Pergi ke kandungan

Abdul Aziz Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Haji
Abdul Aziz
PSM, KMN; PJK (Melaka)
Fail:-
Tan Sri Abdul Aziz ketika menziarahi pusara ayahandanya pada 3 Mac 2020
Penasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Dalam jawatan
15 November 2020 – 14 November 2021
Didahului oleh=
Digantikan oleh= -
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 23 Ogos 2020
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan oleh-
Pengerusi Biro Ekonomi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 23 Ogos 2020
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMustapa Mohamed
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Muar, Johor
Dalam jawatan
7 Jun 1995 – 10 November 1999
Didahului oleh Datuk Abdul Malek Munip
Digantikan oleh Dr Robia Dato' Haji Kosai
Majoriti18,238 (1995)
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Dalam jawatan
30 September 1965 – 10 Oktober 1969
PengerusiTan Sri Hanafiah Hussain
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehAbdul Rahman Haji Yusof
Maklumat peribadi
Lahir
Abdul Aziz bin Muhammadd Yassin

27 Oktober 1932
Kampung Haji Muhammad Yassin, Batu 1 1/4, Jalan Bakri Bandar Maharani, 87000 Muar, Muar Johor Johor Darul Takzim
Meninggal dunia6 Disember 2022(2022-12-06) (umur 90)
Hospital Kuala Lumpur
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak
KewarganegaraanMelayu
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1955-2016), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (2016-2022)
Gabungan politik
lain
Parti Perikatan (1953-1973), Barisan Nasional (1974-2016), Pakatan Harapan (2017-2020) Perikatan Nasional (2020-2022)
Pasangan3
PertalianTun Abdul Aziz Abdul Majid (Bapa Mentua), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin (Adik), Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (Adik Ipar), Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin dan Najwa Mahiaddin (Anak Saudara)
Anak6
Ibu bapa
  • Haji Muhammad Yasshin bin Haji Muhammad (bapa)
  • Hajjah Khadijah binti Haji Kasshim (ibu)
SaudaraHaji Muhammad Noor bin Haji Muhammad (Bapa Saudara), Haji Muhammad Sulaiman bin Haji Muhammad (Bapa Saudara)
Tempat belajar=
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan
TandatanganTandatangan
Laman web=
=

Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Haji Muhammad Yassin, PSM, KMN, PJK, (27 Oktober 1932 – 6 Disember 2022) adalah bekas Ahli Parlimen Muar (19951999).

Beliau adalah abang kepada Perdana Menteri Malaysia ke 08, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum menyertai politik, beliau adalah pegawai tinggi kerajaan Negeri Johor.

Beliau adalah salah seorang daripada 47 orang anak kepada Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad bersama 4 orang isteri, termasuklah ibu beliau, Hajah Khadijah binti Haji Kassim. Adik beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah Perdana Menteri Malaysia ke-8, manakala Tun (Dr) Haji Abdul Aziz Abdul Majid, adalah bapa mentua beliau.

Beliau merupakan anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Kakak beliau, Hajah Norani, adik-adik-adik beliau, Ismail, Shaarani, Abdullah dan Fadhillah telah kembali ke Rahmatullah. Adik-beradik beliau yang masih hidup, termasuklah Datin Rohana, Tan Sri Mahiaddin, Sahid dan Fatimah.

Beliau adalah bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang pertama pada tahun 1965 lalu.[1]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Tahun Konstituensi Calon Undian % Lawan Undian % Jumlah undian Majoriti % Mengundi
1995 Muar Abdul Aziz Yassin (BN) 18,238 67.57% Zawawi Mohd. Zin (S46) 8,755 32.43% 26,993 9,483 69.76%

Selepas politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Yang diPertua pertama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) pada 2009, satu pertubuhan bagi bekas wakil rakyat Barisan Nasional yang diilhamkan penubuhannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua MUBARAK bagi Wilayah Persekutuan dari 2014 hingga 2019.[2]

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur.[3]

  1. ^ Sejarah FAMA, Arkib Negara
  2. ^ "Tan Sri Abdul Aziz Yassin kekal Yang diPertua MUBARAK WP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-16. Dicapai pada 2018-09-16.
  3. ^ Abang Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggal dunia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Abdul Aziz Yassin di Facebook