Kundasang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kundasang
Kundasang Sabah Kundasang-Town-01.jpg
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahRanau
Kerajaan
 • DUNYang Berhormat Datuk Dr. Joachim Gunsalam (GRS-PBS) (kundasang) Gabungan Rakyat Sabah
Tamu MingguanJumaat

Kundasang atau kadangkala dikenali sebagai Pekan Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu dan berjiran dengan Pekan Nabalu.[1] Ia terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang.

Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang.

Kaum dan Etnik[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk Kundasang adalah terdiri daripada suku kaum Dusun, Sungai, Bajau, Melayu, Cina, namun terdapat juga sebilangan daripada pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor, Jawa, yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi menggerakkan ekonomi di sekitar Kundasang, terutamanya di dalam sektor pertanian. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang juga menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay bagi memberi keselesaan kepada pelancong.

Memorial Perang Kundasang merupakan salah satu tarikan di Kundasang

Pecahan kampung[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa buah pecahan kecil kampung yang terdapat di Kundasang di antaranya ;

  • Pekan Kundasang
  • Lembah Permai
  • Cinta Mata
  • Kouluan
  • Masilou
  • Menteki
  • Bambangan
  • Desa Aman
  • Kinasaraban
  • Bundu Tuhan
  • Dumpiring
  • Desa Sunyi (Kundasang Lama)
  • Mohimboyon
  • Nosorob
  • Pinousok
  • Giman
  • Sinisian
  • Keranaan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kundasang after Pekan Nabalu by Sabah Tourism". Sabah Tourism. 2022.