Kalis Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalis Kasih
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehMama Bella
Maizura Ederis
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKali Ini - Cherpen
Lagu penutupKali Ini - Cherpen
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Nabilah Farhana Norliza
  • Siti Norerdah Akir
Penerbit
  • Zaini Kosnin
  • Sabariah Mohd Shariff
PenyuntingMohd Shaiful Zainul
Lokasi
Sinematografi
  • Botuck Fairuz
  • Azlan Zamzari
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
ZK Creative Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 April 2018 – 2 Mei 2018
Kronologi
MengikutiMelankolia
Diikuti olehNur

Kalis Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan oleh Nazir Jamaluddin. Dibintangi oleh Amar Baharin, Mawar Rashid, Elvina Mohamad dan Syazwan Zulkifli. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 2 April hingga 2 Mei 2018 menggantikan Melankolia.[1][2]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah tentang Amanda dan Dania yang merupakan sepupu yang sebaya tetapi karakter mereka ketara berbeza. Amanda ialah anak bandar yang terpaksa tinggal dengan keluarga Dania di kampung semenjak kematian orang tuanya. Apabila dewasa, Amanda telah berkahwin dengan Khair. Dania menjadi pengasuh anak Amanda iaitu Iris. Amanda cemburu melihat Iris rapat dengan Dania. Amanda terjatuh tangga sehingga kandungan keduanya keguguran dan rahimnya terpaksa dibuang. Iris pula meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika Amanda runsing ibu mentuanya mendesak Khair kahwin lain. Dania telah cacat wajahnya akibat ditolak oleh Sandra yang mempunyai dendam lama pada Amanda kerana gagal kahwin dengan Khair. Bard iaitu bekas tunangan Dania ikhlas berkahwin dengan Dania walaupun wajahnya cacat. Dania dan Bard menghadiahkan salah seorang anak kembar mereka kepada Amanda dan Khair.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Dalam temuramah bersama Sensasi Selebriti, Nazir Jamaluddin berkata: "Perbezaan drama ini dengan drama lain adalah ia memaparkan tiga watak utama, namun mereka bukanlah dalam situasi cinta tiga segi. Kalis Kasih menekankan lebih kepada nilai kasih sayang antara keluarga dan kepentingan keharmonian rumah tangga".[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kalis Kasih My Info Taip (1 April 2018). Dicapai pada 1 April 2018.
  2. ^ Bukti Mawar Rashid dan Elvina Mohamad kalis kasih Selebriti Online (8 April 2018). Dicapai pada 10 Mei 2018.
  3. ^ Kalis Kasih (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  4. ^ Budiey (31 Mac 2018). Drama bersiri Kalis Kasih lakonan Mawar Rashid Dicapai pada Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Mei 2018.