan Mac 2021, satu pengubahsuaian terhadap antaramuka aplikasi MySejahtera menyebabkan kekeliruan rakyat berkenaan pendaftaran pemvaksinan.[57][58] Para pakar teknologi berpendapat bahawa isu-isu ini adalah lazim bagi MySejahtera memandangkan aplikasi tersebut dibangunkan tanpa sebarang bayaran.[59] Satu isu lain ialah tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengutuk sebarang kritikan terhadap program vaksinasi tersebut oleh penjawat-penjawat awam kementerian itu sendiri.[60]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Data pada graf-graf di bawah adalah setakat 16 Jun 2021; data diambil dan dikira berdasarkan maklumat rasmi oleh JKJAV serta lampiran Our World in Data. Ambil perhatian bahawa data-data di bawah mungkin merangkumi beberapa hari sekali gus dan bukannya satu hari.

Jumlah penduduk Malaysia divaksin mengikut negeri, setakat 14 Jun 2021[61][62][63][64]
Negeri/Wilayah Persekutuan Kekerapan suntikan satu dos Jumlah penerima
suntikan penuh
Penduduk divaksin Peratusan
 Johor 297,240 10.37% 130,202
 Kedah 195,936 12.25% 85,057
 Kelantan 149,603 10.50% 68,676
 Kuala Lumpur 552,275 37.29% 122,810
 Labuan 17,935 24.77% 13,295
 Melaka 75,842 10.82% 38,780
 Negeri Sembilan 107,180 12.62% 64,070
 Pahang 146,891 11.92% 92,703
 Perak 235,088 12.16% 121,350
 Perlis 43,170 22.94% 22,269
 Pulau Pinang 154,097 11.13% 78,088
 Putrajaya 29,283 51.46% 16,798
 Sabah 243,973 8.32% 108,941
 Sarawak 324,913 15.68% 149,227
 Selangor 462,612 9.55% 174,302
 Terengganu 99,286 11.79% 61,398
Jumlah 3,132,304 9.68% 1,357,966


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (PDF). Malaysia: URUSETIA JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSES BEKALAN VAKSIN COVID-19. 2021. m/s. 26. Diarkibkan (PDF) from yang asal pada 2021-02-18. Dicapai pada 2021-02-25.
  2. ^ Azman, Fareez (4 Februari 2021). "Khairy dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan - Muhyiddin". Astro Awani. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-05. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  3. ^ Hamid, Amir Abd (24 Februari 2021). "Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula [METROTV]". MyMetro. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-24. Dicapai pada 25 Februari 2021.
  4. ^ Abdul Kadir, Shuhada (6 Mei 2021). "COVID-19: 88 peratus rakyat Malaysia setuju terima vaksin - Menteri Kesihatan". Astro Awani. Dicapai pada 9 Mei 2021.
  5. ^ Loheswar, R. (20 March 2020). "With Malaysian-made Covid-19 vaccine a possibility, firm pleads for Putrajaya's backing". The Malay Mail. Diarkibkan from yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  6. ^ "IMR begins testing to develop vaccines for Covid-19". New Straits Times. 25 March 2020. Diarkibkan from yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  7. ^ "Institute For Medical Research Malaysia Begins Testing Local Vaccines To Treat COVID-19". RojakDaily. 30 Mac 2020. Diarkibkan from yang asal pada 9 April 2020. Dicapai pada 9 April 2020.
  8. ^ Babulal, Veena (18 November 2020). "Malaysia, China ink agreement for vaccine access". New Straits Times. Diarkibkan from yang asal pada 18 November 2020. Dicapai pada 19 November 2020.
  9. ^ "Dr Adham: Govt to seal vaccine purchase with AstraZeneca on Monday". Malay Mail. Bernama. 19 Disember 2020. Diarkibkan from yang asal pada 19 December 2020. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  10. ^ "M'sia inks agreement with AstraZeneca to procure 6.4 million doses of Covid-19 vaccine". The Star. 22 Disember 2020. Diarkibkan from yang asal pada 22 Disember 2020. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  11. ^ Bedi, Rashvinjeet (16 Februari 2021). "Khairy: First shipment of Covid-19 vaccine to be 312,390 doses". The Star. Diarkibkan from yang asal pada 16 Februari 2021. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  12. ^ "Vaksin COVID-19 pertama untuk Malaysia tiba pagi ini". Berita Harian. 2 Februari 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-21. Dicapai pada 1 Mac 2021.
