Daerah Kalabakan
Kalabakan | |
---|---|
![]() Bulatan ke Pekan Kalabakan | |
Etimologi: Dapat Makan | |
![]() | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Tawau |
Ditubuhkan | 1 Januari 2019 |
Pusat Pentadbiran | Pekan Kalabakan |
Kerajaan | |
• Badan | Pejabat Daerah Kalabakan |
• Pegawai Daerah | En. Rashid bin Abdul Harun |
• MP | Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (UMNO) (Kalabakan) |
Luas | |
• Jumlah | 3,885 km2 (1,500 batu persegi) |
Penduduk (2020[1]) | |
• Jumlah | 48,195 |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
Nombor plat | ST (1980-2018) SW (2019-) |
Daerah Kejiranan | Tawau dan Nabawan |
Laman web | http://www.sabah.gov.my/pd.klbkn/pengenalan.html |
Kalabakan ialah sebuah daerah baharu di Sabah yang terletak di sebelah barat daerah Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer. Buat masa ini, Kalabakan sebagai sebuah daerah penuh dan Kalabakan bakal mempunyai sebuah pekan baharu.
Kegiatan Ekonomi[sunting | sunting sumber]
Pekan Kalabakan mempunyai sebuah kilang milik Kalabakan Plywood Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pengeluar papan lapis utama di Sabah. Masyarakat dan penduduk setempat bergantung kepada kegiatan ekonomi berbentuk pertanian iaitu tanaman jenis kelapa sawit dan tanaman jenis buah-buahan tempatan. Kegiatan perikanan juga amat baik di sini kerana Kalabakan merupakan pengeluar 'Udang Galah' terbesar Daerah Tawau.
Asal Usul Kampung Kalabakan[sunting | sunting sumber]
'Kalabakan' mendapat nama dari perkataan 'kaap ngakan' maksudnya 'dapat makan' yang berasal dari bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal kampung ini. Merupakan kampung tertua di sabah wujud sebelum merdeka lagi. Majoriti penduduk asal di kampung ini adalah suku Tidong dan Murut. Sekarang ini ia diduduki oleh pelbagai bangsa dan suku kaum termasuk Cina, Lundayeh, dan Dusun.
Trivia[sunting | sunting sumber]
- Kalabakan seringkali disalah anggap sebagai sebuah daerah, namun sebenarnya hanya sebuah pekan perkampungan di Daerah Tawau.
Peristiwa Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963 Kalabakan[sunting | sunting sumber]
Kalabakan terkenal dengan peristiwa Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963 yang berlaku pada 29 Disember 1963. Peristiwa ini telah mengorbankan seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963.
Istimewa Kalabakan[sunting | sunting sumber]
Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kalabakan. Salah satunya adalah Tugu Peringatan Konfontasi Malaysia-Indonesia 1963. Selain itu Kalabakan mempunyai tempat peranginan iaitu Air Terjun Batu 9 yang sangat cantik dan indah. Untuk penginapan Kalabakan mempunyai Resort Felda Kalabakan yang menyediakan perkhidmatan yang baik. Sungai Kalabakan juga merupakan sungai yang besar dan panjang di daerah ini. Kampung lama Kalabakan iaitu kampung 'Liasau' merupakan kampung yang tertua di dalam Kalabakan dan mempunyai tapak arkeologi yang boleh di buat kajian. Menurut sumber ada nisan yang terdapat di kawasan ini bertarikh 1400 masihi. Lombong Arang Batu Silimpopon yang wujud dalam 1920 juga terletak di kawasan Kalabakan.