Pergi ke kandungan

Hishammuddin Hussein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hishamuddin Hussein)
Hishammuddin Hussein
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sembrong, Johor
Menyandang jawatan
17 Mei 2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Majoriti11,570 (2008)
10,631 (2013)
6,662 (2018)
10,880 (2022)
Menteri Kanan
Kluster Keselamatan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Kawasan pilihan rayaSembrong
Dalam jawatan
7 Julai 2021 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Kawasan pilihan rayaSembrong
Menteri Pertahanan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Ikmal Hisham Abdul Aziz
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
RajaMuhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan
Didahului oleh Ahmad Zahid Hamidi
Digantikan oleh Mohamad Sabu
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Kamarudin Jaffar
Didahului oleh Saifuddin Abdullah
Digantikan oleh Saifuddin Abdullah
Kawasan pilihan rayaSembrong
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-Tugas Khas)
Dalam jawatan
12 April 2017 – 9 Mei 2018
RajaMuhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Mohd Effendi Norwawi
Digantikan oleh Mohd Redzuan Md Yusof
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
10 April 2009 – 15 Mei 2013
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Syed Hamid Albar
Digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO
(Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 12 Mei 2018 - 29 Jun 2018)
Dalam jawatan
26 Mac 2009 – 12 Mei 2018
Berkhidmat with
Ahmad Zahid Hamidi (2009-2018)
Mohd Shafie Apdal (2009-2016)
Didahului olehMohd Ali Rustam
Muhyiddin Yassin
Muhammad Muhammad Taib
Digantikan olehIsmail Sabri Yaakob
Mahdzir Khalid
Mohamed Khaled Nordin
Kawasan pilihan rayaSembrong
Menteri Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 9 April 2009
RajaSyed Sirajuddin
Mizan Zainal Abidin
Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad Badawi
Didahului oleh Musa Mohamad
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran Malaysia
Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
1998–2008
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Digantikan olehKhairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1999 – 30 Mac 2004
RajaSalahuddin Abdul Aziz Shah
Syed Sirajuddin
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Didahului oleh Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Azalina Othman Said
Timbalan Menteri Perusahaan Utama
Dalam jawatan
12 November 1996 – 14 Disember 1999
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
MenteriLim Keng Yaik
Didahului olehSiti Zainaboon Abu Bakar
Digantikan oleh Anifah Aman
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tenggara, Johor
Dalam jawatan
7 Jun 1995 – 4 Mac 2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Adham Baba
Maklumat peribadi
Lahir
Hishammuddin bin Hussein

(1961-08-05) 5 Ogos 1961 (umur 64)
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik UMNO (1989-Kini)
Gabungan politik
lain
BN (1989-Kini)
PN (2020-Kini)
PasanganYang Mulia Tengku Dato' Sri Marsilla Tengku Abdullah (k. 1987)
PertalianDato' Jaafar bin Haji Muhammad (Moyang)
Dato' Onn Jaafar (Datuk)
Tan Sri Mohamed Noah Omar (Datuk)
Dato' Sri Najib Razak (Sepupu)
Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (Abang Ipar)
Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (Besan)
AnakNasha Alyssa
Faris Hussein
Kyra Arianna
Fahd Hussein
Ibu bapaHussein Onn
Suhailah Mohamed Noah
SaudaraDatuk Haris Onn bin Hussein (Adik)
Allahyarhamah Datin Roquiya Hanim (Kakak)
Puan Sri Dr Suraiya Hani (Kakak)
Roziah Hanis (Kakak)
Dr Rozita Halina (Kakak)
Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (anak saudara - anak Datin Roquiya Hanim)
KediamanAmpang Jaya, Selangor
PendidikanIjazah Sarjana Undang-Undang Komersil Korporat
Tempat belajarEngland London School of Economics, United Kingdom
PekerjaanMenteri, Ahli Politik
Bidang pengkhususanPeguam
GajiRM51,113.00 sebulan[1]

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Dato’ Hussein (lahir pada 5 Ogos 1961) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sembrong, dan merupakan anak kepada Tun Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga, serta cucu kepada Dato’ Sir Onn Jaafar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Keahliannya dalam UMNO telah digantung selama enam tahun sejak Januari 2023.[1]

Sepanjang kerjaya beliau dalam Kerajaan Malaysia dari November 1996 hingga November 2022, Dato’ Seri Hishammuddin telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kabinet di bawah kepimpinan beberapa Perdana Menteri.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Hishammuddin dilahirkan pada 5 Ogos 1961, merupakan anak keempat dan anak lelaki sulung kepada Tun Hussein Onn, yang kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga, dan Toh Puan Suhaila Noah.

Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum bapanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1973. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran di St. John’s Institution dan seterusnya di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh di United Kingdom, Cheltenham College di Gloucestershire.

Hishammuddin memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of Wales, Aberystwyth pada tahun 1984. Beliau turut melanjutkan pengajian di London School of Economics (LSE) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dalam bidang Undang-Undang Perdagangan dan Korporat pada tahun 1988.

Selepas menamatkan pengajiannya di United Kingdom, Hishammuddin kembali ke Malaysia pada tahun 1989. Beliau menyertai UMNO dan memulakan kerjayanya sebagai peguam. Beliau menjadi rakan kongsi di firma guaman Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine), yang merupakan firma guaman terbesar di Malaysia.

Pada tahun 1993, beliau meninggalkan Skrine & Co untuk menubuhkan firma guamannya sendiri bersama Thomas Mun Lung Lee. Firma tersebut dikenali sebagai Lee Hishammuddin, yang kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Hubungan kekeluargaan

[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein merupakan anak kepada Tun Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, serta cucu kepada Dato’ Sir Onn Jaafar, seorang tokoh Melayu terkemuka dan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ibu kepada Onn Jaafar, Datin Rogayah Hanim, adalah berketurunan Circassia, dan dilahirkan di Empayar Uthmaniyyah.[2] Beliau adalah cicit kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Allahyarham Dato' Jaafar bin Haji Muhammad. Beliau juga adalah sepupu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Isteri beliau ialah Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Datin Seri Panglima Marsilla binti Almarhum Tengku Arif Bendahara Tan Sri Dato’ Sri Abdullah, ahli kerabat keluarga diraja negeri Pahang Darul Makmur, dan juga sepupu kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

1. Nasha Alyssa (lahir pada 24 November 1988), telah berkahwin dengan Anas Zawawi, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, seorang tokoh korporat terkenal di Malaysia.

2. Faris Hussein (lahir pada 30 Mac 1991)

3. Kyra Arianna (lahir pada 9 November 1993), telah berkahwin dengan Adam Azhari, anak kepada Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kanan Kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN).

4. Fahd Hussein (lahir pada 3 Disember 1998)

Anak-anak lelaki beliau, Faris Hussein dan Fahd Hussein, masih belum mendirikan rumah tangga setakat ini.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau pernah juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.

Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Ahmad Shabery Cheek ketika Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong pada 2013

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2013 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri. Kini, setelah rombakan kabinet pada 28 Julai 2015, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia.[2]

Pada 12 April 2017, Hishammuddin telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Najib Razak. Najib berkata pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.[3] Beliau masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.[4]

Pada 10 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelapan, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pencapaian dalam Kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 Ogos 1997)[5]

Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (12 November 1996 hingga 14 Disember 1999)

Menteri Belia dan Sukan (14 Disember 1999 hingga 3 Mac 2004)

Menteri Pendidikan (30 Mac 2004 hingga 8 April 2009)

Menteri Dalam Negeri (10 April 2009 hingga 5 Mei 2013)[6]

Menteri Pertahanan (16 Mei 2013 hingga 10 Mei 2018)

Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (12 April 2017 hingga 10 Mei 2018)

UNESCO Ahli Lembaga Eksekutif (2008 hingga 2009)

SEAMEO Council- Timbalan Presiden (Mac 2007 hingga Mac 2008)

SEAMEO Council- Presiden (Mac 2008 hingga Mac 2009)

Sebagai Menteri Dalam Negeri

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang perkhidmatannya beliau bersama-sama Kementerian Dalam Negeri, beliau telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bagi meningkatkan lagi taraf kecekapan dari sudut perkhidmatan dan sistem oleh seluruh warga kementerian. Portal maya Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan atas inisiatif beliau untuk mendekatkan KDN kepada rakyat Malaysia.[7]

