Tenghilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tenghilan
Transkripsi Lain
 • Cina丁基兰
Pekan Tenghilan
Pekan Tenghilan
Etimologi: Pokok Manggilan
Tenghilan yang terletak di Malaysia Timur
Tenghilan
Tenghilan
Koordinat: 6°15′26.4″N 116°20′12.89″E / 6.257333°N 116.3369139°E / 6.257333; 116.3369139Koordinat: 6°15′26.4″N 116°20′12.89″E / 6.257333°N 116.3369139°E / 6.257333; 116.3369139
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahTuaran
Kerajaan
 • BadanPejabat Daerah Kecil Tamparuli dan Majlis Daerah Tuaran
Luas
 • Jumlah4 km2 (2 batu persegi)
Populasi
 (2010)
 • Jumlah203
 Populasi di sekitar pekan Tenghilan sahaja tidak termasuk secara keseluruhan kawasan kampung lain di Tenghilan.
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
89260
Kod kawasan088
Tamu MingguanKhamis

Tenghilan merupakan sebuah pekan kecil dan mukim yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Tamparuli dan terletak di Daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. Kawasan Tenghilan mempunyai sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Kota Belud.[1] Penduduknya dianggarkan kira-kira 203 pada tahun 2010 dengan majoriti daripada etnik Kadazan-Dusun.[2] Jarak antara pekan Tenghilan ke bandar Kota Kinabalu adalah 49 kilometer dan mengambil masa kira-kira 45 minit. Manakala, jarak dari Tuaran ke Pekan Tenghilan ialah 17 kilometer dengan mengambil masa kira-kira 22 minit. Pekan Tenghilan juga mempunyai kawasan seluas kira-kira 400 hektar.[3] dan, Gunung Kinabalu juga kelihatan jelas dan cantik dilihat pada cuaca yang baik dari kawasan Tenghilan.

Pekan Tenghilan mempunyai lapan baris kedai-kedai lama dan dibina pada tahun 1930 oleh British, yang dikatakan telah dibangunkan oleh masyarakat Cina dan sino-Kadazan (Cina + Kadazan). Kebanyakan kedai perniagaan ini diusahakan oleh golongan orang Cina. Sekarang, pekan kecil Tenghilan mempunyai potensi untuk dibangunkan dengan memiliki bangunan kedai baru dengan 9 unit 2 tingkat yang memberikan kemudahan lebih kepada masyarakat di sana.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Pada masa yang lalu, Tenghilan dipercayai bahawa pusat perdagangan dan pemusatan ekonomi bermula di Kampung Pengalan iaitu Sungai Pengalan adalah pusat pengangkutan. Kebanyakan penduduk di sini adalah orang Kadazan Dusun yang menjalankan kegiatan pertanian sebagai aktiviti utama kampung.[4]

Menurut sumber masyarakat yang tinggal di kampung Tenghilan, pekan pertama di Tenghilan terletak di Pengkalan (Pengalan) berhampiran Kampung Bunga sebelum berpindah ke pekan Tenghilan. Pada masa itu, kebanyakan penduduk di Tenghilan adalah agama Kristian. Maka semasa penjajahan British, banyak orang Inggeris datang ke Tenghilan untuk membantu masyarakat yang miskin. Kampung Tenghilan adalah penempatan dengan permukaan tanah rata dan pokok-pokok Manggilan yang tumbuh di sekitar kawasan itu. Oleh itu, pokok Manggilan adalah pokok besar seperti kayu balak dan mempunyai daun besar yang memberikan perlindungan untuk berehat.[4]

Masyarakat Tenghilan telah menjadikan kawasan sekitar pokok Manggilan sebagai tempat untuk aktiviti harian seperti membuat peralatan menangkap ikan (Bubu, Gagan, Siud, Gapas) Nurod (bakul untuk sawah padi), memutarkan tali kerbau yang diperbuat daripada pokok Timbangan. Kemudian, masyarakat juga membuat alat pembajak dikenali sebagai Raradu (diperbuat daripada kayu) dan Surud (diperbuat daripada buluh). Mereka juga membuat Binidang dan Kobog dengan memutar benang (perhiasan Kostum yang digunakan semasa Pesta Kaamatan atau majlis perkahwinan) menjadi sarung, membuat seluar dari tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai Lamba, Parangi, dan Gapas, tenunan Rindiog dan pewarna Rindang dari kulit kayu Penuhu. Aktiviti masyarakat juga menumbuk padi di sekitar pokok Manggilan.[4]

