A. Galak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 232: Baris 232:
|-
|-
| ''[[Dendam Aurora]]''
| ''[[Dendam Aurora]]''
| Din Brinchang
|
| rowspan="2"|Astro Maya HD
| rowspan="2"|Astro Maya HD
|
|

Semakan pada 13:19, 14 Ogos 2018

A. Galak
Kelahiran
Zakaria bin Ahmad

1941 (umur 82–83)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1966 - kini
Anak-anak5
Ibu bapaRokiah Jaafar (ibu)
Ahmad Jaafar (bapa)
Saudara7 cucu

Zakaria bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Galak (lahir 1941) merupakan salah seorang pelakon di Malaysia. Beliau turut dikenali dengan gelaran Sarjan Misai disebabkan penampilan misainya dalam drama-drama kepolisan.[1]

Biodata

Era Jalan Ampas.

  • Beliau pernah bekerja di Studio Jalan Ampas di bahagian mekap untuk lelaki. Beliau menjaga pakaian dan sesekali menyolek para pelakon. Beliau pernah menyolekkan Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.
  • Menjadi pelakon tambahan dalam filem Lampung Karam dan Aksi Kucing.[3] Bukan setakat pelakon tambahan, beliau juga menjadi penari untuk sesetengah babak.
  • Waktu itu beliau tidak ada termimpi langsung untuk menjadi pelakon secara serius. Beliau hanya berlakon secara suka-suka sahaja,” ceritanya tentang
  • Sejak kecil beliau sudah terdedah dengan dunia seni kerana ibunya, Rokiah Jaafar yang menjadi heroin filem Putus Harapan adalah bintang filem Jalan Ampas yang seangkatan dengan Kasma Booty.[4]

Era Pasca-Jalan Ampas

  • Apabila Studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1960, pelbagai kerja dilakukan.
  • Beliau turut menyertai Persatuan 4PM dan Persatuan Ali Fiji sebagai penari yang sering mengadakan persembahan di sekitar Singapura ketika itu. Malah A.Galak pernah menyertai kursus tarian di Kuala Kubu Baru selama sebulan.
  • Pada tahun 1984, A.Galak mengambil keputusan untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.
  • Beliau tidak memilih kerja, janji ada. Waktu datang ke Kuala Lumpur beliau bertemu dengan Deddy M.Borhan dari Sabah Filem dan menawarkan beliau berlakon dalam filem Azura.
  • Beliau juga berpeluang muncul dalam filem Darah Satria sebagai Sarjan.

Era Di Bawah Yusof Haslam

  • Rezekinya dalam bidang lakonan terus berkembang apabila Datuk Yusof Haslam memberi kepercayaan padanya untuk mengarah drama Debu-Debu Kota Raya, Remang-Remang Kota Raya dan berlakon dalam Roda-Roda Kota Raya sebelum Gerak Khas.
  • Sejak itu setiap kali Yusuf terbitkan drama, nama A.Galak pasti diselitkan sama.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1983 Darah Satria Sarjan
1984 Azura Datuk Putih
1991 Bayangan Maut Taji Samprit
Juara
1993 Pemburu Bayang Pak Ahmad
1996 Maria Mariana Sufian
1997 Gemilang
1999 Bara Bapa Arni
2000 Pasrah Bapa Kemunculan khas
2001 Gerak Khas The Movie Sarjan Hashim
2002 Gerak Khas The Movie 2
2003 Gila-Gila Pengantin
MX3 Sarjan Misai Kemunculan khas
2005 GK3 The Movie Sarjan Hashim
2011 Khurafat Kemunculan khas
2014 Abang Long Fadil Kemunculan khas
2015 Polis EVO Kemunculan khas
2016 Munafik Imam Ali
Lu Mafia Gua Gangster Inspektor
2017 Abang Long Fadil 2 Taji Samprit
Jibam Pak Itam

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1986 Remang-Remang Kota Raya Sarjan polis
1989 Debu-Debu Kota Raya Sarjan polis
1999-2011/2014-kini Gerak Khas Sarjan/S.M/Sub.Insp/Pak Hashim TV2 pelakon pembantu/Kemunculan khas
2000 Maria Mariana The Series Sufian TV3
1998/2008 - 13 Roda-Roda Kuala Lumpur Sarjan Senin/Pak Hashim TV2
2009 - 11 Si Capik Datuk Reza
2012 Sopi Sekuriti Yahya Astro Warna
Tanah Kubur - Musim 5: Episod 10 Astro Oasis Episod: Makrifat
2014 Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 1) Astro Mustika HD
2015 Siri Bercakap Dengan Jin (Musim 2)
2015 - 16 Cinta Dari Marikh TV2
2017 Arluna Astro Maya HD
Jangan Ikut Aku Tok Misai TV3
Dendam Aurora Din Brinchang Astro Maya HD
2018 Sejadah Untuk Dia Hj. Omar

Rujukan

Pautan luar