Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta
كريتا اڤي لاڤڠن تربڠ سوكارنو–هتتا
Jakarta KRL A.svg
Perubahan Logo pada KA Bandara Soekarno-Hatta di Stasiun Manggarai.jpg
Kereta api KRL siri EA-203 di stesen Manggarai
Umum
Nama asalKereta Api Bandara Soekarno–Hatta
JenisKereta api ekspres dan komuter
SistemKereta api lapangan terbang
StatusBeroperasi
LokasiJabodetabek, Indonesia
TerminalSHIA
Manggarai
Stesen5
Penumpang1.5 juta (tahunan, 2018)[1]
Warna pada peta     Biru tua
Laman sesawangwww.railink.co.id
Operasi
Dibuka
  • 26 Disember 2017 (2017-12-26) (Aliran SHIA–BNI City)
  • 19 Jun 2018 (2018-06-19) (Aliran SHIA–Bekasi)
  • 8 September 2019 (2019-09-08) (Aliran SHIA–Manggarai)
Pemilik
PengendaliPT Railink[a]
CiriBertingkat dan searas tanah
DepotManggarai (MRI)
Stok kereta api10 set kereta api enam gerabak siri EA203
Teknikal
Panjang aliran54.3 km (33.7 bt)
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
Pengelektrikan1,500 V DC talian atas
Kelajuan operasi60-80 km/jam

Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta[b] merupakan perkhidmatan kereta api penghubung lapangan terbang yang menghubungkan kawasan bandar raya Jakarta (Jabodetabek) dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta (SHIA). Khidmat ini dibina bagi memendekkan masa perjalanan kerana jalan raya yang menghubungkan dua kawasan tersebut sering terkesan dengan kesesakan lalu lintas.[3]

Buat masa kini, perkhidmatannya beroperasi di antara SHIA dengan stesen Manggarai di Jakarta Selatan.[4] Kereta Api Lapangan Terbang Soekarno–Hatta merupakan penghubung kereta api kedua di Indonesia selepas Kereta Api Lapangan Terbang Kualanamu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Gagasan untuk membangunkan sistem kereta api kereta api dilaporkan bermula pada 1990-an. Walau bagaimanapun, rancangan tersebut diperkukuh secara rasmi hanya pada 2011 melalui Keputusan Presiden Nombor 83 Tahun 2011 yang menugaskan PT Angkasa Pura II dan PT Kereta Api Indonesia untuk bersama-sama melaksanakan projek tersebut. Projek itu mengalami halangan disebabkan oleh pertikaian pemilikan tanah untuk pembinaan landasan baharu dan perubahan rancangan yang berpanjangan. Perkhidmatan kereta api di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta (SHIA) dan BNI City dibuka pada 26 Disember 2017 dan dirasmikan pada 2 Januari 2018.[5] Khidmat tersebut kemudiannya dilanjutkan hingga ke Manggarai pada 5 September 2019.[6]

Pada awalnya, rancangan projek kereta api ini hanya untuk menyambungkan stesen Manggarai di Jakarta Selatan dan SHIA di Tangerang. Pelanjutan rangkaian untuk menyambungkan stesen Jakarta Kota di Jakarta Barat telah diumumkan pada tahun 2017,[7][8] tetapi tidak beroperasi setakat Mac 2019. Pelan pelanjutan itu bagi memberi khidmat Jakarta Kota melalui Kampung Bandan dan Duri pada landasan sedia ada.

Stesen[sunting | sunting sumber]

Kod stesen Nama stesen Sambungan antaramod pengangkutan Lokasi Catatan
A01 Manggarai
Jakarta Selatan DKI Jakarta [c][d]
A02 BNI City
Sudirman Baru
Jakarta Pusat [e]
A03 Duri
Jakarta Barat
Sempadan provinsi DKI JakartaBanten
A04 Batuceper
Tangerang Banten
A05 Lapangan Terbang Soekarno–Hatta
Bandara Soekarno–Hatta
[c]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menjalankan perniagaan sebagai KAI Bandara.
  2. ^ Dikenali dalam bahasa Indonesia sebagai Kereta Api Bandara Soekarno–Hatta[2] atau Lin KAI Bandara Soekarno–Hatta.
  3. ^ a b Stesen terakhir rangkaian kereta api lapangan terbang.
  4. ^ Sambungan dengan perkhidmatan bas Transjakarta dari hentian Manggarai.
  5. ^ Sambungan dengan Laluan Lingkaran Cikarang dari stesen Sudirman dan Laluan MRT Utara–Selatan dari stesen Dukuh Atas manakala sambungan dengan perkhidmatan bas Transjakarta dari hentian Dukuh Atas 1.
  6. ^ Dikenali dalam bahasa Indonesia sebagai Kalayang Bandara Soekarno–Hatta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rully Ramli (10 Januari 2019). "KA Bandara Soetta Sepi Penumpang, Ini Alasan KAI". okezone.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 22 Januari 2019.
  2. ^ "Profil Railink". railink.co.id (dalam bahasa Indonesia). KAI Bandara. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  3. ^ Abror Fauzi; Septian Agam. "Kereta Bandara Resmi Beroperasi". Indonesiabaik.id (dalam bahasa Indonesia). Indonesiabaik. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2018. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  4. ^ "Rute Kereta Bandara Terbaru, Catat Jadwal dan Tarifnya" (dalam bahasa Indonesia). Infootomotif. 5 Januari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  5. ^ Anggita Muslimah Maulidya Prahara Senja (2 Januari 2018). I Made Asdhiana (penyunting). "Ini Panduan ke Bandara Soekarno-Hatta Naik Kereta Bandara". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2018. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  6. ^ Nina A. Loasana (7 Oktober 2019). "Passengers welcome airport train's new Manggarai stop for improving accessibility". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2019. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  7. ^ "Airport train to start operating in November". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 30 Ogos 2017.
  8. ^ Farida Susanty (9 Jun 2017). "Airport railway operation to be postponed". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2017. Dicapai pada 30 Ogos 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]