Pergi ke kandungan

Kampung Nyior (Daerah Padang Terap)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Nyior
Kampong Nyior
Koordinat: 6°11′00″N 100°41′07″E / 6.18325°N 100.68536°E / 6.18325; 100.68536Koordinat: 6°11′00″N 100°41′07″E / 6.18325°N 100.68536°E / 6.18325; 100.68536
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimTekai
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
63 m (207 ft)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Nyior (Jawi: كامڤوڠ ڽيور; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Nyior) merupakan sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Kampung ini merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Tekai dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Nyior ialah 06300 Kuala Nerang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Nyior telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Nyior telah wujud sejak tahun 1930-an lagi.[3] Kampung Nyior turut dipetakan dalam peta topografi Malaya 1945 yang berskala 1:63,360, di garisan utaraan 41 dan garisan timuran 64 (rujukan grid empat angka bagi kampung terbabit ialah 6441, dengan paparan nama sebagai "Kg. Nyior").[3]

Kedudukan koordinat geografi mengenai Kampung Nyior pula dinyatakan dalam gazetir yang bernama Gazetter (No. 11): Malay States yang diterbitkan pada tahun 1944. Gazetir ini telah diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik dalam Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (United States Department Of The Navy). Dalam gazetir tersebut, kedudukan koordinat geografi bagi Kampung Nyior terletak di 6°11′N 100°41′E / 6.183°N 100.683°E / 6.183; 100.683.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Nyior secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Tekai, iaitu mukim di selatan Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[3] Kampung Nyior diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map
Peta kawasan Kampung Nyior dalam radius 3 kilometer (1.9 bt).

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar topografi kawasan di kawasan perkampungan Kampung Nyior ialah tanah pamah yang beralun, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 63 meter (206.7 ka).[1] Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian timur Kampung Nyior. Di timuran kampung ini, terdapat sebuah banjaran memanjang dari utara ke selatan, yang terdiri daripada beberapa kemuncak; salah satunya Bukit Kolam. Bukit Kolam yang mempunyai tinggi sebanyak 215 meter (705.4 ka) di atas permukaan air laut merupakan puncak tertinggi yang terletak berhampiran dengan Kampung Nyior; di mana kedudukan Bukit Kolam dengan Kampung Nyior adalah 3.8 km (2.4 bt) ke bahagian timur laut. Selain itu juga, Bukit Tok Kaya dan Bukit Tok Bador juga merupakan sebuah bukit kecil yang terletak berhampiran dengan Kampung Nyior.[1][3][4]

Guna tanah kawasan[sunting | sunting sumber]

Dalam peta Malaya 1945 terbitan Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang lima buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Nyior pada tahun 1930. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Nyior ialah petempatan berkelompok dan petempatan berselerak. Kesemua kediaman manusia di Kampung Nyior dibina di sebuah kawasan lapangan yang dikelilingi oleh belukar dan sawah padi. Hampir guna tanah di Kampung Nyior ditakifkan sebagai belukar. Terdapat juga guna tanah di Kampung Nyior yang digunakan untuk aktiviti pertanian. Pada tahun 1930, tiada ladang getah, atau buah-buahan di Kampung Nyior Itun namun terdapat kawasan bercucuk tanam padi (atau dikenali sebagai sawah padi atau bendang dalam kalangan komuniti setempat) di sekitar lembah-lembah sungai yang tak bernama.[3][4]

Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Nyior, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[5] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes pada tahun 2000, guna tanah di kawasan perkampungan Kampung Kampung Nyior diinterprestasikan sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu tanah yang melibatkan kegunaannya untuk pembangunan kediaman manusia, tanah pertanian, dan tanah semula jadi, yang sentiasa diairi dengan air hujan.[5][6]

Petempatan serantau[sunting | sunting sumber]

Kampung Nyior merupakan sebuah petempatan manusia yang terletak di kawasan luar bandar. Kampung Nyior dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah sahaja pada tahun 1930. Jalan tanah terbabit bermula di persilangan dekat sebuah ladang di tenggara Kampung Titi Panjang, melewati Kampung Blukar sebelum tamat di kampung ini.[3]

Petempatan manusia yang terletak serantau dengan Kampung Nyior adalah seperti berikut.[1][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Kampung Nyior, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 20 Oktober 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) – Negeri-negeri Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: United States Goverment Printing Office. m/s. 1–205. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g h Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] (September 1943), Malaya 1:63,360 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta), HIND 1035: Lembar 2E/15 (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2), India: Survey of India, dicapai pada 29 Oktober 2023 – melalui Trove.
  4. ^ a b Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu [Survey Department of Federated Malay States] (Mac 1945), Malaya 1:63,360 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta), HIND 1035: Syit 2E/15 (dalam bahasa Inggeris) (ed. 3), India: Survey of India, dicapai pada 29 Oktober 2023 – melalui Trove.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)