Tangkob adalah tempat penyimpanan padi yang disebut dalam bahasa Dusun dan, Tangkob adalah tinggi sama dengan pinggang dewasa dan besar, diletakkan di bawah pohon Manggilan. Menurut cerita, sebelum penduduk kampung memulakan perjalanan mereka ke Mindahu (ke taman atau kebun), mereka akan mengambil padi dari simpanan padi ini dan mengembalikan biji padi (mereka mesti mengupas dahulu) ke simpanan padi apabila mereka kembali dari Taman/kebun.[4]

Oleh itu, sejak pokok Manggilan sangat akrab dengan kehidupan rakyat di sana, Kampung Tenghilan dicipta atas nama pokok tersebut.[4] Tumbuhan masih wujud hari ini, tetapi malangnya, ia hanya tunggul di mana kebanyakan tunggul terletak di sungai dan ditimbun oleh pasir dan tanah.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sebelum perang Jepun, Tenghilan adalah sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Belud. Selepas perang, Pejabat Daerah Tuaran diberi tanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan pentadbiran di Tenghilan hingga kini.[5]

Struktur Bangunan[sunting | sunting sumber]

Kedai lama Pekan Tenghilan

Pada mulanya, pekan Tenghilan mempunyai satu deret sahaja bangunan rumah kedai kayu yang dibina pada tahun 1930 oleh British.[6] Rumah kedai kayu ini adalah jenis bertingkat iaitu bahagian atas adalah ruangan untuk kediamaan bagi para peniaga manakala ruangan dibawah khas untuk menjalankan urus niaga yang kebanyakan diusahakan oleh golongan cina. Bangunan rumah kedai kayu ini juga mempunyai ruangan kaki lima yang luas untuk meletakkan barangan yang lain untuk berniaga dan juga kawasan untuk pejalan kaki.[6] Struktur bangunan pertama yang dibangunkan diperbuat daripada kayu dengan strukturnya bertangga dan permukaan lantai pula adalah bersimen.[6] Pada tahun 1955, sebuah deret bangunan rumah kedai telah dibina untuk menggantikan bangunan rumah kedai yang lama. Namun kedai lama yang dibina masih utuh dan kuat untuk dijalankan urus niaga sehingga kini. Terdapat juga bangunan baru yang dibina berdekatan dengan tapak kawasan Tamu. Pada tahun 2014, pekan kecil Tenghilan memiliki bangunan kedai baru dengan struktur bangunan konkrit adalah 9 unit 2 tingkat yang memberikan kemudahan lebih kepada masyarakat di sana. Pekan Tenghilan disenaraikan sebagai bangunan rumah kedai bersejarah di Sabah.[7]

Demografi penduduk[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk kawasan pekan Tenghilan[sunting | sunting sumber]

Jumlah populasi penduduk di kawasan pekan Tenghilan mempunyai penduduk seramai 203 pada tahun 2010 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun (Kebanyakannya Dusun Tindal/Dusun Tenghilan).

Berikut merupakan jumlah penduduk di kawasan pekan Tenghilan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;[2]

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 7 149 9 - 19 8 - - 11 203
2020 (Akan Datang)

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Tenghilan pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[2]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 103 100 203

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Dusun adalah majoriti yang dituturkan di Tenghilan. Dialek Dusun Tenghilan unik dan berbeza (Dari segi kata, suku kata, sebutan atau intonasi) berbanding dengan Tuaran, Tamparuli, Kiulu, dan Ranau. Sebagai contoh;

Perbandingan Bahasa[8]
No. Bahasa Melayu English Dusun Biasa Dusun Tenghilan Sama–Bajau
1 Padi Paddy Parai Parey Pahi
2 Pergi Go Mongoi Mongey Pinggo/Pi
3 Kucing Cat Tingau Tungo Kuting

Oleh itu, bahasa Dusun Tenghilan juga menunjukkan identiti sebagai orang berasal dari Tenghilan dan, bahasa Bajau juga digunakan di kawasan Tenghilan.

