Sekolah Kebangsaan Felda Selasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Sekolah Kebangsaan Felda Selasih

Skfs lencana.jpg

Lencana Sekolah Kebangsaan Felda Selasih

Klasifikasi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Singkatan SKFS
Moto Berilmu, Beramal, dan Berjasa
Slogan "SKFS Juara"
Visi Sekolah Kebangsaan Felda Selasih cemerlang di Dun Jabi menjelang 2015 dan cemerlang di Besut menjelang 2020.
Misi Kami warga SKFS komited memastikan semua murid dapat membina sahsiah dan disiplin terpuji di dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pentadbiran yang telus dibantu komuniti yang erat.
Kod Sekolah TBA0067
Gred Sekolah A
Pengetua A. Razak B Haji Rashid[1] A Razak Haji Rashid
Guru PK1 Ibrahim B Ali [1]
Guru PK HEM Mohamed B Ismail [1]
Guru PK KoKu Rumlah Bt Sharif[1]

Rumlah Bt Sharif

Tahun Rasmi 4 Januari 1984[2]
Alamat 22020,Jerteh,
Terengganu Darul Iman,
 Malaysia
Telefon 6096978167
Faksimili 6096978168
Facebook Sekolah Kebangsaan Felda SelasihSekolah Kebangsaan Felda Selasih
Laman Web http://skfeldaselasih.blogspot.com/
E-mail skfs.ppdbesut@gmail.com
Sessi Pagi
Lokasi Wikimapia
GoogleMap
Cikgu Net
x






























































Pagar SKFS.
Pintu Utama SKSF

Sekolah Kebangsaan (Felda) Selasih (SKSF) merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Felda Selasih, Jerteh, Terengganu, Malaysia.

Tiga blok bangunan baru telah mula dibina pada 10 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 30 Januari 2011. Blok baru ini akan menempaatkan semua prasara SKFS. Malangnya sehingga hujung tahun 2011, blok baru ini masih belum dapat diduduki kerana kontraktor gagal menyiapkankannya.

Pada 2011, SKFS memiliki 50 orang pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 110[1] orang. Ia mempunyai seramai 19[1] orang guru.

Kedudukan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Felda Selasih.
Simpang masuk ke Felda Selasih

Kedudukannya terletak di perkampungan Felda Selasih,22020 Jerteh, Terengganu.Sekolah ini terletak dalam mukim Jabi di daerah Besut dan kawasan parlimen P31 Setiu.



Felda Selasih.
Peta kampung Felda Selasih dan lokasi SKFS

Sekolah ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Jerteh dan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit bagi perjalanan menaiki kereta menghala ke Kuala Terengganu.Sebelum sampai ke sekolah ini, terdapat papan tanda Kampung Tok Dor di sebelah kiri manakala papan tanda Institut Latihan Pertanian Besut di sebelah kanan.Dalam jarak kira-kira 100 meter di hadapan terdapat satu simpang yang yang menuju ke Perkampungan Felda Selasih yang terletak di sebelah kanan jalan bersebelahan dengan Institut Latihan Pertanian Besut.

Sekolah Kebangsaan Felda Selasih akan dapat ditemui kira-kira 2 kilometer dari simpang tersebut. Bagi perjalan dari Kuala Terengganu ke Jerteh pula, kira-kira 100 kilometer perjalanan. Terdapat papan tanda Kampung Tok Dor di sebelah kiri dan Masjid Tok Dor di sebelah kanan yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Tok Dor, kira-kira 100 meter di hadapan iaitu di sebelah kiri,terdapat satu simpang yang menuju ke Perkampungan Felda Selasih.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Selasih (SKFS) telah ditubuhkan pada tanggal 4 Januari 1984[2] . Peringkat awal persekolahan jumlah murid hanyalah seramai 33 orang murid sahaja yang terdiri daripada tahun 1,2,3 dan 4. Manakala tenaga pengajar hanya 4 orang, Encik Zainal Bin Ahmad sebagai Guru Besar yang pertama.Pada peringkat awal, bagunan sekolah yang digunakan adalah ihsan daripada pihak pengurusan Felda Selasih. Murid-murid ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat dan rumah-rumah peneroka yang belum diduduki.

Dalam tahun 1985 kerajaan telah meluluskan tapak pembinaan baru (kekal) untuk SKFS seluas 1.8 hektar di perkampungan Felda Selasih. Di awal tahun 1986, SKFS memulakan sesi pengajaran di bangunan barunya. Pada awal tahun 1993,ekoran daripada pertambahan jumlah murid, Jabatan Pendidikan Terengganu telah meluluskan bangunan sebanyak 3 bilik lagi. Kini, sesi pengajaran dan pembelajaran di SKFS dapat berjalan dengan baik berikutan terdapat kemudahan bekalan elektrik dan air disamping keperluan pasarana yang cukup.



