Khairy Jamaluddin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1449940
Baris 145: Baris 145:
[[Kategori: Muslim Malaysia]]
[[Kategori: Muslim Malaysia]]
[[Kategori:Kelahiran 1976]]
[[Kategori:Kelahiran 1976]]

[[en:Khairy Jamaluddin]]
[[zh:凯里·嘉马鲁丁]]

Semakan pada 20:24, 8 Mac 2013

Yang Berhormat Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
9 Mac 2008 – kini
Didahului olehDatuk Seri Hishamuddin Hussein
Digantikan olehpenyandang
Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
?? – 9 Mac 2008
Didahului olehDatuk Seri Hishamuddin Hussein
Digantikan olehDatuk Razali Ismail
Ahli Parlimen Rembau
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rembau
Dalam jawatan
9 Mac 2008 – kini
Didahului olehFirdaus Muhammad Rom bin Harun
Digantikan olehpenyandang
Kawasan pilihan rayaRembau
Majoriti5,746
Butiran peribadi
Lahir (1976-01-10) 10 Januari 1976 (umur 48)
Bandaraya Kuwait, Kuwait
Parti politik (UMNO)- (BN)
PasanganNori Abdullah Badawi
Anak-anakJibriel Ali dan Timor Abdullah
HubunganMenantu lelaki Tun Abdullah Ahmad Badawi
PekerjaanAhli politik, Wartawan
Laman web rasmihttp://www.rembau.net

YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan

  • 2001 - 2004 : Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2001 - 2004 : Timbalan Pengerusi, Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2004 - Kini : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau
  • 2004 – 2008 : Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia
  • 2008 - Kini : Ketua Pengerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga adalah menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Biodata

Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwaitpada 10 Januari 1976. Beliau merupakan anak lelaki tunggal bagi pasangan bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.Bapa Khairy Jamaluddin Abu Bakar Dato'Jamaluddin Abu Bakar merupakan bekas pegawai tertinggi,Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia di Kementerian Luar Negara,United Kingdom.Manakala ibunya Dato' Rahmah merupakan seorang sukarelawan. Penghulu Abu Bakar merupakan ketua kampung Kota Rembau yang juga datuk kepada khairy. Selain itu,Khairy juga mempunyai dua orang adik beradik perempuan iaitu Mona Jamaluddin dan Hana Jamaluddin.Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan pasangannya Nori Abdullah telah dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah.

Pendidikan dan Kerjaya

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti Oxford, United Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE).1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau.Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi.Pada tahun 2004-2006 khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan.

Pembabitan dalam bola sepak

Minat beliau dalam pembangunan bola sepak mendorong beliau bersama-samaJason Lo , Bojan Hodak danShebby Singh menubuhkan MyTeam di mana beliau menjadi pengerusinya. Beliau juga adalah Bendahari Kehormat Perak FA untuk musim 2006 -2008.[1]

Pada bulan Oktober 2007, beliau dipilih menjadi Naib Presiden FAM.

Askar Wataniah

Pada 22 Mei 2010, Khairy muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di Rasah, Negeri Sembilan. Beliau menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor selama sebulan.[1]

Kerjaya politik

Beliau hanya muncul di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-4, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada masa itu beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO di bawah Dato' Seri Hishamuddin Hussein.

Pilihan raya Malaysia 2008

Semasa bulan Mac 2009, iaitu di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Khairy bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Rembau , Negeri Sembilan. Khairy telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26525 mengalahkan calon lawan ialah Badrul Hisham Shaharin dari PKR mendapat 20,779 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 77% . Undi rosak sebanyak 1086.

Bertanding Ketua Pemuda UMNO

Pada 17 September 2008, beliau mengumumkan akan bertanding jaln Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan, seramai 40 ketua pemuda UMNOseluruh Malaysia turut hadir menyatakan sokongan.Antara yang hadir ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan; exco Pemuda Datuk Rezal Merican Naina Merican dan ketua Putera Umno, DatukAbdul Azeez Abdul Rahim.Turut bertanding ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin.[2]


Kontroversi dan kritikan

Mencabar debat dengan Ketua Pembangkang Parlimen

Pada bulan September 2005, Khairy mencabar Ketua Pembangkang Parlimen, Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya dalam Parlimen. Walau bagaimanapun, Lim memberitahunya agar tidak mengajak seorang Ahli Parlimen untuk berdebat dalam Parlimen kecuali menjawat jawatan Ahli Parlimen juga. Khairy kemudiannya membidas kenyataan Lim yang menyatakan dia meyuruh Lim berdebat dalam Parlimen dan bukannya berdebat bersamanya dalam Parlimen.