  13. ^ Mohd. Husni Mohd. Noor (26 Februari 2021). "Malaysia terima vaksin Covid-19 jenis Sinovac esok". Kosmo!. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-26. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  14. ^ "PM Muhyiddin terima suntikan vaksin COVID-19, Program Vaksinasi di Malaysia bermula". Pejabat Perdana Menteri Malaysia. 24 Februari 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-26. Dicapai pada 11 Mac 2021.
  15. ^ "PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19". Pejabat Perdana Menteri Malaysia Laman Web Rasmi. BERNAMA. 17 Mac 2021. Dicapai pada 16 April 2021.
  16. ^ "M'sia to start using AstraZeneca". The Star. 27 April 2021. Diarkibkan from yang asal pada 27 April 2021. Dicapai pada 27 April 2021.
  17. ^ Tan, Vincent (28 April 2021). "AstraZeneca removed from Malaysia's mainstream COVID-19 immunisation programme due to public concerns: Khairy". Channel News Asia. Diarkibkan from yang asal pada 28 April 2021. Dicapai pada 28 April 2021.
  18. ^ "Lebih 1 juta sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin". Malaysiakini. 8 Mei 2021. Dicapai pada 9 Mei 2021.
  19. ^ "Ismail Sabri: Govt to acquire 8.2 million doses of Sinovac vaccine by end of June". The Star. 23 May 2021. Diarkibkan from yang asal pada 23 May 2021. Dicapai pada 23 May 2021.
  20. ^ Arumugam, Tharanya. "AstraZeneca vaccine to be part of NIP, no more opt-ins". New Straits Times. Dicapai pada 27 May 2021.
  21. ^ "Ghows Azzam". Twitter. Dicapai pada 27 May 2021.
  22. ^ Bernama. "Duopharma Biotech meterai perjanjian dengan Malaysia untuk bekalkan vaksin COVID-19 Rusia". Berita Mediacorp.
  23. ^ Arumugam, Tharanya. "Malaysia developing own Covid-19 vaccines". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  24. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain; Harun, Hana Naz. "Phase 4 for NIP activated". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  25. ^ Mohamad Radhi, Nor Ain; Harun, Hana Naz. "Labuan to get 30,000 vaccine doses, following surge in Covid-19 cases". New Straits Times. Dicapai pada 14 June 2021.
  26. ^ "Malaysia grants conditional approval for CanSino, J&J COVID-19 vaccines". Reuters. 15 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2021. Dicapai pada 15 June 2021.
  27. ^ "Khairy: Form Five students to get first dose of Pfizer Covid-19 vaccine in July". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2021. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  28. ^ Bernama (16 Februari 2021). "5 kaedah pendaftaran dapatkan vaksin Covid-19". Harian Metro. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  29. ^ "Sijil vaksinasi pintar sebagai pengesahan terima suntikan COVID-19". Bernama. 3 Mac 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  30. ^ Muhammad Yusri Muzamir (22 Februari 2021). "Beberapa kaedah pendaftaran sertai program imunisasi akan dibuka kepada umum". Berita Harian. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-22. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  31. ^ "Fasa-Fasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. 22 Februari 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  32. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/141071/KHAS/Covid-19/Suntikan-vaksin-fasa-ketiga-dijangka-bermula-Jun-Dr-Noor-Azmi
  33. ^ Su-Lyn, Boo (5 Mac 2021). "Malaysia Lists Covid-19 Vaccination Priority Groups". CodeBlue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
  34. ^ "Vaksin Covid-19". Laman rasmi COVID-19 Malaysia. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  35. ^ "Malaysia grants conditional approval for CanSino, J&J COVID-19 vaccines". Reuters. 2021-06-15. Dicapai pada 2021-06-15.
  36. ^ Ying TP (2020-12-07). "MYEG to conduct phase 3 clinical trial for China's Covid-19 vaccine in Msia | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-27.