Berikut adalah sejarah Guru Besar yang pernah berkhidmat di SKFS:

  • A Razak B Hj Rashid ( Julai 2011 --> sekarang )
  • Che Awin B Hasan ( Januari 2011 --> Julai 2011 )
  • Che Zaharah Bt Che Teh ( Ogos 2008 --> Januari 2011 )

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pagar SKFS.
Lencana SKSF

Obor membakar buku melambangkan matlamat sekolah, melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Jangka melambangkan Sains dan teknologi menjadi asas kemajuan sesebuah negara.

Tahun 1984 melambangkan tahun sekolah mula beroperasi.

Warna Hijau dibelakang perkataan SEK. KEB. FELDA SELASIH melambangkan agama Islam agama rasmi negara yang dianuti oleh seluruh murid dan guru SKFS

Warna Merah Bata melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar dan guru menghadapi cabaran.

Lambang Atom sesuai sebagai tugas sebagai seorang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu, mengamalkan apa yang dipelajari dan seterusnya menabur bakti untuk masyarakat dan negara.

Warna Biru dibelakang perkataan BERILMU, BERAMAL, BERJASA melambangkan ketenangan yang perlu ada dalam diri induvidu dalam menghadapi apa jua keadaan.

Bendera Sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna Oren melambangkan kawasan persekitaran sekolah dikelilingi oleh tanah felda

Warna Hijau melambangkan kesuburan dan masyarakat setempat yang berpengan teguh kepada ajaran islam.

Warna Biru melambangkan kemakmuran dan kerohanian hidup masyarakat setempat disamping interaksi yang sihat antara guru dengan guru,guru dengan pekerja,guru dengan murid dan ibu-bapa dengan guru.

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan lagu rasmi[1] SKFS yang dinyanyikan semasa majlis rasmi selepas menyayikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Felda Selasih
Sekolah Felda Selasih,
Sungguh harum namamu,
Mendidik kami menjadi insan,
Menuju puncak gemilang.


Terkenal semangatnya
Berusaha ke arah jaya,
Memancu minda menuju wawasan,
Menjadi warga cemerlang,


Berilmu beramal berjasa,
Panduan moto ke arah jaya,
Bersatu tenaga bekerjasama,
Demi sekolah yang tercinta.


Sekolah Felda Selasih,
Sungguh harum namamu,
Mendidik kami menjadi insan,
Menuju…puncak…gemilang….

SKFS Dalam Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Felda Selasih.
Bilik darjah sementara
Felda Selasih.
Blok baru
Felda Selasih.
Papan JKR pada Bulan Julai 2011
Felda Selasih.
Bilik guru baru
Felda Selasih.
Blok baru
Felda Selasih.
Blok baru dan Parkir

SKFS telah mendapat 3 bangunan blok baru yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk dibangunkan. Blok baru dibangunkan diatas tapak surau dan bangunan lama satu tingkat yang menempatkan beberapa bilik darjah, bilik pusat sumber dan perpustakaan. Kesemua bilik guru sementara, perpustakaan sementara dan pusat sumber sementara telah dipindah ke blok sebelah yang menempatkan beberapa bilik darjah. Kesemua bilik darjah pelajar ditempatkan di bilik darjah sementara yang dibangunkan.

Bangunan untuk pra-sekolah juga terpaksa dipindahkan kerana bangunannya berada didalam kawasan pembinaan namun tidak dirobohkan. Bangunan ini akan meneruskan operasi setelah kerja-kerja pembinaan blok baru selesai. Hanya makmal komputer dan kantin yang masih ditempat asal. Blok baru akan menempatkan kesemua bilik darjah untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Blok baru juga akan menempatkan kesemua prasarana sekolah yang terkini seperti bilik guru berhawa dingin, pusat sumber, perpustakaan dan bilik mesyuarat berhawa dingin, bilik sains, bilik sukan, bilik persalinan, surau, pejabat, dan dewan perhimpunan. Pembinaan bermula pada 10 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 30 Januari 2011. Akan tetapi kontraktor yang dilantik Kerajaan Malaysia iaitu Tenang Selalu Construction SDN. BHD. gagal untuk menyiapkan mengikut masa dan tertangguh sehingga akhir tahun 2011.

