16 Mei: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k r2.7.1) (bot menambah: hy:Մայիսի 16, krc:16 май |
k r2.7.1) (bot menambah: rue:16. май |
||
Baris 135: | Baris 135: | ||
[[qu:16 ñiqin aymuray killapi]] |
[[qu:16 ñiqin aymuray killapi]] |
||
[[ru:16 мая]] |
[[ru:16 мая]] |
||
[[rue:16. май]] |
|||
[[sah:Ыам ыйын 16]] |
[[sah:Ыам ыйын 16]] |
||
[[se:Miessemánu 16.]] |
[[se:Miessemánu 16.]] |
Semakan pada 09:02, 3 Februari 2011
<< | Mei | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | |
2024 |
16 Mei merupakan hari ke-136 (hari ke-137 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 229 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di Malaysia.
Peristiwa
- 1204 - Perang Salib Keempat: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.
- 1527 - Keluarga Medici diusir dari Florence dan sebuah republik diasaskan semula.
- 1811 - Perang Semenanjung: Perikatan Sepanyol, Portugal dan Britain, menewaskan pihak Perancis di Pertempuran Albuera.
- 1822 - Perang Kemerdekaan Greece: Pihak Turki menawan pekan Souli di Greece.
- 1836 - Edgar Allan Poe mengahwini sepupunya Virginia yang berusia 13 tahun.
- 1866 - Rutbir (gambar) disediakan secara komersil buat pertama kali oleh Charles Elmer Hires.
- 1918 - Akta Hasutan 1918 diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, agar sebarang tindakan membidas kerajaan dijadikan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara.
- 1920 - Di kota Rome, Paus Benedict XV mengisytiharkan Jeanne d'Arc menjadi santa.
- 1929 - Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Roosevelt, Los Angeles.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: SS-Brigadeführer Jurgen Stroop (gambar) menghentikan Pemberontakan Ghetto Warsaw, pemberontakan besar-besaran pertama di Poland terhadap pendudukan Nazi semasa Holokus.
- 1948 - Chaim Weizmann dipilih menjadi Presiden pertama negara Israel moden.
- 1960 - Nikita Khrushchev menggesa Presiden A.S. Dwight D. Eisenhower memohon maaf atas kejaidan pesawat perisikan U-2 berterbangan di wilayah Kesatuan Soviet, maka berakhirnya sidang kemuncak Empat Terbesar di Paris.
- 1966 - Mao Zedong melancarkan Revolusi Kebudayaan sebagai satu kempen untuk membebaskan China dari unsur bourjuis liberalnya dan meneruskan perjuangan kelas revolusi.
- 1969 - Rancangan Venera: Peneroka angkasa Venera 5 mendarat di planet Zuhrah.
- 1974 - Josip Broz Tito dipilih semula menjadi presiden Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Kali ini beliau dilantik menjadi presiden seumur hidup.
- 1975 - India mengilhakkan Sikkim setelah negeri tersebut mengadakan pungutan suara yang menyaksikan rakyatnya menyebelahi gabungan dengan India.
- 1975 - Junko Tabei menjadi wanita pertama yang tiba di puncak Gunung Everest.
- 2003 - 33 orang terkorban manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di bandar Casablanca, Maghribi.
- 2004 - Hari Berkabung di hutan Bykivnia, berhampiran ibu kota Kiev, Ukraine. Sekitar 1930-an dan awal 1940-an, di sinilah angkatan bolshevik komunis membunuh lebih 100,000 orang awam Ukraine.
- 2005 - Kuwait merestui hak mengundi wanita melalui undian 35-23 di Perhimpunan Kebangsaan.
- 2006 - Sebuah gempa bumi besar (berukuran 7.4 dalam Skala Richter) berlaku berhampiran New Zealand.