Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
جابتن ڤرخدمتن كوارنتين دان ڤمريقسأن مليسيا
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 April 2013; 7 tahun yang lalu (2013-04-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatIbu Pejabat MAQIS, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani, 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Saiful Yazan Alwi, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia
Dokumen-dokumen penting
  • Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
Tapak webwww.maqis.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia atau singkatannya MAQIS adalah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia. Penubuhannya adalah ilham asal daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada tahun 2005 lalu.[1]

Ia adalah mengikut model yang diinspirasikan dari Australian Quarantine and Inspection Services (AQIS).

Akta penubuhan[sunting | sunting sumber]

Jabatan ini ditubuhkan melalui Akta 728 Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.[2]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengawal semua 57 pintu masuk sempadan Malaysia dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan pertanian yang diimport ke negara ini selamat untuk setiap rakyat Malaysia. Jabatan ini juga menghalang kemasukan barangan pertanian yang tidak selamat dan banyak cubaan untuk membawa masuk barangan pertanian yang tidak selamat ke negara ini berjaya disekat.

Selain daripada itu, jabatan ini memberikan perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk sempadan Malaysia.

Pengurusan atasan[sunting | sunting sumber]

Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]