Pada tahun 2006, Khairy menggambarkan Lim Kit Siang sebagai ahli Parlimen yang terkebelakang. [2]

ECM Libra

Ketika akhir tahun 2005, beliau juga terlibat dalam penggabungan kontroversi ECM Libra Capital Bhd dengan Avenue Capital Resources Bhd yang merupakan aset kerajaan, menyebabkan kelahiran syarikat ECM Libra Avenue Bhd. Dalam Disember 2005, beliau membenarkan pinjaman oleh bebrapa pemegang saham ECM Libra Avenue Bhd. Untuk membeli satu peratus saham syarikat pada harga 71 sen bagi setiap saham.[3] Satu jawatankuasa audit awam yang dipimpin oleh Shahrir Abdul Samad menyiasat tentang wujudnya perbuatan salah dalam penggabungan itu. Pada 10 Ogos, jawatankuasa itu menyatakan penggabungan itu adalah menurut prosedur.[4] Pada 11 Ogos, Shahrir Abdul Samad berkata "Pada prinsipnya, ini adalah konflik dalaman dalam kerajaan."[5] Pada 12 Ogos 2006, Khairy Jamaluddin menjual semua pengangannya dalam syarikat itu pada harga 65 sen sesaham.[6]

Tuduhan amalan nepotisme

Pada tahun 2006, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy dikritik hebat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, yang menyatakan segala tindak-tanduk Khairy dikawal oleh Abdullah secara langsung. Namun kedua-duanya menafikan tuduhan Mahathir.

Khairy menanggap dirinya sebagai “mangsa keadaan”, tetapi mendesak bahawa apa yang menyebabkan kemarahan Dr. Mahathir adalah disebabkan kelemahan Perdana Menteri dan kabinetnya. [7]

Khairy juga menyatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40. Beliau sebelumnya menjadi pembantu kepada kerajaan Abdullah namun menafikannya dalam beberapa kenyataan."[8]

Tuduhan hubungan dengan pelakon Maya Karin

Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin di Ijok.

Pada Ogos 2006, media arus perdana menuduh Khairy telah mengambil pelakon popular Malaysia, Maya Karin sebagai isteri kedua beliau. Namun, kedua-duanya menafikan kenyataan media ini.[9]

Diskriminasi kaum

Dalam jangkamasa yang singkat, Khairy kemudiannya membuat kontroversi lagi dengan menyatakan Komuniti Cina di Malaysia akan mengambil untung ke atas kaum Melayu jika UMNO lemah.[10] Ini mengakibatkan kemarahan bukan sahaja kepada komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan, tetapi beberapa pemimpin tertinggi UMNO. Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dikritik kerana kelemahan membangunkan semula kawasan Balik Pulau yang terlibat dalam bencana tsunami.

Perdana Menteri mempertahankan Khairy, mengatakan media telah salah tafsir beliau. Khairy enggan meminta maaf, dengan menyatakan pendapatnya adalah betul dan penting terhadap kepentingan Islam dan orang Melayu. [11]

Sementara itu, terdapat reaksi yang kuat terhadap pendapat beliau [perlu rujukan], kebanyakkan penganalisis politik seperti Raja Petra Kamarudin percaya Khairy cuba untuk mengalihkan pandangan media tentang skandal ECM-Libra. Dato' Seri Lim Keng Yaik, bekas presiden Gerakan menganggap Khairy seorang ahli politik yang tidak berkualiti yang cuba untuk menaiki tangga politik Malaysia. Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat dari PAS menganggap ini merupakan strategi UMNO untuk menimbulkan sentimen takut terhadap Melayu supaya Melayu sentiasa menyokong UMNO biarpun dalam pentadbiran kerajaan yang dianggap olehnya sebagai korup.

Memimpin tunjuk perasaan

Pada tahun 2006, semasa lawatan Setiausaha Negara AS Condoleezza Rice ke Kuala Lumpur, Khairy, bersama-sama ahli parti UMNO dan beberapa ahli parti PAS, mengadakan tunjuk perasaan di lokasi pertemuan di mana dia menghantar memorandum bantahan untuk mendesak pengunduran Israel dari Lubnan serta menggantung aktiviti ketenteraan di sana.