Mukim Tenghilan[sunting | sunting sumber]

Mukim Tenghilan Terdiri daripada 25 buah kampung iaitu;[9]

  1. Kampung Tenghilan
  2. Kampung Molisau
  3. Kampung Lapai
  4. Kampung Linsuk
  5. Kampung Lapasan
  6. Kampung Rani
  7. Kampung Suromboton
  8. Kampung Napitas
  9. Kampung Kayangat
  10. Kampung Tomboilik
  11. Kampung Monggis
  12. Kampung Tiong Monggis
  13. Kampung Koburon
  14. Kampung Linungkuan
  15. Kampung Gumoron
  16. Kampung Tinuhan
  17. Kampung Tinuhan Laut
  18. Kampung Saradan
  19. Kampung Saradan Laut
  20. Kampung Bunga
  21. Kampung Sambah
  22. Kampung Betutai
  23. Kampung Ladang
  24. Kampung Suang Bangau
  25. Pekan Tenghilan

Kemudahan Awam[sunting | sunting sumber]

Terowong pejalan kaki Tenghilan

Pekan Tenghilan mempunyai kemudahan seperti terowong pejalan kaki dengan jarak kira-kira 18 meter untuk kegunaan masyarakat.[10] Ia juga memberikan faedah kepada penduduk setempat sebagai keperluan harian yang menghubungkan sesuatu tempat ke pekan tersebut.[10] Terowong pejalan kaki dibina lebih dari 20 tahun yang lalu di pekan Tenghilan dan, lebih memudahkan masyarakat melakukan hal-hal seperti pemasaran hasil pertanian.[10] Terowong pejalan kaki juga menyediakan keselamatan kepada orang ramai untuk mengurangkan risiko kemalangan melintasi jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Kota Belud.[10] Usaha projek kumpulan pelajar dari SMK Tenghilan, "menghidupkan semula" terowong pejalan kaki yang terbiar untuk memberi manfaat kepada 32 kampung sekitar.[10]

Batu Seratus Tahun atau dikenali sebagai Batu Bersumpah

Kemudahan ini juga menarik minat orang luar untuk melawat keunikan terowong pejalan kaki di pekan Tenghilan. Seterusnya, Monumen Peringatan Sabah yang telah dibina pada masa yang lalu adalah mercu tanda pekan Tenghilan sebagai daya tarikan pelawat. Monumen Memorial Sabah Tenghilan dikenali sebagai Batu Seratus Tahun atau dikenali sebagai Batu Bersumpah adalah batu yang menunjukkan simbol perjanjian antara dua kumpulan etnik di Tenghilan sebagai tanda keamanan.

Bencana[sunting | sunting sumber]

Banjir[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Januari 2014, banjir besar telah melanda pekan Tenghilan dan melibatkan kawasan Kampung-kampung yang berdekatan seperi Kampung Bunga.[11] Banjir yang berlaku disebabkan hujan tanpa henti dan menyebabkan sistem perparitan di pekan tersebut tidak dapat menampung jumlah air yang banyak. Banjir besar ini menjejaskan jalan perhubungan dari pekan Tenghilan ke beberapa kampung dan Tamu mingguan setiap hari khamis juga terpaksa dibatalkan kerana air banjir telah memenuhi seluruh kawasan tersebut.[11] Ini juga menyukarkan para peniaga untuk menjalankan kegiatan perniagaan di pekan tersebut. Beberapa orang kakitangan Jabatan bomba menggunakan perahu untuk membantu mengangkut pelajar-pelajar sekolah yang terkandas di sekolah rendah dan juga sekolah menengah yang berhampiran dengan pekan Tenghilan.[11]

Kawasan Tarikan Pelancong[sunting | sunting sumber]

Sambah Cruise River[sunting | sunting sumber]

Sambah River Cruise adalah tarikan pelancong yang terletak di Tenghilan (daerah Tuaran). Lawatan ini dinamakan Sambah River Cruise yang berpusat di Kampung Sambah.[12] Pelancong dapat menikmati keindahan alam, makanan, keindahan matahari terbenam dan banyak lagi.

Bukit Ketam[sunting | sunting sumber]

Bukit Ketam adalah tempat pendakian yang terletak di Kampung Lapai, Tenghilan. Kawasan pemandangannya adalah indah dan dapat melihat pemandangan laut dari puncuk bukit tersebut. Jarak dari Kota Kinabalu ke Bukit Ketam Tenghilan adalah kira-kira 52 kilometer. Sementara itu, pekan Tenghilan ke Bukit Ketam Tenghilan adalah 3 kilometer.

