Sekolah Kebangsaan Kijal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekolah Kebangsaan Kijal atau lebih dikenali sebagai Sekolah Melayu pada ketika itu telah dibina tahun 1926 bertempat di Kampung Tengah, Kijal. Bangunan sekolah ini telah didirikan dengan kerjasama penduduk Kampung Kijal dan dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kemasik, Dato’ Sangsurang bersama-sama Guru Kumpulan Timur Kemaman atau lebih dikenali sebagai Pegawai Pendidikan Daerah. Semasa sekolah dibuka, bilangan muridnya ialah seramai 61 orang dan semuanya lelaki serta mempunyai seorang guru iaitu Encik Abd Rahman bin Abd Hamid. Pada tahun 1930, Sekolah Melayu Kijal ini telah berpindah ke Kampung Ibai, Kijal hingga sekarang. Jarak sekolah dari pusat pentadbiran Daerah Chukai, Kemaman ialah 21 km dan dari pusat pentadbiran Negeri Terengganu ialah 137 km.Pada zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini pernah dijadikan tempat berehat tentera Jepun sebelum meneruskan perjalanan ke Selatan Tanah Melayu. Bangunan separuh kekal telah didirikan oleh Pejabat Pelajaran Terengganu yang hanya berasaskan kayu, beratapkan nipah dan berukuran 60 kaki x 22.5 kaki. Pada tahun 1957 iaitu bersamaanTanah Melayu mencapai kemerdekaan, Pejabat Pelajaran Terengganu telah mendirikan sebuah lagi bangunan tambahan yang berukuran 90 kaki x 22.5 kaki dan mengandungi 3 bilik darjah. Bangunan tersebut berlantai simen, berdindingkan papan serta beratapkan bata dan terletak berhampiran rumah guru. Memandangkan bilangan murid telah bertambah dari setahun ke setahun, menjelang akhir tahun 1957 sebuah lagi bangunan baru telah didirikan oleh Pejabat Pelajaran Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Masyarakat Tanah Melayu. Bangunan yang baru dibina ini adalah berasaskan batu penuhnya dan berukuran 225 kaki x 22.5 kaki dan mengandungi 6 bilik darjah, satu ruang pejabat dan Bilik Guru Besar, satu Bilik Guru, satu Bilik SRT, satu Bilik Stor, dan 7 buah tandas yang dibina berasingan. Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh Menteri Muda Pelajaran Tanah Melayu iaitu Yang Berhormat Kapten Abdul Hamid Khan pada 11 April 1960. Pada tahun 1979, Kementerian Pelajaran Tanah Melayu iaitu Yang Berhormat Kapten Abdul Hamid Khan pada 11 April 1960. Pada tahun 1979, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendirikan bangunan tambahan terdiri daripada 2 unit rumah guru, sebuah kantin yang berukuran 30 kaki x 60 kaki dan sebuah bangunan 2 tingkat berukuran 110 kaki x 23 kaki yang mengandungi 3 bilik darjah, satu bilik perpustakaan, satu ruang pejabat dan Bilik Guru Besar, sebuah stor dan 2 buah tandas. Pembinaan bangunan baru ini telah menelan belanja sebanyak RM141,000.00 dan mula digunakan pada 4 Januari 1981, untuk meringankan beban ibu-bapa, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina sebuah Asrama Desa yang dilengkapi dengan kemudahan asas termasuklah sebuah dewan makan dan 2 buah tandas dan mula digunakan pada Mac 1995. Makmal komputer siap dibina dan digunakan pada tahun 2005. Bangunan D dan Esetinggi 3 tingkat dibina pada tahun 1998 dan siap digunakan pada tahun 2001. Bilik guru telah dipindahkan ke tingkat bawah Blok A, manakala pejabat terletak pada aras 1 di blok yang sama pada tahun 2004. Bilik guru yang asal telah dijadikan dewan besar dan dinaik taraf pada tahun 2005. Surau lama yang terletak di kawasan rumah guru telah dirobohkan untuk membina bangunan asrama baru.Bagi menggantikannya Surau baru bernilai lebih kurang RM50 K dibina hasil sumbangan orang ramai dan sumbangan guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kijal, PIBG dan Pejabat Agama Daerah Kemaman .Lokasinyaterletak di antara blok A dan blok B,. Kerja-kerja pembinaan surau ini diketuai oleh Cikgu Ismail bin Muda iaitu Guru Penolong Kanan 1 pada masa itu. Surau ini telah digunakan secara rasmi pada 2008. Bangunan Asrama baru yang bina di tapak rumah Guru sebanyak 3 bangunan yang terdiri daripada Asrama Putera dan Puteri serta dewan makan pada tahun 18.2.2008 dan mula digunakan sejak 16 Januari 2011 yang mampu menampung seramai 50 pelajar perempuan dan 50 pelajar lelaki.Melalui Transformasi Asrama 2013 – 2020 ,semua asrama desa diwartakan sebagai Sekolah Asrama Harian. Pada 21 Jun 1990, sekolah ini telah dilawati oleh Yang Berhormat Encik Anwar bin Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini disamping beramah mesra dengan ibu bapa. Sekolah ini telah mengalami detik-detik kegemilangan dalam bidang Kokurikulum antaranya telah menjadi Johan Bola Sepak Jajahan Kemaman pada tahun 1960, Naib Johan Negeri Terengganu dalam Pertandingan Sepak Raga Jaring pada tahun 1960, dan Johan Peraduan Senaman pada tahun 1974. Manakala pada tahun 1990, sekolah ini telah menjuarai Pertandingan Gimrama peringkat Negeri Terengganu. Dalam bidang Hoki pula, sekolah ini tiada tolak bandingnya apabila telah menjuarai Hoki Peringkat Negeri Terengganu selama 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1995, 1996, dan 1997. Kejuaraan yang paling manis dicapai ialah ketika pada tahun 1997 apabila telah menjadi Johan MSSM Hoki Lelaki yang dilangsungkan di Kuantan, Pahang. Dalam bidang Akademik pula, ramai antara bekas muridnya telah berjaya ke menara gading dan menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta. Kini, sekolah ini telah mempunyai bangunan yang tersergam indah dan dapat menampung murid seramai lebih kurang 900 dan 80 orang guru serta kakitangan sokongan. Semoga Sekolah Kebangsaan Kijal akan terus membangun seiring dengan agenda Negara dalam menuju alaf baru abad ke 21 menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Sekolah Kebangsaan Kijal

Sekolah Kebangsaan Kijal.png

Lencana Sekolah Kebangsaan Kijal

Alamat  Malaysia Jalan Pantai, Kg Ibai, , Kijal , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon 6098589952
Faksimili 6098589798
Klasifikasi Sekolah Kebangsaan Sekolah Amanah Malaysia
Moto ILMU MAKANAN JIWA
Slogan ILMU MAKANAN JIWA
Kod Sekolah TBA 2013
Pengetua PN HAJJAH NASLAH BINTI ABDULLAH
Penolong Kanan Akademik EN MOHD JOHARI BIN JUSOH
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar PN SARINA BINTI MOHD
Penolong Kanan Kokurikulum EN MOHD RIZAL BIN AHMAD
Tahun dirasmikan 1926

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kijal
Jalan Pantai, Kg Ibai, , Kijal , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098589952
Fax = 6098589798

Pautan luar[sunting | sunting sumber]