Kampung Portugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Portugis di Melaka
Kampung Portugis
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera bagi Kampung Portugis
Official seal of Kampung Portugis
Jata
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriMelaka
Daerah Ujong Pasir
KampungKampung Portugis
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Pahang VI
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
75050
Kod kawasan+606
Lokasi Kampung Portugis di Peta Google


Kampung Portugis merupakan perkampungan masyarakat Portugis Melaka yang terletak di Ujong Pasir, Melaka, Malaysia.

Masyarakat ini merupakan kumpulan etnik campuran orang Portugis dan Melayu semasa penjajahan Portugis (abad ke-16 dan 17).

Pada tahun 1933, 11 hektar tanah di Melaka telah dibeli untuk mewujudkan tempat berlindung bagi masyarakat Portugis Melaka dan budaya mereka. Kawasan tersebut dibersihkan dan 10 buah rumah kayu telah dibina. Dikenali juga sebagai Kampung St. John, ia bermula sebagai perkampungan nelayan sebelum menarik masyarakat Portugis yang tinggal di sekitar Melaka dan akhirnya berkembang menhadi salah satu tumpuan pelancongan.

Seperti kebanyakan masyarakat Portugis seluruh dunia, Kampung Portugis juga menganjurkan "Festival Jun" setiap tahun yang dibuka dengan '"Festa Senjuang" dan diakhiri dengan "Pesta San Pedro". Festival ini dihadiri oleh pengunjung dari Malaysia dan luar negara. Salah satu upacara penting dalam festival ini adalah upacara memberkati bot-bot nelayan, yang dihias khas untuk majlis tersebut, bagi memastikan tangkapan yang banyak.[1]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka ialah 75050.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ivy Tan (June 2007). "Malaccan MCA leaders at the Portuguese Settlement" (PDF). The Guardian. Malaysian Chinese Association. 3: 14. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-21. Dicapai pada 2007-09-27.
  2. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 02°11′09″N 102°15′57″E / 2.18583°N 102.26583°E / 2.18583; 102.26583