  37. ^ "Vaksin baru China diuji kaji di Malaysia". Malaysiakini. 5 Jun 2021. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  38. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/02/16/health-ministry-lists-605-covid-19-vaccination-centres/
  39. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/06/health-minister-2448-private-facilities-in-malaysia-registered-as-vaccinati/1972229
  40. ^ a b Wong, Alexander (1 Jun 2021). "Khairy: Malaysia to ramp up COVID-19 vaccinations to 200,000 per day by July". SoyaCincau (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Jun 2021.
  41. ^ https://www.vaksincovid.gov.my/pdf/National_COVID-19_Immunisation_Programme.pdf
  42. ^ Engku Shariful Azni (31 Mei 2021). "Selangor buka PPV besar-besaran Jun ini". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  43. ^ https://www.vaksincovid.gov.my/en/ppv/
  44. ^ "Polis terima laporan berhubung dakwaan 'potong barisan'". Bernama. 3 Mac 2021. Dicapai pada 5 Mac 2021.
  45. ^ "Vaksin: Ahli SUK Kelantan 'potong barisan' fitnah". Harakah Daily. 28 Februari 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-01. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  46. ^ Aidila Razak, Hariz Mohd & Martin Vengadesan (25 Februari 2021). "'Influencer' terima vaksin awal adalah ketua jabatan klinikal - Dr Noor Hisham". Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  47. ^ "Sabah tidak layan pihak berhasrat 'potong barisan' dapatkan vaksin COVID-19". Astro Awani. 2 Mac 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-01. Dicapai pada 5 Mac 2021.
  48. ^ "Potong barisan vaksin: Denda RM50,000, penjara 6 bulan - Dr Adham". Malaysiakini. 4 Mac 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-04. Dicapai pada 5 Mac 2021.
  49. ^ "Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin". Sinar Harian. 23 Februari 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-23. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  50. ^ Muhammad Zulsyamini Sufian Suri (1 Mac 2021). "Golongan antivaksin akan diambil tindakan jika menghasut". Berita Harian. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-01. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  51. ^ "COVID-19: Polis Labuan pantau gerakan antivaksin". Berita Harian. 26 Februari 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 7 Mac 2021.
  52. ^ Palansamy, Yiswaree (19 Mac 2021). "Khairy calls up Harian Metro editor after headline deemed 'damaging' to Covid-19 vaccine rollout". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
  53. ^ "Khairy Explains Malaysia's Slow Covid-19 Vaccination Rate". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). 14 April 2021. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  54. ^ a b "Special Report: Why is Malaysia lagging behind in the vaccination rollout?". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2021. Dicapai pada 24 Mei 2021.
  55. ^ Imran Ariff (6 Mei 2021). "Is the vaccine rollout as slow as it seems? Yes and no". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2021.
  56. ^ Ahmad, Amree (27 Mei 2021). "Tak hadir temu janji vaksin mungkin dikompaun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Mei 2021.
  57. ^ "MySejahtera tambah baik proses pendaftaran vaksin". Berita Harian. 4 Mac 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-04. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  58. ^ "KJ: Dah daftar tak perlu daftar lagi vaksin Covid-19". Malaysiakini. 4 Mac 2021. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-03. Dicapai pada 2021-03-12.
  59. ^ Wong Ka Hui (5 Mac 2021). "Techies not surprised by glitches in freebie MySejahtera app". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-10. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  60. ^ Yiswaree Palansamy (4 Mac 2021). "Health Ministry issues gag order against staff after public complaints on Covid-19 vaccine rollout". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-10. Dicapai pada 12 Mac 2021.
  61. ^ "Total Registered". The Special Committee On COVID-19 Vaccine Supply (JKJAV). Dicapai pada 26 Mei 2021.
  62. ^ "Malaysia: the latest coronavirus counts, charts, and maps". Reuters. Dicapai pada 24 May 2021.
  63. ^ "Coronavirus (COVID-19) Vaccinations Statistics and Research". Our World In Data. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  64. ^ "Malaysia COVID19 Updates". Twitter. Dicapai pada 26 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]