Bongawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bongawan
Transkripsi lain
Pekan Bongawan
Pekan Bongawan
Etimologi: Burung Bangau
Lokasi Pekan Bongawan dalam daerah Papar
Lokasi Pekan Bongawan dalam daerah Papar
Bongawan is located in Bumi
Bongawan
Bongawan (Bumi)
Koordinat: 5°32′20″N 115°51′17″E / 5.53889°N 115.85472°E / 5.53889; 115.85472Koordinat: 5°32′20″N 115°51′17″E / 5.53889°N 115.85472°E / 5.53889; 115.85472
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat, Sabah
DaerahPapar
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Papar
 • DUNYang Berhormat Dr. Daud Bin Yusof (WARISAN) (Bongawan)
Keluasan
 • Jumlah0.1255 km2 (0.0485 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah253
 Populasi di sekitar Bongawan.
Zon waktuMST
Kod kawasan088
Kawasan KejirananKimanis
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/md.ppr/index.php/ms/

Bongawan yang dikenali sebagai pekan bersejarah merupakan sebuah pekan yang terletak di daerah Papar, Pantai Barat, Sabah, Malaysia. Lokasinya terletak kira-kira 70 kilometer ke selatan ibu negeri Sabah Kota Kinabalu.[1] Majoriti populasi penduduk disini adalah berbangsa Brunei.[1] Bongawan terletak di bawah Parlimen Kimanis dan merupakan salah satu dari stesen utama untuk Jabatan Kereta Api Negeri Sabah.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal-usul Bongawan[sunting | sunting sumber]

Nama Bongawan sdidapati dari dialek masyarakat tempatan merujuk kepada burung bangau yang acap kali kelihatan di sawah padi.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Bongawan masih dibawah pentadbiran daerah Papar dan usaha menaik taraf kawasan Bongawan sebagai sebuah daerah penuh, menjadikan fokus utama wakil rakyat Parti Warisan Sabah (WARISAN) bagi memenuhi hasrat penduduk sejak sekian lama.[3]

Struktur bangunan[sunting | sunting sumber]

Rumah kedai pra-Perang Dunia ke-II di Bongawan.

Pekan Bongawan merupakan salah satu pekan yang mempunyai sumber warisan yang ketara khususnya warisan bina yang masih boleh dilihat pada hari ini.[4] Pekan Bongawan ini memiliki tiga buah deret bangunan rumah kedai lama dan masing-masing rumah kedai dibina pada tempoh masa berbeza.[4] Pembinaan bangunan rumah kedai kayu ini telah dibina sewaktu pendudukan BNBC di Borneo Utara.[4] Deretan rumah kedai yang pertama ini dibina pada tahun 1926 mempunyai enam buah pintu kedai dan bertingkat.[4] Manakala, deretan rumah kedai kayu yang kedua pula telah siap dibina pada tahun 1936 dengan empat buah pintu dan bertingkat.[4] Namun, pihak BNBC pada ketika itu mencadangkan untuk membuat gabungan rumah kedai kayu yang pertama iaitu yang dibina pada tahun 1926 dengan rumah kedai kayu yang dibina pada tahun 1936 untuk menjadi sebaris kedai yang kemudiannya mempunyai sepuluh buah pintu kedai.[5]

Pada tahun 1939, pembinaan blok rumah kedai kayu yang ketiga telah siap dibina.[5] Deretan rumah kedai ini terletak berdekatan dengan pasar lama pekan Bongawan dan ia juga mempunyai lima buah pintu kedai serta mempunyai tingkat atas sebagai rumah kedai.[5] Kesan arsitekstur rumah kedai ini dilihat mirip seakan seni bina rumah kedai era pra-Perang Dunia ke-II. Walau bagaimanapun, selepas semua kota besar telah dihancurkan oleh tentera Jepun dan Tentera Bersekutu menerusi aktiviti pengeboman semasa perang dunia ke-2, tidak banyak lagi rumah kedai berseni reka seperti ini dapat dilihat malah jarang ditemui di Sabah. Sekitar tahun 1950-an, pembinaan rumah kedai yang keempat telah dibina dan siap dibina pada tahun 1957.[5] Bangunan rumah kedai kayu ini juga memiliki lima buah pintu kedai dan mempunyai reka bentuk yang sama seperti rumah kedai kayu yang dibina sebelumnya.[5] Pembinaan rumah kedai yang keempat ini terletak berdekatan dengan taman bunga pada masa kini.[5] Sehingga kini, bangunan blok rumah kedai masih kekal dengan kekal aktiviti perniagaannya. Kebanyakan dari kedai yang ada pada hari ini di Bongawan dan di pekan lama di Sabah adalah hasil binaan semula oleh para peniaga dari kelompok minoriti Cina.

Demografi penduduk[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Bongawan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Bongawan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[6]
Tahun Melayu Brunei Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 91

(Majoriti)

6 46 - 2 105 - - 3 253
2020 (Akan Datang)

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Bongawan pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[6]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 121 132 253

Kawasan tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

  1. Pantai Kenangan
  2. Homestay Kampung Seri Serbang
  3. River Paradise Seri Serbang
  4. Borneo Golf Sunset Bar

Budaya[sunting | sunting sumber]

Tamu[sunting | sunting sumber]

Tamu mingguan Bongawan diadakan setiap hari sabtu iaitu beroperasi dari pagi hingga ke tengah hari.[2] Terdapat pelbagai jenis jualan daripada kampung Hulu yang ramai datang untuk berniaga dan menjadi biasaan penduduk warga Bongawan ke tamu.[2] Sejarah tamu ini di buat sudah lama dan tapak dahulunya telah dipindahkan ke kawasan baru.[2]

GAMBUS BRUNEI

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bongawan town". www.mysabah.com/. 24 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2020. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  2. ^ a b c d "BONGAWAN-MYFREEJOURNAL". www.bongawanmyjournal.com. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  3. ^ Angkun, Khidri (29 Mei 2018). "Usaha naik taraf Bongawan, Kimanis, Membakut". www.bharian.com.my. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  4. ^ a b c d e Richard Nelson, Solkial (2012). Colonial Townships in Sabah: West Coast. Sabah: Sabah: Homeland Publisher Sdn. Bhd.
  5. ^ a b c d e f Elsapaula Anak, Rejim (2019). "Rumah Kedai Bersejarah di Pantai Barat Sabah: Isu Pemeliharaan, Perlindungan dan Alternatif Cadangan". Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 4: 152–160 – melalui (MJ - SSH).
  6. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2012. Dicapai pada 27 Februari 2020.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Bongawan di Wikimedia Commons