Zahidi Zainol Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Zahidi Zainol Abidin merupakan Ketua Bahagian UMNO Padang Besar dan mantan Adun Beseri, Perlis, Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah jatuh bangun bersama-sama YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berlaku krisis UMNO 1986.

Menteri Besar Perlis ketika itu, Dato' Seri Shahidan Kassim melantik beliau menjadi Exco kerajaan negeri Perlis dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis. Kemudian beliau digugurkan dari barisan Exco. Ketika itu beliau dilihat calon pengganti Shahidan Kassim.

Zahidi telah menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan mesyuarat UMNO Padang Besar ketika krisis Mahathir-Abdullah sedang hangat. Namun perasmian mesyuarat itu dibatalkan dengan alasan tiada permit. Secara teknikal, UMNO tidak membenarkan orang luar merasmikan mesyuarat agung UMNO.[1]

Pada September 2008, beliau menawarkan diri untuk bertanding Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada UMNO dan rakyat Malaysia.

Beliau berharap dapat mengubah dan manjadi anjakan untuk dalam politik Pemuda UMNO untuk menjadi wadah serta aspirasi kepada anak-anak muda masa kini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]