Cinta Dari Marikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Dari Marikh
GenreDrama, percintaan, komedi, fantasi
PengarahSyafiq Yusof
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Chacha Maembong
Lagu pembukaan"Susun Silangkata" oleh Aizat Amdan
Lagu penutup"Sungai Lui" oleh Aizat Amdan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzman Hj. Ismail
PenerbitYusof Haslam
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Skop Productions
Penyiaran
Saluran asalTV2
Siaran asal30 November 2015 – 23 Mei 2016

Cinta Dari Marikh merupakan sebuah siri drama komedi romantik fantasi Malaysia 2015 arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions untuk siaran menerusi Slot Selekta Prima di TV2 yang bersiaran dari 30 November 2015 hingga 23 Mei 2016, dibintangi oleh Fattah Amin dan Chacha Maembong. Ia mengisahkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh.[1]

Ia merupakan salah satu daripada lima drama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam format definisi tinggi bersama-sama dengan Metro Skuad, Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur dan Evolusi KL Drift: The Series.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Aiman, seorang pelajar kolej yang bercita-cita besar mahu menjadi seorang pelakon aksi terhebat seperti Aaron Aziz. Aiman mempunyai dua teman rapat, Farah dan Zam. Datuk Aiman sudah tidak tahan dengan perangai cucunya itu lalu mahu menghantar Aiman ke kolej tentera untuk mendapatkan pendidikan dan mendisiplinkan cucunya itu.

Sementara itu Nova berasal dari planet Marikh yang sedang mengalami cuaca yang teruk akibat pemanasan global yang berlaku di planet itu angkara penghuni-penghuninya tidak mengendahkan ekosistem dan alam sekitar mereka. Tidak lama lagi, mereka terpaksa berpindah ke planet lain. Tujuan Nova berhijrah ke bumi adalah untuk mengkaji kehidupan di dunia dengan menjalani kehidupan seperti manusia biasa sebelum membawa kaumnya berhijrah ke bumi.

Dalam pada ketika Nova sedang merentasi portal ke bumi, Aiman telah berkhemah bersendirian di dalam gua diatas bukit yang selalu dikunjunginya. Aiman terkejut dan amat takut melihat Nova yang kelihatan bercahaya bersinar-sinar. Setelah itu Aiman terus lari jauh ke dalam hutan, tetapi malangnya telah terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam dan tidak sedarkan diri. Kaiser, pemburu makhluk asing, berniat untuk membunuh kedua-dua mereka tetapi tidak kesampaian kerana wajah Nova sama seperti bekas kekasih hati Kaiser.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Karina K sebagai Lisa
  • Tyha Sazali sebagai Farah
  • Kamal Faridz sebagai Kaizer
  • A. Galak sebagai Datuk Harun
  • Amyza Aznan sebagai Maimunah
  • Harun Salim Bachik sebagai Tuan Jefri
  • Ruzaidi Abd. Rahman sebagai Mulgazar
  • Zila Bakarin sebagai Permaisuri Marikh
  • Laila nasir

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Cinta Dari Marikh diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions, dengan skrip oleh Panel Viper Studios. Syafiq sendiri turut berlakon dalam drama arahannya. Fattah Amin[2] dan Chacha Maembong[3] masing-masing memegang watak sebagai Aiman, seorang pelajar universiti dan Nova, seorang gadis dari Marikh.

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sentuhan terbaru Syafiq Yusof". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  2. ^ Fattah lebih positif Diarkibkan 2018-04-19 di Wayback Machine Kosmo! (2 Oktober 2014). Diperoleh pada 19 April 2018.
  3. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (27 Januari 2014). Kontroversi tidak bawa kerjaya Chacha Maembong lebih jauh mStar Online. Dicapai pada 19 April 2016.