Chin-Chin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Chinchin wujud kira kira 300 tahun yang lalu berdasarkan kepada penemuan batu nisan yang diperbuat daripada batu merah yang telah dipahat kemas yang terdapat di tanah perkuburan lama yang terdapat dikampung ini. Menurut sejarah lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain, kampung ini telah mula dibuka oleh sebuah keluarga melayu yang mempunyai anak yang ramai dan sempadan tanah antara satu kawasan dengan kawasan dibatasi dengan pokok kekabu atau pokok pinang. Pekerjaan penduduk dikampung ini ialah petani dan jalan perhubungan yang digunakan dari satu tempat ke tempat yang lain ialah jalan sungai serta anak-anak sungai yang kecil.

Nama Chinchin pada kampung ini dipercayai dri satu sumber dimana satu rombongan peminangan dari kampung seberang telah berangkat untuk meminang anak dara yang terdapat dikampung ini. Dalam perjalanan menyeberangi sungai tersebut satu insiden yang tidak diingini telah berlaku dimana Chinchin peminangan yang dibawa telah terjatuh kedalam sungai dan menyebabkan ketua rombongan lelaki berasa susah hati. Semua ahli rombongan lelaki telah berusaha untuk mencari dan menyelam sehingga basah kuyup namum Chinchin tidak ditemui. Berita tersebut telah diketahui oleh pihak perempuan dirumah dara,orang ramai yang menunggu ketibaan rombongan pinangan terkejut dan bergegas sama-sama membantu menyelam bagi mendapatkan Chinchin pinangan yang hilang. Usaha yang dilakukan seolah-olah satu pesta air yang diadakan disungai. Namun segala yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Matahari hampir terbenam, maka kedua-dua pihak waris telah mengambil kata putus meneruskan juga majlis pertunangan tanpa Chinchin pertunangan ibarat kerbau dipegang pada tali manusia dipegang pada janji.

Sejak kejadian tersebut sesiapa sahaja yang diamanahkan untuk membawa Chinchin pertunangan ke rumah pihak perempuan, ketua kampung dan waris sentiasa mengingatkan berkali-kali, “jaga Chinchin” jaga Chinchin pinangan jangan hilang biar barang iringan yang lain tercicir asalkan Chinchin peminangan tidak hilang.sudah menjadi tradisi, adat tetap dihormati, bila Chinchin disarungkan ke jari biarlah berkekalan hingga ke mati. Daripada kisah yang berlaku dikhabarkan kepada pembesar negeri maka lekatlah nama Chinchin hingga kini.

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  1. Taman Cenderawasih
  2. Taman Seri Chin-Chin

Kampung[sunting | sunting sumber]

  1. Kampung Terentang
  2. Kampung Chohong

Pekan Berdekatan[sunting | sunting sumber]

  1. Jasin
  2. Tangkak

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]