Dengan adanya inisiatif baru, Polis DiRaja Malaysia yang berada dibawah seliaan Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan beberapa strategi untuk memerangi jenayah. Inisiatif ini diambil dengan berpandukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.[8]

Usaha untuk menghapuskan jenayah ini dilakukan secara besar besaran apabila semua tenaga dan usaha difokuskan kepada kawalan dan pencegahan jenayah. Melalui inisiatif yang dijalankan kadar jenayah di Malaysia telah menurun, sungguhpun begitu masih terdapat banyak lagi kelemahan yang boleh diperbetulkan, bagi meningkatkan lagi prestasi kerja petugas keselamatan dan keberkesanan sistem penilaian. Fasa kedua NKRA juga telah dijalankan apabila segala permasalahan telah dikenal pasti.[9]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Mengangkat keris

[sunting | sunting sumber]
Hishammuddin menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Pada 2005, tindakan Hishammuddin menghunus keris bagi meningkatkan semangat dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu. Pengulas menganggap aksi ini sebagai mempertahankan Ketuanan Melayu dan mengancam mereka yang membantah hak istimewa Melayu seperti yang disebut dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan dalam kontrak sosial.

Perhimpunan UMNO 2006 menampakkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan menggunakan keris; Hishamuddin sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong tahun tersebut.[10]

Hishamuddin menyatakan bahawa "Keris itu ada dalam bendera UMNO... Ia suatu simbol kebudayaan Melayu. Awak boleh menghadiahkannya kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu memberikan kepada saya di majlis-majlis. Tetapi, ahli-ahli politik menyatakan mereka tidak diyakinkan oleh penjelasan Hishammuddin, dengan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA berkata, "kalau saya memegang pedang di suatu majlis wusyu, ia akan berbeza kalau saya memegangnya pada suatu majlis politik. Ini adalah satu majlis politik, jadi ia dilihat dalam konteks berlainan. Ia mewujudkan ketidaksenangan."[11]

Seorang komentator mencadangkan bahawa "Keris itu tidak mengakibatkan ketidaksenangan. Gerak-geri dan pengacungan itu yang membuat orang tidak senang hati", manakala seorang penganalisa politik Cina pula menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."[12]

Dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2007, dalam ucapan beliau sebagai Ketua Pemuda, beliau menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan keris dalam budaya orang Melayu. Kata beliau,

"Sebenarnya keris adalah lambang kemelayuan yang mendukung kedaulatan, kekuasaan, maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Keris amat unik sama ada dalam cara membuatnya atau cara disepuh, disarung, dipakai, diguna dan dipantang larangkan. Keris bukan seperti kapak yang boleh digunakan untuk menebang bukan juga seperti parang untuk menyembelih. Keris bukan senjata gunaan seharian untuk ke sawah ladang tetapi untuk ke istana atau ke majlis rasmi. Keris juga lambang kesatuan bernegara seperti Keris Panjang milik ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Keris ini ditempa dari cantuman besi yang berasal dari sebelas bilah keris negeri-negeri di Tanah Melayu. Jelas keris bukan sekadar simbol kekuasaan tetapi juga adalah simbol kesatuan. Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui bahawa keris juga merupakan lambang kewibawaan, kebijaksanaan dan ilmu. Orang yang memakai keris itu, orang yang ada hikmah, bijaksana dan berpengetahuan dalam ilmu, bukan hanya ilmu pendekar dan persilatan sahaja. Kita mengucup keris bukan sekadar menerima kuasa tetapi ada kaitan dengan tugas yang datang bersamanya. Perlakuan ini ada hubungannya dengan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran.
Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan amanah yang diterima. Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya.
Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut akan bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan Melayu."."[13]

Akhirnya, pada 25 April 2008, Hishammuddin memohon maaf terhadap episod ini.[14]

Menghisap rokok elektronik dalam Dewan Rakyat

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 2020, Hishammuddin memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik dalam Dewan Rakyat dirakamkan dan tersebar di media sosial. Permohonan itu dibuat menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.[15]

Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

— Hishammuddin

Terdahulu Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi meminta Hishammuddin memohon maaf kerana tindakannya itu tidak sepatutnya dilakukan.