Guru dan Kakitangan SKFS 2011.[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai guru-guru dan kakitangan SKFS[1] pada tahun 2011

Bil Nama Guru / Kakitangan Jawatan
1 A. Razak B Haji Rashid fb GB
2 Ibrahim b Ali GPK 1
3 Mohamad bin Ismail GPK 2
4 Rumlah bt. Sharif fb GPK KK
5 Alim bin Snow fb GP
6 Helmee Hafizan b Hussain GP
7 Mohd Afezul b Abd Rahman fb GP
8 Muhd Razimi Abdul Rahman GP
9 Mohd Junid Zaki b Nawi fb GP
10 Ramlah bt Ahmad GP
11 Sabri b Awang Hamat fb GP
12 Norsalwati bt Wahab fb GP
13 Razimi GJQAF
14 Wan Roni b Zahari GP
15 Zahidan b Deraman fb GP
16 Zainal b Abd Majid fb GP
17 Ahmad Huzaifah Shamsuddin fb GJQAF
18 Roslida bt Ahmad fb GP
19 Rohana bt Ramli fb GP
20 Fadzilah bt Mohamad fb PT
21 Mohd Alimi b Mohd Zain fb EIO
22 Zulkifli b Busu PAR
23 Che Ahmad b Che Will PRA
24 Suhaimi b Hussin PRA

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]


Bilangan Murid 2011[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah bilangan murid[1] mengikut kelas pada tahun 2011.

Bilangan Nama Kelas Lelaki Perempuan Jumlah
1 0 Pra 8 14 22
2 1 Melati 4 7 11
3 2 Melati 8 5 13
4 3 Melati 3 5 8
5 4 Melati 10 9 19
6 5 Melati 8 7 15
7 6 Melati 9 13 22
Jumlah 50 60 110

Kurikulum SKFS[sunting | sunting sumber]


Guru Kelas Tahun 2011
Berikut adalah senarai guru kelas pada tahun 2011.

Tahun Guru Kelas
Tahun 1 Rohana bt Ramli
Tahun 2 Alim b Snow
Tahun 3 Roslida bt Ahmad
Tahun 4 Siti Ruzaimah bt Ahmad Mantor
Tahun 5 Sukimah Yaacob (berpindah)
Tahun 6 Mohd Afezul b Ab. Rahman
Pra- Sekolah Zainal b Abd Majid
Pemulihan/penderas Mohamad Junid Zaki b Mohamed Nawi

Ko-Kurikulum SKFS[sunting | sunting sumber]

Badan Beruniform

Perkemahan Perdana Unit Beruniform 2011
Perkemahan Perdana Unit Beruniform SKFS 2011

Rasional
Melahirkan hubungan mesra diantara murid dan guru sebagai program sokongan kepada kurikulum ke arah kecemerlangan pendidikan yang seimbang.

Objektif

  • Memberi peluang kepada murid berdikari dalam aktiviti perkhemahan.
  • Memberi galakan dan dorongan supaya murid berdikari dan dapat menyumbangkan bakat mereka dengan berkesan.
  • Memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat dan minat mereka.

Sasaran
Murud-murid tahun 3, 4, 5 dan 6

Aktiviti
Memandangkan jumlah murid yang tidak ramai, SKFS hanya mempunyai 2 unit badan beruniform, iaitu Pengakap dan Puteri Islam. Pada bulan September 2011, Badan beruniform ini telah menyertai perkemahan perdana yang diadakan di kawasan sekolah. Semua murid-murid dari Tahun 4 hingga tahun 6 telah menyertainya.

Sukan dan Permainan

Rasional
Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian dalam sukan dan permainan disamping dapat mengembangkan bakat murid.

Objektif

  • Mendedahkan murid kepada aktiviti yang berfaedah.
  • Memberi galakan dan dorongan supaya murid berdikari dan dapat menyumbangkan bakat mereka dengan berkesan.
  • Memperkembangkan bakat dan minat pelajar.
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat.


Rumah Sukan

  • Rumah Kuning
  • Rumah Biru
  • Rumah Merah
  • Rumah Hijau



Permainan

  • BOLA SEPAK
  • BOLA BALING
  • BOLA TAMPAR
  • HOKI
  • OLAHRAGA
  • TAKRAW
  • BOLA JARING
  • CATUR
  • BADMINTON



Kelab dan Persatuan

Rasional
Dapat memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan permainan dan memperkembangkan bakat.

Objektif

  • Memberi peluang kepada murid berdikari dalam aktiviti perkhemahan.
  • Memberi galakan dan dorongan supaya murid berdikari dan dapat menyumbangkan bakat mereka dengan berkesan.
  • Dapat memperkembangkan bakat dan minat pelajar.


Sasaran
Murid tahun 3, 4, 5 dan 6.
Kelab-Kelab

  • BAHASA MELAYU
  • BAHASA INGGERIS
  • AGAMA ISLAM
  • SAINS & MATEMATIK
  • KOMPUTER

Pencapaian SKFS[sunting | sunting sumber]

  1. Akademik
  • 5 orang pelajar mendapat 5A dalam pencapaian UPSR tahun 2011 dari 22 orang calon.[perlu rujukan]
  1. Olahraga

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "5. Buku Panduan Tugas Guru 2011 SKFS". Sekolah Kebangsaan Felda Selasih. 
  2. ^ a b "5. Buku Sejarah SKFS". Sekolah Kebangsaan Felda Selasih.  Teks "http://skfeldaselasih.blogspot.com/ " diabaikan (bantuan);