Shahrir Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shahrir Abdul Samad

PSM; SUMW (WP); DPMJ, PIS (II) (Johor)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P160 Johor Bahru, Johor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehMohamed Khaled Nordin
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Dalam jawatan
1978–1990
Didahului olehJaafar Hamzah
Digantikan olehMohamed Khaled Nordin
Pengerusi FELDA
Dalam jawatan
2017–2018
Didahului olehMohd Isa bin Hj. Abdul Samad
Digantikan olehMegat Zaharuddin Megat Mohd Nor
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehDato' Seri Mohd Shafie Apdal
Digantikan olehDato' Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
Dalam jawatan
1983–1986
Didahului olehPengiran Othman Pengiran Rauf
Digantikan olehAbu Hassan Omar
Butiran peribadi
Lahir (1949-11-22) 22 November 1949 (umur 74)
Kuantan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO
PasanganPuan Sri Shahrizan Abdullah
IbuHajah Rashidah Othman
SaudaraKhalid Abdul Samad (Adik)
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli Parlimen

Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (lahir 22 November 1949) ialah ahli politik Malaysia merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru. Beliau juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Beliau dilahirkan pada 22 November di Kuantan, Pahang.

Beliau adalah abang kepada Khalid Abdul Samad, ahli politik Amanah yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Shah Alam.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Shahrir pernah bersekolah di banyak tempat iaitu di Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Kota Bharu di Kelantan dan Kuala Terengganu di Terengganu. Beliau juga pernah bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tamat tahun Enam pada tahun 1967.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan dari Universiti Malaya pada tahun 1972 dan menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan di IMEDE (sekarang dikenali IMD), Lausanne, Switzerland pada tahun 1977.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 197, beliau telah menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia apabila beliau menjadi setiausaha politik kepada Tun Musa Hitam, kemudiannya Timbalan Perdana Menteri. Selepas jawatannya luput pada tahun 1975, beliau menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak sehingga 1976. Pertama kali Shahrir mejawat jawatan awam di dalam pilihan raya umum 1978, apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Pada mulanya dilantik menjadi Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi Menteri Kebajikan, Pemuda dan Sukan , dan pada tahun 1987 beliau telah mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.[1] Shahrir telah dipecat pada tahun itu di dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO TunMahathir Mohamad. Pada tahun 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi parlimennya, dan kemudiannya mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi parlimen berkenaan. Setahun kemudiannya, beliau menyertai UMNO semula, manakala Razaleigh keluar untuk membentuk Semangat 46.[2]

Beliau juga kini telah kembali ke Kabinet selepas 22 tahun. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada 18 Mac 2008 tentang pelantikan Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Jawatan lain[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha Politik
  • Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri (1978-1979)
  • Timbalan Menteri Kewangan (1980-1981)
  • Timbalan Menteri Perdagangan & Perindustrian (1982-1983)
  • Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1985)
  • Menteri Kebajikan (1985-1987)
  • Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA)
  • Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee atau PCA)
  • Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Pengerusi, BNBBC
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation SDn. Bhd.
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Sharil@Shahrir Bin Ab Samad bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru , negeri Johor. Sharil@Shahrir Bin Ab Samad telah menang dengan mendapat undi sebanyak 43143.

Calon lawan ialah Hassan Abdul Karim dari PRM mendapat 17,794 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 69.59%. Undi rosak sebanyak 1391.

Pilihan Raya Malaysia 2018[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Shahrir Abdul Samad telahpun tewaskan bagi mempertahankan kerusi yang disandangnya itu iaitu daripada parti Pakatan Harapan. Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang cuba mempertahankan kerusinya itu selama lebih daripada 2 penggal telah ditewaskan oleh Pakatan Harapan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ram, B. Suresh (2008-03-18). "The Cabinet post remains the same: Shahrir". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-21. Dicapai pada 2008-03-18. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ Beh, Lih Yi (2008-03-20). "Shahrir: We need more aggressive ministers". Malaysiakini. Dicapai pada 2008-03-20. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 29 August 2021.
  4. ^ "Tun Abdullah dahului senarai penerima darjah kebesaran WP 2010". Bernama. Utusan Malaysia. 1 February 2010. Dicapai pada 8 May 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan
19831986
Penyandang Kemudian
Tiada Tan Sri Mohd Isa Samad
Penyandang Terdahulu Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
19 Mac 20089 April 2009
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Mohd Shafie Apdal Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob