Teluk Schomburgk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Teluk Schomburgk
Teluk Schomburgk terletak di selatan Pulau Jambongan.
Teluk Schomburgk is located in Bumi
Teluk Schomburgk
Teluk Schomburgk (Bumi)
LokasiDaerah Beluran, Bahagian Sandakan, Sabah, Malaysia
Koordinat6°35′00″N 117°26′00″E / 6.58333°N 117.43333°E / 6.58333; 117.43333
JenisTeluk
Aliran masuk utamaLaut China Selatan
Negara lembanganMalaysia

Teluk Schomburgk (Bahasa Inggeris: Schomburgk Bay) ialah sebuah teluk di pantai utara pulau Borneo. Ia terletak di negeri Sabah di Malaysia dan bersempadan dengan Laut Sulu. Dari segi pentadbiran, ia adalah sebahagian daripada Daerah Beluran di Bahagian Sandakan.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Teluk ini meliputi kawasan seluas kira-kira 100 km2. Pinggir pantai di tanah besar mempuyai hutan paya bakau yang meluas. Pulau Jambongan terletak di sebelah utara teluk ini. Terdapat sebuah laluan air sempit yang tidak sesuai untuk perkapalan disebabkan air cetek menghubungkan Teluk Schomburgk dengan Teluk Paitan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Teluk ini dinamakan sempena Carl Schomburgk, rakan kongsi perniagaan William Clarke Cowie. Cowie mempunyai hubungan perniagaan dengan Sultan Sulu dari 1872 (dia menyeludup senjata melalui sekatan tentera laut Sepanyol untuk Sultan Sulu). William Cowie telah mengasaskan Syarikat Perdagangan Labuan (Labuan Trading Company) dengan Schomburgk dan Ross pada tahun yang sama. Nama Teluk Schomburgk pertama kali ditemui pada peta Borneo Utara British pada tahun 1899 yang diterbitkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Administrative District Boundary and Local Authority Area. In: Census 2010 for Sabah. (PDF; 1.9 MB) Bureau of Statistics, Malaysia, p. 153.
  2. ^ Sailing Directions (Enroute) – Borneo, Java, Sulawesi and NUsa Tenggara. (PDF; 630 kB) United States Navy Publication 163, 2002, Chapter 10 No. 10.67; accessed on February 6, 2012
  3. ^ Views of British North Borneo. North Borneo Chartered Company, London 1899; Teluk Schomburgk di Internet Archive