Sokongan terhadap lumba haram

Satu lagi kontroversi yang pernah dicetuskan oleh Khairy ialah cubaan gagal beliau serta Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menukar gelaran Mat Rempit sebagai "Mat Cemerlang"[12]. Mat Rempit ialah gelaran kepada pelumba haram yang majoritinya terdiri daripada remaja Melayu serta menggunakan motosikal yang diubahsuai untuk memenangi dadah, bohsia dan wang di dalam perlumbaan haram. Cadangan Khairy agar Mat Rempit "menjadi 'mata' dan 'telinga' pihak polis" telah mencetuskan kemarahan di kalangan mangsa Mat Rempit yang kenderaan mereka pernah dirempuh oleh Mat Rempit serta di kalangan bekas Mat Rempit sendiri.

Tuduhan pemalsuan dalam piihan raya

Walaupun Khairy telah diumumkan secara rasmi sebagai Ahli Parlimen Rembau setelah memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, dikatakan bahawa dia memenangi kerusi tersebut melalui pemalsuan dalam pilihan raya. Adalah dilaporkan bahawa semasa proses pengiraan Khairy kalah 800 undi di belakang pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin, sebelum proses pengiraan semula diminta, dan selepas proses pengiraan semula Khairy mendahului dengan 5,746 undi.[13] Portal atas talian Malaysiakini kemudiannya menyatakan bahawa maklumat yang diterima mengenai proses pengiraan semula adalah tidak tepat dan permohonan maaf sudah dibuat kepada Khairy.[14][15]

Blog

Khairy Jamaluddin pernah mengkritik kuat blogger yang menyebarkan fitnah, dan menggelar golongan yang mengamalkan hukum rimba ini sebagai beruk. [16]

Umno wants bloggers who resort to slander to be brought to book, said Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin. He said these bloggers did not think about the sensitivities of others and the repercussions their writings can cause. "There are no laws in the cyberworld except for the law of the jungle. As such, action must be taken so that the "monkeys" behave," he told reporters.[17]

Menjelangnya Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, dia turut menubuhkan blognya dan menyertai komuniti penulis blog. Walau bagaimanapun, blognya dikritik oleh penulis blog lain kerana tidak membenarkan pemberian komen oleh pembaca yang mana dianggap dia enggan menerima pandangan orang lain.

Isu beruk

Dalam Perhimpunan Pemuda UMNO 2007, Khairy Jamaluddin menggelar peserta Perhimpunan Bersih sebagai beruk. Ekoran perkara ini, ahli Parlimen Puchong Gobind Singh telah mencabar Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf bagi kenyataan yang dibuatnya. Namun, Khairy Jamaluddin enggan menjawab apabila diminta komennya terhadap cabaran itu ketika ditemui di luar dewan Parlimen pada 5 Mei 2008.

Projek Khinzir Raksasa dan Projek Babi Negara

Pada 12 Mei 2008, Khairy Jamaluddin telah menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat dengan menyamakan PKR dengan Projek Khinzir Raksasa dan dengan memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen lain mencelah untuk memohon penjelasan. Apabila Parti BN disamakan dengan Projek Babi Negara, Khairy Jamaluddin pula meminta Pembangkang menarik balik padahal dia memulakan sandiwara tersebut. [3]

Tuduhan amalan rasuah bagi pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO

Pada tahun 2009, Khairy bertanding sebagai calon bagi Ketua Pemuda UMNO yang baru setelah pendahulunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melepaskan jawatannya. Dia bersaing dengan calon-calon lain iaitu Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo. Namun demikian, kontroversi tercetus apabila Khairy dibenarkan bertanding oleh Lembaga Disiplin UMNO walaupun dia didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang[18], sementara pesalah lain yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama, seperti Mohd Ali Rustam yang sepatutnya bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO, tidak dibenarkan bertanding bagi jawatan masing-masing. Namun demikian, Khairy menafikan tuduhan tersebut, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan di laman blognya[19].

Desakan Pemuda MCA Perak

Pada 17 Oktober 2008, perwakilan pemuda MCA dari Perak, Ting Tai Fong menggesa agar Khairy Jamaluddin ditahan di bawah ISA kerana membangkitkan nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera yang berunsur perkauman. Khairy hadir dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-45 di Wisma MCA. [20] Ahmad Ismail juga patut ditahan ISA. Namun, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dilaporkan enggan memberikan kerjasama kepada ahli parlimen Rembau, yang meminta beliau berbuat demikian, dengan alasan "saya bukan orang suruhan" Khairy.

Sebenarnya Khairy menggesa nisbah kuota biasiswa dinaikkan dari 55:45 kepada 67:33 (antara pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera) agar mencerminkan lebih kurang komposisi penduduk . Nisbah asal ialah 70:30 ( 70 % Bumiputera dan 30 % Bukan Bumiputera).


Rujukan

Pautan luar