Tular di media Twitter mengenai Yang Berhormat Sembrong vaping (menghisap vape) di dalam dewan. Ini tidak sepatutnya berlaku.

— Wong Shu Qi

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[16][17][18][19][20][21]
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1995 P136 Tenggara, Johor Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) 28,727 87.22% Madin Khani @ Md. Din A. Ghani (S46) 4,209 12.78% 34,782 24,518 63.36%
1999 Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) 28,376 78.96% Lokman Noor Adam (PKR) 7,559 21.04% 37,829 20,817 78.06%
2004 P153 Sembrong, Johor Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) 19,575 88.29% Onn Jaafar (PAS) 2,597 11.71% 22,956 16,978 74.61%
2008 Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) 17,988 73.70% Lee Sang (PKR) 6,418 26.30% 25,211 11,570 75.98%
2013 Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) 22,841 65.17% Onn Abu Bakar (PKR) 12,210 34.83% 35,910 10,631 86.35%
2018 Hishammuddin Hussein (UMNO-BN) 21,353 59.24% Onn Abu Bakar (PKR) 14,691 40.76% 36,044 6,662 83.02%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=news&news_id=15515&news_cat=4&page=1729&sort_year=&sort_month=
  3. ^ Hishammuddin dilantik Menteri Tugas-tugas Khas
  4. ^ Hishammuddin dilantik Menteri Tugas-Tugas Khas
  5. ^ Factbook, Malaysia. "Hishamuddin Hussin" Diarkibkan 2014-04-08 di Wayback Machine, Malaysian Factbook, Kuala Lumpur, 23 January 2008. Retrieved on 7 February 2013.
  6. ^ Hishamuddin Hussin. "Foreword by the Minister" Diarkibkan 2013-02-02 di Wayback Machine, Ministry Of Home Affairs Official Website, Kuala Lumpur, 10th April 2009. Retrieved on 7th February 2013.
  7. ^ KDN. "Perutusan Menteri di Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri" Diarkibkan 2013-03-02 di Wayback Machine, Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Kuala Lumpur. 18 Oktober 2009. Dicapai 13 Mac 2013.
  8. ^ Arkib. "Strategi KDN perangi jenayah", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 7 Jun 2010. Dicapai 13 Mac 2013.
  9. ^ Arkib. "Fasa kedua NKRA tangani jenayah, jaga kebajikan agensi keselamatan", Utusan Malaysia, Kluang, 19 September 2012. Dicapai 12 Mac 2013.
  10. ^ Finding the way out of the extreme edge Diarkibkan 2008-06-02 di Wayback Machine. Malaysia Today.
  11. ^ MCA Youth head to meet Hishammuddin over kris issue Diarkibkan 2014-10-31 di Wayback Machine Malaysian Chinese Association. 27 November 2006.
  12. ^ Lau, Leslie (Nov. 28, 2006). Non-Malays still troubled by Umno keris waving act Diarkibkan 2008-01-12 di Wayback Machine. Malaysia Today.
  13. ^ Teks Ucapan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia The Malaysian Bar
  14. ^ Finally, Hishammuddin apologises for his keris waving @ Fri Apr 25 2008[pautan mati kekal] The Malaysian Insider.
  15. ^ Hishammuddin caught vaping during Parliamentary proceedings, apologises on social media
  16. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before Malaysian General Election, 1986 unavailable.
  17. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
  18. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  20. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
  21. ^ "Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P153 SEMBRONG Johor". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 May 2018.
  22. ^ "Sultan of Pahang's 74th birthday honours list". The Star. 26 October 2004. Dicapai pada 14 September 2018.
  23. ^ "Highest state award for eight". Sandra Sokial. Borneo Post. 1 October 2011. Dicapai pada 14 September 2018.
  24. ^ "Muhyiddin heads list of TYT birthday award recipients". Borneo Post. 14 September 2011. Dicapai pada 14 September 2018.
  25. ^ "Hishammuddin dahului 781 penerima darjah kebesaran Negeri Melaka" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 8 October 2014. Dicapai pada 6 February 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "PM terima anugerah tertinggi Bahrain" (dalam bahasa Malay). BH Online. 17 December 2017. Dicapai pada 15 January 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]