Institut Masa Depan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Institut Masa Depan Malaysia
Kerangka
KependekanInstitut MASA
Cogan kataMASA Untuk Makmur Bersama
Jenis/bentuk sahPertubuhan Bukan Kerajaan
TujuanKemanusiaan, Pendidikan, Ekonomi
Bahasa rasmiBahasa Malaysia
Tapak webInstitut Masa Depan Malaysia
Sejarah
Dibentuk2 Januari 2019
Pengurusan
Pengasas dan PengerusiTan Sri Muhyiddin Yassin
Organisasi utamaLembaga Pemegang Amanah
Lokasi
(Optional)
Ibu pejabat192 Jalan Ara
Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Institut Masa Depan Malaysia atau ringkasnya Institut MASA adalah merupakan sebuah badan pemikir yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika masih menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada tahun 2019 lalu. Penubuhannya bertujuan untuk merangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi memacu kemajuan ekonomi yang lebih baik bagi kemakmuran negara dan rakyat.[1]

Antara fungsi Institut MASA termasuklah memberikan khidmat nasihat, penyelidikan, penerbitan, analisa data dan program pembangunan kapasiti dan keupayaan.[2]

Pada 1 September 2021, MASA telah melantik seorang CEO baharu iaitu En Azril Mohd Amin. Azril berpengalaman lebih 18 tahun sebagai pengamal undang-undang dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau juga terbabit dengan penyelidikan terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Azril juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah portfolio dan dasar awam.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Lembaga Pemegang Amanah[sunting | sunting sumber]

Pengasas

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

Ketua Pegawai Eksekutif

  • Encik Azril Mohd. Amin

Majlis Felo[sunting | sunting sumber]

Ia ditubuhkan bagi mengukuhkan dan menyelaras pelaksanaan strategi-strategi dan pelan tindakan berkaitan dengan melalui kerjasama strategik merentasi sektor awam dan swasta agar segala inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara holistik dan bersepadu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Institut Masa Depan Malaysia buat kajian mendalam hala tuju parti, orang Melayu
  2. ^ "Latar belakang Institut MASA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-17. Dicapai pada 2020-09-18.
  3. ^ "Sudah sampai masanya perkukuh kembali ekonomi Malaysia - Institut Masa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 2020-09-18.