Air Terjun Dondomon[sunting | sunting sumber]

Air Terjun Dondomon terletak di Kampung Rani dan merupakan tempat untuk tarikan pelancong dan hanya dengan perjalanan ke Kampung Kayangat, Tenghilan. Seterusnya, anda akan mendengar air mengalir dari jalan yang berdekatan dan menjejaki kayu utama ke tempat itu. Kabus dengan persekitaran semulajadi adalah tempat yang indah untuk para sahabat, pengunjung, dan rekreasi keluarga serta tempat untuk berkelah.

Bukit Merlin @ Bukit Morokoling[sunting | sunting sumber]

Bukit Merlin atau lebih dikenali sebagai Bukit Morokoling merupakan tempat aktiviti pendakian yang terletak di kampung Saradan, Tenghilan. Jarak untuk ke puncak Merlin mengikut jalan RISDA adalah sejauh 7 kilometer manakala jarak dari pekan Tenghilan ke bukit Merlin adalah 5 kilometer. Terdapat dua laluan yang digunakan untuk menuju ke puncak bukit Merlin iaitu laluan dari kawasan Doto dan Salu. Menurut pemandu pendakian, jika mengikut laluan dari kawasan ‘Doto’, banyak pemandangan cantik dapat dilihat dan jika pendaki memilih untuk mengikut jalan singkat yang bermula dari kawasan ‘Salu’, agak sukar menikmati pemandangan yang cantik. Dari puncak Bukit Merlin, keindahan laut dan pantai Lok Nunuk, kawasan Serusop dan Mengkabong dapat dilihat dengan jelas manakala di sebelah belakang pula boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Bukit Merlin dinamakan sempena sebuah kapal laut kepunyaan tentera British yang berlabuh di perairan Kampung Saradan ketika Perang Dunia Pertama yang diketuai kaptennya HM Merlin.[13] kecantikan flora dan fauna di bukit Merlin turut menjadi tarikan kepada pelancong untuk melakukan aktiviti pendakian dan sesuai kepada mereka menggemari sukan lasak untuk melakukan latihan.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Sumber utama pertanian bagi masyarakat kampung di Tenghilan adalah padi, getah, buah-buahan serta penternakan binatang seperti kerbau, kambing, ayam kampung dan juga penternakan ikan air kolam.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Tamu[sunting | sunting sumber]

Papan Tanda Pekan Tenghilan

Setiap pagi Khamis,'Tamu' (pasar terbuka asli) diadakan di pekan Tenghilan.[14] Di Tamu, hasil, makanan laut, minuman tradisional, kraf tangan dan barang-barang lain dari Tenghilan dan kampung sekitarnya dibeli dan dijual. Terdapat juga tumbuhan perubatan di Pasar Tamu Tenghilan seperti Betik, Petai, Ulam raja, Kunyit, Halia, Etlingera (dikenali sebagai Tuhau di Sabah), buah Belimbing dan Peria katak.

Muzik dan Tarian[sunting | sunting sumber]

Linding Tinggidon Mongigol adalah muzik tradisional & tarian daripada etnik Dusun Tindal di Tenghilan yang dipersembahkan oleh kumpulan (Tenghilan Bamboo Sound).[15] Kumpulan Bambu Tenghilan menggunakan alat-alat muzik seperti Bambu Seruling (Suling), Sompoton, dan Bungkau. Nama muzik adalah Linding Tinggidon dan, tarian dinamakan Mongigol atau dipanggil Tigol Kinondi-Kondi Tenghilan. Lagu Jambatan Tamparuli juga turut dimainkan menggunakan alat muzik oleh kumpulan daripada Tenghilan Bamboo Sound.

Mitatabang[sunting | sunting sumber]

Mitatabang adalah budaya masyarakat seperti di Kampung Molisau Tenghilan yang dikenali sebagai "Gotong-Royong" atau membantu satu sama lain/kerjasama dan, aktiviti Mitatabang ini dilakukan secara kerja giliran.[16] Terdapat dua persatuan melakukan aktiviti Mitatabang, iaitu persatuan KDCA dan persatuan MASA (Persatuan Koisaan Piombolutan Molisau-Saradan). Amalan budaya Mitababang mesti dikekalkan supaya dapat diteruskan oleh penduduk kampung daripada tradisi dan ajaran nenek moyang.

