Pergi ke kandungan

Pengangkutan rel di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KA Argo Parahyangan (cropped)

Pengangkutan rel di Indonesia adalah satu daripada pengangkutan di Indonesia.

Sebahagian besar dari pengangkutan rel ini terdapat di pulau Jawa. Di pulau ini ada dua aliran utama yang meliputi seluruh pulau ini termasuklah beberapa aliran kecil. PT Kereta Api Indonesia adalah syarikat negara yang menjalankan operasi keretapi di Indonesia. Selain itu, terdapat juga keretapi komuter yang terdapat di daerah sekitar Jakarta dan Surabaya.Indonesia berhasrat untuk memperluas rangkaian kereta api nasional kepada 10,524 kilometer menjelang 2030. Sehingga September 2022, rangkaian ini merangkumi 7,032 km.[1]

Daerah lain yang memiliki jalur kereta api adalah dua bahagian di Sumatra. Satu yang terletak di sekitar Medan dan yang lain terdapat di daerah selatan pulau Sumatera.

Landasan kereta api Indonesia terutamanya dikendalikan oleh Kereta Api Indonesia (KAI) milik negara, anak syarikat komuternya KAI Commuter, dan anak syarikat perhubungan kereta api lapangan terbang KAI Bandara. Sebahagian besar infrastruktur kereta api dimiliki oleh Direktorat Jenderal Perkeretaapian Kementerian Perhubungan, dan syarikat kereta api membayar yuran "caj akses landasan" untuk menggunakan landasan kereta api.[2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. "Indonesia looking to extend railway network by 2030". New Straits Times. Dicapai pada 10 November 2022.
  2. "Peraturan Menteri Perhubungan Republik Indonesia tentang Petunjuk Pelaksanaan Jenis dan Tarif atas Jenis Penerimaan Negara Bukan Pajak yang Berlaku pada Direktorat Jenderal Perkeretaapian" [The Ministry of Transportation Regulation on Instructions for Implementing Types and Rates of Non-Tax State Revenues Applicable to the Directorate General of Railways]. Article 10, Act No. PM 84  2016 (dalam bahasa Indonesia).