Budaya Mitatabang mempunyai banyak faedah kepada masyarakat seperti;[17]

  1. Meningkatkan ikatan hubungan antara masyarakat di kampung.
  2. Menggalakkan dan menarik minat masyarakat untuk menyertai aktiviti Mitatabang, terutama golongan belia.
  3. Untuk mendidik dan mendapatkan pengalaman untuk belia bagaimana untuk bekerja di sawah padi dan sebagainya.
  4. Untuk mempromosikan budaya aktiviti Mitatabang di luar budaya, terutama bagi pengunjung.
  5. Membantu masyarakat dengan memberikan sumbangan alat seperti cangkul,gergaji rantai, pemotong rumput, kereta sorong, kanopi, dan kemudahan lain.
  6. Mempunyai mesyuarat komuniti dengan membuat acara majlis dan membincangkan beberapa masalah di kampung.
  7. Untuk mengambil bahagian secara aktif dalam persatuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dengan membina beberapa kemudahan dan sebagainya.
  8. Ia boleh menjimatkan masa dan kos dengan melakukan projek-projek berkaitan aktiviti pertanian dan lain-lain di kampung.

Mitatabang juga dapat dilihat di kampung lain di Tenghilan, seperti Kampung Rani. Mitatabang dianjurkan oleh Koisaan, sebuah NGO di kampung itu sendiri. Mereka menjalankan aktiviti untuk faedah komuniti seperti; penuaian padi, perancangan perkahwinan & persediaan, pengebumian, dan beberapa program gereja. Seterusnya, mereka juga menjalankan projek kemapanan alam sekitar seperti pembersihan sungai, kempen sampah kosong di sepanjang jalan Turug Burilakon Rani.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tenghilan". tenghilan.wikimapia.org. Dicapai pada 7 Februari 2020.
  2. ^ a b c "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012.
  3. ^ Lee Suan, Chong (2016). "Surviving Dusun Tindal Musical Philosophy in Kampung Tinuhan, Tenghilan" (PDF). Australian Journal of Basic and Applied Sciences. 10: 254–259 – melalui (AJB - AS).
  4. ^ a b c d e f "Tenghilan ketika dahulu -Sabah siri 3". anjunglarik. 23 Jun 2008. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  5. ^ I. H. N, Evans (1953). The Religion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo. Cambridge: Evans. m/s. 3.
  6. ^ a b c Elsapaula Anak, Rejim (2019). "Rumah Kedai Bersejarah di Pantai Barat Sabah: Isu Pemeliharaan, Perlindungan dan Alternatif Cadangan". Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities. 4: 152–160 – melalui (MJ - SSH).
  7. ^ Richard Nelson, Solkial (2012). Colonial Townships in Sabah: West Coast. Sabah: Sabah: Homeland Publisher Sdn. Bhd.
  8. ^ "Bahasa Dusun Tenghilan". web.facebook.com/sayadarisabah. 27 September 2019. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  9. ^ Rosliah, Kiting (2016). Peranan Pendidikan Talaala Dan Cadanagan Cara Mewariskannya Dalam Masyarakat KadazanDusun (PDF) (PhD). Universiti Malaysia Sabah. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  10. ^ a b c d e Suzianah, Jiffar (27 Februari 2016). "Terowong pejalan kaki terbiar 'hidup' semula". bharian.com.my. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  11. ^ a b c Ajin Bin, Gagah (16 Januari 2014). "Banjir Mencipta Sejarah Baru Di Tenghilan". ajinbgagah.blogspot.com/. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  12. ^ "Sunset, Fireflies, Sambah River Cruise". MySabah.com. 12 September 2017. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  13. ^ Joanes Robert, Johnny (7 Januari 2017). "40 ahli keluarga gabungan Gadung Ganshaah adakan aktiviti mendaki Bukit Merlin". www.newsabahtimes.com.my. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  14. ^ "Things to do Tamu (Weekly Market) in Sabah". sabahtourism.com. 15 Mei 2018. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  15. ^ "Dusunology - Mongigol Tenghilan". Dusunology. 1 April 2018. Dicapai pada 5 Januari 2020.
  16. ^ "Suasana sebenar di kampung kami". kampungmolisautenghilan.blogspot.com. 30 Julai 2010. Dicapai pada 18 Disember 2019.
  17. ^ "Sambutan Perayaan Kampung Molisau Tenghilan 2015". kampungmolisautenghilan.blogspot.com. 29 Jun 2015. Dicapai pada 20 Januari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Tenghilan di Wikimedia Commons

Saluran Tenghilan Di Hatiku - Sungai Dondomon di YouTube